Isnin, September 08, 2008

BLUEPRINT PERCAMBAHAN MINDA




ENTRY DI BAWAH ADALAH TEKS ASAL YANG DIBENTANG KEPADA ANAK-ANAK MUDA KG CERBON....TEKS INI MERUPAKAN ANTARA SEBAHAGIAN STRATEGI AWAL DAN KINI USAHA-USAHA SEDANG GIAT DIJALANKAN BAGI MEMENUHI MAKSUD TERSEBUT. TQ






MUNAQASYAH PERCAMBAHAN MINDA ANAK –ANAK MUDA
KG SG TENGAR BARAT CERBON

TARIKH
13-8-2008

TEMPAT
BALAIRAYA KG SG TENGAR BARAT

MASA
9.00 Mlm

Kehadiran
Semua warga penduduk kariah Kampung




AGENDA


1. Ucapan aluan Pengerusi

2. Pembentangan objektif perjumpaan diadakan.

3. Sesi percambahan minda.

4. Hal-hal lain.








BRAINSTORMING!!!!!!



SINOPSIS


Seiring dengan kepesatan pembangunan negara dan gaya hidup. Bermula dengan arus globalisasi yang membawa berbagai-bagai maklumat tanpa sempadan dan had, peningkatan teknologi, tekanan kos sara hidup, kebebasan yang tidak terkawal dan berbagai-bagai lagi situasi dan fenomena yang sudah tentunya turut membawa kesan-kesan ke atas struktur masyarakat secara amnya. Tanpa mengira baik di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar dan pekan, perubahan gaya hidup masyarakat dilihat berubah. Dalam kita sibuk membicarakan mengenai kepesatan ekonomi dan pembangunan, kemajuan dan kekayaan, gaya hidup dan harta benda, dengan secara sedar atau tanpa sedar beberapa perkara telah pun terkorban dan terhakis.

Berikutan atas rasa penuh tanggungjawab dan keinsafan, maka anak-anak muda Kg Sg Tengar Barat Cerbon merasakan perlunya usaha-usaha menyegarkan kembali nilai-nilai murni, budaya dan amalan kampung terus dipraktikan sebagai mengekalkan identiti sekaligus menjadi benteng dalam memperkasakan jatidiri khususnya.


FAKTA


Nilai-nilai budaya kian terhakis seperti permainan kompang rodat yang dahulunya sangan popular di kampung ini. Dipelopori oleh Hj Samsudin ( Wak Kajik ) . Korang jangan x tau geng-geng ni terror main rodat. Wak Sarip. Dol Ajis, Wak Jen, Wak kasan, Aji Mokhtar-skang xleh la.., Wak Yas, Paman Udin, Pak De, n banyak lagi.. (sekadar menyebut beberapa nama) Diorang dulu penah main rodat kt merata2. Kire dapat offer buat show la. Hebat beb! Ko tau???

Marhaban, berzanji dan kompang...ko tau marhaban? Geng-geng atas tu tau. Alah wak Jen slalu dapat offer wat show kat kenduri…

Sembelih-menyembelih n klebet lembu..yang ni mmg kita tau tapi betul ke kaedah kita?? geng2 atas tu lagi advance skill dari tuan2...dah la pisau pun xde..kalau ade pun pisau kodol..tau asah parang? Harap parang je cantik…heheh!

Masak-memasak kenduri…ko tau? Contoh..masak nasik guna kuali besar? Hmmm..tau makan jer..Otainyer Wak Romli n Wak Jaid...

Urusan mandi n kapan mayat..ko tau? Talkin? Korek kubur? Betul fardhu kifayah tapi kene tau jgk beb..harap Ust Zaini je?

Banyak lagi bro...tu belum cite psl ibadah2, jemaah kt surau, bilal terawih, bilal azan, imam solat, ..tapi cukup setakat nih brainstorming kita..kang sebut bab2 yang lain merajuk plak...dah x nak join.



KESIMPULAN


Satu hari nanti orang2 tua kampung ni akan menghilang diri....kerana ape tuan2??!! Adakah bertukar menjadi Otromen ...tidak tuan2... Sesungguhnya setiap jiwa itu pasti akan merasai mati....Ali Imran 185...mati masuk kubur tanam!!!

Tuan2 bayangkan....kalau kita x usaha untuk ambik menfaat yang geng2 tu ade x ker rugi...lps ni kalau ade kenduri, sape nk masak nasik gune kuali besar? Wak Romli, Wak Jaid da xde..contoh jer..kenduri kesyukuran, pumputan, kenduri kawen da xde org marhaban, berzanji, kenduri2 da x best... nak potong lembu x reti..silap potong jd haram...

Alah, kita da maju mane org zaman skang pakai kuali,,periuk karen ade..kenduri? pakai katering je...kenduri x meriah? Buat la karoeke ke..panggil artis ke...bla..bla..nak berzanji...pasang jer cd hijjaz or mawi...hmmm...x salah tuan2 nak buat camni pun....Budaya Jiwa Bangsa!!!!

Apa kate tuan2....kita try main kompang lps nih..berzanji pun kita bleh buat..marhaban? kite tarik vokal kaw2 mcm pak aji bakar...ko jangan, at least orang tua tu tau marhaban n berzanji..rodat? kita belasah main, menari gelek skali...kenduri kendara? Kasi seattle...tuan rumah dok diam2 jaga duit becek tu. Lps tu bg kiteorg skit buat medang...hehehehe.

Bukan ke kita da ade aktiviti yang berfaedah? Hmmm...mane lagi baik ko medang, lepak2, dar ko men kompang sambil marhaban n selawat..alternatif tuuuu...

Walaupun kadang2 dalam sesetengah perkara kita x setuju ngan golongan2 tua kg nih..tapi x salah untuk kita pelajari drpd mereka dlm beberapa perkara.

Kita kene ambil iktibar dari mereka...mane yang baik kita ambik mane yang kurang baik kita tolak!!!! Banyak tu....agak mendalam skitttttttttttt....

ingat tuan2...kalau kita x mula skang..bile lagi? Tuan2 nak tggu Izrail datang...Kita setkan dalam minda bahawa Walau Di mana Bumi Dipijak Langit Tetap Dijunjung...!!!! Kita tetap Muslim Melayu....

x kire kt mane kite mule tuan2..yg penting kt mane kite berakhir..

Tak kira apa, di mana, siapa, bagaimana dan berapa banyak yang kita dah buat, yang penting apa yang akan kita dapat tuan2.....kebaikan or keburukan???

Kita sahut seruan agar melaksanakan konsep AMAR MAARUF NAHI MUNKAR dengan sebenar2nrye...bukan sekadar berslogan, beretorik dalam ruang yang sempit semata2...

Akhir sekali tuan2..tak kire ape niat kite..kita sandarkan semata2 kerana Allah S.W.T dgn sebenar2 niat....bkn kerana nama mau glamer...atau ikut-ikutan jer...kalau x sia2 jer walau pun buat benda baik..


” Dan Tolong menolonglah kamu dalam membuat perkara kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara kejahatan dan pelanggaran,bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah siksaannya amatlah berat’ Al Maidah 2

” Kamu adalah umat yang terbaik.diutus kepada manusia yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran dan berimanlah kepada Allah ” Ali Imran 110

” Demi Masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan menasihati dalam perkara kebenaran dan kesabaran.



Disediakan oleh:

ANAK CERBON





Tiada ulasan:

Catat Ulasan