Isnin, September 08, 2008

FALSAFAH KEDATANGAN RAMADAN MUBARAK




ENTRY DI BAWAH MERUPAKAN HASIL PENULISAN SAUDARA NAJIB BIN SIAM @ HJ MOKTAR - ADMIN



Alhamdulillah....Wasolatu wassalam Ila Rasul Amin usulihi wa furu'ihi Ajmain...


Ramadan bulan yg sangat mulia. Kemuliaan bulan ini terpancar dengan keluasan pahala dan barakah yg Allah telah janjikan kepada manusia sejagat. Tinggal lagi sikap sang manusia mahu atau tidak untuk melebut peluang di hadapan mata. Ini dapat dibuktikan dgn kata-kata bahawa ' Rajab bulan Allah, Sya'ban bulanku (muhammad) dan Ramadan bulan umat ku". Tidak dapat dipastikan bahawa keshahihan hadis ini, Ada yg mengatakan dhoif( lemah) mahu pun sebaliknya. Namun apa yg ingin dikongsi ialah gagasan yg menyeru manusia agar berlumba ke arah kebaikan (Fastabiqul Khairat ) dan mengambil seluas mungkin peluang yg terhidang di depan mata. Ini adalah salah satu falsafah ( Kebaikan/kecantikan/keunikan ) yg ada di dalam bulan Ramadan.


Antara lain falsafah yg ingin dikongsi bersama iaitu sifat Ramadan itu sendiri yg sering manusia sebut dan uar-uarkan; iaitu 'tetamu yg mulia'. Rata-rata masyarakat merai dan menyambutnya dengan pelbagai sebutan seperti 'ahlan ramadan', 'ramadan saied', 'ramadan karim' dsb. Tetapi apakah kita lupa bahawa sifat tetamu itu sendiri, dan bagaimana kita sebagai tuan rumah yg akan menyambut tetamu itu. Dalam hadis nabi menyebut agar memuliakan ( Falyukrim qhoifahu ) tetamu yg bertandang ke rumah kita selama tiga hari!!! Maksud memuliakan tetamu ini boleh kita lihat dalam sirah-sirah nabawi yg menunjukkan etika dan moral yg tinggi dalam menghormati dan memuliakan tetamu. Kita sebagai tuan rumah ( org yg menunggu kehadiran ramadan ) sepatutnya bersedia dengan segala macam bentuk persediaan fizikal dan spiritual untuk menerima kehadiran bulan yg sangat istimewa. Adakah kita dikira bersopan andai kita menerima kunjungan Raja/Sultan tanpa persediaan yg lengkap dan pakaian yg compang-camping? Dimanakah moral dan Izzah ( ketinggian maruah diri ) dalam diri kita kala itu? Itu hanya cuma selintas arah kepada manusia. Tapi bagaimana pula dengan nama 'Ramadan Mubarak'? Begitu juga dengan sikap sang tetamu ( Bulan Ramadan ), yg kita ketahui tidak akan lama menunggu di suatu tempat. Pastinya akan berpindah dan beralih tujuan setelah selesai tujuan dan program yg dihajati.


Maka dengan sifat yg tidak akan kekal lama ini perlunya kita ambil peluang dan ruang agar kita dapat manfaat sebaik-baiknya. Tidak hanya dengan itu,seboleh-sebolehnya biarlah ianya berbekas dan meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri kita. Inilah yg kita boleh singkap dari falsafah (kebaikan) kedatangan bulan Ramadan yg mulia dan penuh barakah ini. Kedatangan yg sebentar mungkin ini, perlulah manusia menggunakan sebijak mungkin agar dapat 'kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka' ( Mafhum Hadis).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan