Khamis, September 18, 2008
RAMADAN DAN SOLAT ( Bahagian Akhir )
Ramadan Syahrul Karim ( Ramadan bulan mulia ). Ungkapan ini tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun hatta masyarakat non-muslim ( bukan muslim ). Dari sudut kemuliaan dan ketinggian ini bagi umat Islam memang telah mengetahui melalui pengajian, pembacaan, syarahan agama mahu pun perkhabaran dari mulut ke mulut oleh masyarakat kita. Praktikalnya dapat dilihat melalui amalan-amalan yang dilakukan seperti puasa, solat terawikh, sedekah, mengaji al-Quran, menjaga pertuturan dan perbuatan serta hati. Setiap amalan yang dilakukan dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda; bahkan tidur orang yang berpuasa tetap jua dikira sebagai ibadah.
Namun, bagi non-muslim segala bentuk kemuliaan dan janji ganjaran yang berlipat kali ganda ini langsung tidak dipandang, apatah lagi untuk dilaksanakan. Ini kerana mereka masih tetap teguh dengan amalan dan pendirian agama nenek moyang mereka. Alangkah malang sekali masyarakat ini. Sungguhpun demikian, para saintis ( orang cerdik pandai dalam bidang sains ) memandang bahawa puasa yang dilakukan oleh umat Islam membawa kesan kesihatan yang cukup baik. Sekadar menyebutkan sedikit kesan iaitu; memberi ‘kerehatan’ bagi organ-organ pemakan di dalam perut daripada berfungsi seperti biasa. Lebih jauh daripada itu, ibadah solat yang dilakukan mampu membentuk keseimbangan oksigen di dalam tubuh badan manusia.
Inilah hikmahnya apabila Allah memerintahkan umat Islam sejagat untuk melakukan ibadah-ibadah demikian. Bukan sengaja untuk menyusahkan malahan untuk tujuan perubatan dan kesihatan dalam diri manusia itu sendiri. Melihat saja gerak geri dalam perbuatan solat; berdiri, rukuk, sujud, iktidal dan sebagainya memberi impak dan kesan yang baik bukan sahaja dari sudut pengabdian diri kepada Allah sebagai ‘Khaliq” ( pencipta ), juga turut menyelitkan perasaan keinsafan dengan kekerdilan diri apabila berhadapan dengan Allah ketika dalam solat.
Solat yang sempurna adalah sah dari sudut rukun-rukunnya. Salah satu rukun yang perlu dijaga iaitu ‘Thomakninah ‘ ( ketenangan ). Menyentuh hal ini tidak ada kecacatan ketika melaksanakan solat fardhu. Selalunya masyarakat dengan tenang melakukan rukun-rukun solat dengan tertib dan thomakninah yang tinggi. Lain pula halnya apabila melakukan solat terawikh ( sama ada lapan atau dua puluh rakaat ), seolah-olah berlumba mengejar sesuatu di hadapan. Amat malang lagi dengan perasaan megah mengatakan ‘ solat tempat aku selesai setengah jam saja!!!’. Wah, kalau ini yang berlaku agak mendukacitakan dan menyedihkan kita semua. Umum tahu maksud solat terawikh iaitu solat yang didirikan dengan ketenangan, kerehatan dan ketertiban. Dan solat terawikh itu didirikan bukan hanya selepas solat isyak sekitar sejam dua sahaja, bahkan melangkau jangka waktu sebelum laungan azan subuh. Ini bermakna, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita melakukan lapan rakaat dan menyambung rakaat seterusnya selepas bangun tidur ( makan sahur ). Bagi diri penulis yang lemah, inilah masanya untuk menikmati solat terawikh dan diikuti dengan solat-solat ‘Nawafil’ ( sunat ) yang lain.
Alangkah indahnya putaran waktu dan masa yang Allah berikan kepada kita. Tinggal lagi kita bijak untuk mengisi waktu yang ada dengan ibadah-ibadah yang sepatutnya. Jadikan Ramadan kali ini bulan ‘tajdid’ ( perubahan ) ke arah kebaikan kepada diri kita semua. Wallahu aklam.
Selasa, September 16, 2008
PENJELASAN
TIDAK KIRA SIAPAPUN ANDA, ASAL USUL ANDA, KETURUNAN ANDA, ORANG TEMPATAN MAHUPUN ORANG LUAR ATAU ANDA SEORANG MUALLAF SEKALIPUN, ASALKAN ANDA BERAGAMA ISLAM MAKA ANDA AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT MENYUMBANG APA-APA SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI MENFAAT KEPADA KEBAIKAN AHLI KARIAH. APA ADA PADA NAMA.........
Oleh itu juga, anda amat dialu-alukan untuk menyumbang sebarang penulisan atau artikel yang berkaitan pandangan, komen, komentar mahupun apa-apa sahaja yang boleh dikongsi ke blog ini. Sila layari blog untuk mendapatkan acsess anda. TQ - ADMIN
Jumaat, September 12, 2008
Ramadhan dan Solat ( Bahagian 2 )
Alhamdulillah, Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah Wa usulihi Wa Furu’ihi Ajmain.
Alhamdulillah, syukur Kehadrat yang Maha Esa, kita telah masuk ke fasa baru di dalam sepuluh malam yang kedua dengan jayanya. Mudah-mudahan segala perbuatan, perlakuan, percakapan, gerak hati dan perasaan adalah semata-mata ‘ta’abudiah ( Penghambaan ) kepada Allah Taala.
Dalam menempuh fasa kedua ini, seeloknya kita menoleh kebelakang sejenak sebagai muhasabah diri; adakah kita telah menunaikan ibadah kita sewajarnya atau pun masih lagi terdapat lompang-lompang kecil yang menjadi nanah dan kudis buta; atau kita sekadar melakukan ibadah mengikut tradisi ( ikut-ikutan ) semenjak zaman-berzaman dahulu. Di sinilah keindahan Ramadan kerana di dalamnya terdapat berbagai barakah, manfaat, kebaikan dan kesempurnaan yang perlu kita terokai. Barakah dan seumpamanya ini tidak akan memberi makna jika kita hanya melihat tanpa beramal, bercakap tanpa melaksanakan atau bertangguh sehingga luput tarikh masa Ramadan itu sendiri.
Membicarakan bab solat dalam bukan Ramadan, tersangat luas dan besar ruang lingkupnya. Coretan ini hanya sekadar ingin melontarkan sedikit ilmu dan pandangan yang berguna untuk kita sama-sama mengamalkan. Bahkan nabi sendiri bersabda “ Ballighu’ anni walau ayat” ( Sampaikanlah daripadaku berupa pengajaran dan ilmu walau sepotong ayat ). Inilah indahnya Islam yang nabi bawa sejak 1429H dahulu, tiada pemotongan atau kekurangan bahkan menafikan sebarang kecacatan yang timbul.
Solat dari sudut lughah ( bahasa ) iaitu “ doa”. Tidak kira apa jua jenis solat yang kita kerjakan, pastinya kita akan menyebut ungkapan doa di dalamnya. Meneliti sirah nabawi sebagai panduan dan pengajaran; bagaimana nabi yang maksum, tetap mendirikan solat sunat sehingga terkesan di kakinya. Pabila ditanya “ Laula an akuna ‘abdan syakur “ ( Bukankah aku ini dari kalangan orang yang bersyukur!!! ). Terasa kerdil dan hina diri ini jika membelek catatan kehidupan nabi di dalam sirahnya. Adakah kita ini layak untuk mengaku umatnya jika kita tidak sanggup melakukan sepertimana beliau? Adakah kita wajar memohon syurga jika dibandingkan dengan nabi yang telah dijamin syurganya? Dan adakah kita dikategorikan orang yang bersyukur dengan solat lima waktu sahaja jika dibandingkan dengan nabi yang menerima dan mengamalkan solat dengan seluruh jiwa raganya? Ya Allah...Jauhnya kami jika dibandingkan dengan kekasihMu ( Muhammad Al- Amin ).
Ya Rahman, bimbinglah kami dengan Inayah dan IradatMu. Sesungguhnya solat yang dilakukan dengan ilmu dan rasa khusuk serta tawduk akan menahan diri dari melakukan sebarang kemungkaran. Bersolatlah kita sebagaimana nabi bersolat dengan ketertiban, kerendahan, kekhusukkan dan keikhlasan semata kepadaNya bukan dengan sikap keegoan, keriakkan, kegelojohan dan kesombongan. Nilai kemulian solat itu akan terjelma dalam diri jika mahu menilai kembali apakah solat yang selama ini dilakukan sudah memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Marilah kita mengambil iktibar dalam Ramadan ini sebagai bulan tarbiah/mendidik solat kita agar sempurna dah mendapat ganjaran serta keredaan daripada Allah Taala...Wallahu A’lam
Khamis, September 11, 2008
Pesan Pak Siak.....Tolong Sampaikan....
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintai kamu lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingati kamu lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakan kamu lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, kamu terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, kamu lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, kamu kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, kamu milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, kamu masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai dirimu ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, kamu tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, kamu tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, kamu membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, kamu tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, kamu mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanmu..
Tolong sampaikan pada si dia, kamu mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walaupunku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seperti lebah/rama2 yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu dirinya suatu hari nanti...ADIOS!!!!
Rabu, September 10, 2008
RAMADAN DAN SOLAT ( Bahagian 1 )
Justeru, sebaiknya kita merebut peluang keemasan ini tanpa menoleh ke belakang.
Isnin, September 08, 2008
FALSAFAH KEDATANGAN RAMADAN MUBARAK
ENTRY DI BAWAH MERUPAKAN HASIL PENULISAN SAUDARA NAJIB BIN SIAM @ HJ MOKTAR - ADMIN
Alhamdulillah....Wasolatu wassalam Ila Rasul Amin usulihi wa furu'ihi Ajmain...
Ramadan bulan yg sangat mulia. Kemuliaan bulan ini terpancar dengan keluasan pahala dan barakah yg Allah telah janjikan kepada manusia sejagat. Tinggal lagi sikap sang manusia mahu atau tidak untuk melebut peluang di hadapan mata. Ini dapat dibuktikan dgn kata-kata bahawa ' Rajab bulan Allah, Sya'ban bulanku (muhammad) dan Ramadan bulan umat ku". Tidak dapat dipastikan bahawa keshahihan hadis ini, Ada yg mengatakan dhoif( lemah) mahu pun sebaliknya. Namun apa yg ingin dikongsi ialah gagasan yg menyeru manusia agar berlumba ke arah kebaikan (Fastabiqul Khairat ) dan mengambil seluas mungkin peluang yg terhidang di depan mata. Ini adalah salah satu falsafah ( Kebaikan/kecantikan/keunikan ) yg ada di dalam bulan Ramadan.
Antara lain falsafah yg ingin dikongsi bersama iaitu sifat Ramadan itu sendiri yg sering manusia sebut dan uar-uarkan; iaitu 'tetamu yg mulia'. Rata-rata masyarakat merai dan menyambutnya dengan pelbagai sebutan seperti 'ahlan ramadan', 'ramadan saied', 'ramadan karim' dsb. Tetapi apakah kita lupa bahawa sifat tetamu itu sendiri, dan bagaimana kita sebagai tuan rumah yg akan menyambut tetamu itu. Dalam hadis nabi menyebut agar memuliakan ( Falyukrim qhoifahu ) tetamu yg bertandang ke rumah kita selama tiga hari!!! Maksud memuliakan tetamu ini boleh kita lihat dalam sirah-sirah nabawi yg menunjukkan etika dan moral yg tinggi dalam menghormati dan memuliakan tetamu. Kita sebagai tuan rumah ( org yg menunggu kehadiran ramadan ) sepatutnya bersedia dengan segala macam bentuk persediaan fizikal dan spiritual untuk menerima kehadiran bulan yg sangat istimewa. Adakah kita dikira bersopan andai kita menerima kunjungan Raja/Sultan tanpa persediaan yg lengkap dan pakaian yg compang-camping? Dimanakah moral dan Izzah ( ketinggian maruah diri ) dalam diri kita kala itu? Itu hanya cuma selintas arah kepada manusia. Tapi bagaimana pula dengan nama 'Ramadan Mubarak'? Begitu juga dengan sikap sang tetamu ( Bulan Ramadan ), yg kita ketahui tidak akan lama menunggu di suatu tempat. Pastinya akan berpindah dan beralih tujuan setelah selesai tujuan dan program yg dihajati.
Maka dengan sifat yg tidak akan kekal lama ini perlunya kita ambil peluang dan ruang agar kita dapat manfaat sebaik-baiknya. Tidak hanya dengan itu,seboleh-sebolehnya biarlah ianya berbekas dan meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri kita. Inilah yg kita boleh singkap dari falsafah (kebaikan) kedatangan bulan Ramadan yg mulia dan penuh barakah ini. Kedatangan yg sebentar mungkin ini, perlulah manusia menggunakan sebijak mungkin agar dapat 'kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka' ( Mafhum Hadis).
BLUEPRINT PERCAMBAHAN MINDA
ENTRY DI BAWAH ADALAH TEKS ASAL YANG DIBENTANG KEPADA ANAK-ANAK MUDA KG CERBON....TEKS INI MERUPAKAN ANTARA SEBAHAGIAN STRATEGI AWAL DAN KINI USAHA-USAHA SEDANG GIAT DIJALANKAN BAGI MEMENUHI MAKSUD TERSEBUT. TQ
MUNAQASYAH PERCAMBAHAN MINDA ANAK –ANAK MUDA
KG SG TENGAR BARAT CERBON
TARIKH
13-8-2008
TEMPAT
BALAIRAYA KG SG TENGAR BARAT
MASA
9.00 Mlm
Kehadiran
Semua warga penduduk kariah Kampung
AGENDA
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pembentangan objektif perjumpaan diadakan.
3. Sesi percambahan minda.
4. Hal-hal lain.
SINOPSIS
Berikutan atas rasa penuh tanggungjawab dan keinsafan, maka anak-anak muda Kg Sg Tengar Barat Cerbon merasakan perlunya usaha-usaha menyegarkan kembali nilai-nilai murni, budaya dan amalan kampung terus dipraktikan sebagai mengekalkan identiti sekaligus menjadi benteng dalam memperkasakan jatidiri khususnya.
FAKTA
Nilai-nilai budaya kian terhakis seperti permainan kompang rodat yang dahulunya sangan popular di kampung ini. Dipelopori oleh Hj Samsudin ( Wak Kajik ) . Korang jangan x tau geng-geng ni terror main rodat. Wak Sarip. Dol Ajis, Wak Jen, Wak kasan, Aji Mokhtar-skang xleh la.., Wak Yas, Paman Udin, Pak De, n banyak lagi.. (sekadar menyebut beberapa nama) Diorang dulu penah main rodat kt merata2. Kire dapat offer buat show la. Hebat beb! Ko tau???
Marhaban, berzanji dan kompang...ko tau marhaban? Geng-geng atas tu tau. Alah wak Jen slalu dapat offer wat show kat kenduri…
Sembelih-menyembelih n klebet lembu..yang ni mmg kita tau tapi betul ke kaedah kita?? geng2 atas tu lagi advance skill dari tuan2...dah la pisau pun xde..kalau ade pun pisau kodol..tau asah parang? Harap parang je cantik…heheh!
Masak-memasak kenduri…ko tau? Contoh..masak nasik guna kuali besar? Hmmm..tau makan jer..Otainyer Wak Romli n Wak Jaid...
Urusan mandi n kapan mayat..ko tau? Talkin? Korek kubur? Betul fardhu kifayah tapi kene tau jgk beb..harap Ust Zaini je?
Banyak lagi bro...tu belum cite psl ibadah2, jemaah kt surau, bilal terawih, bilal azan, imam solat, ..tapi cukup setakat nih brainstorming kita..kang sebut bab2 yang lain merajuk plak...dah x nak join.
KESIMPULAN
Satu hari nanti orang2 tua kampung ni akan menghilang diri....kerana ape tuan2??!! Adakah bertukar menjadi Otromen ...tidak tuan2... Sesungguhnya setiap jiwa itu pasti akan merasai mati....Ali Imran 185...mati masuk kubur tanam!!!
Tuan2 bayangkan....kalau kita x usaha untuk ambik menfaat yang geng2 tu ade x ker rugi...lps ni kalau ade kenduri, sape nk masak nasik gune kuali besar? Wak Romli, Wak Jaid da xde..contoh jer..kenduri kesyukuran, pumputan, kenduri kawen da xde org marhaban, berzanji, kenduri2 da x best... nak potong lembu x reti..silap potong jd haram...
Alah, kita da maju mane org zaman skang pakai kuali,,periuk karen ade..kenduri? pakai katering je...kenduri x meriah? Buat la karoeke ke..panggil artis ke...bla..bla..nak berzanji...pasang jer cd hijjaz or mawi...hmmm...x salah tuan2 nak buat camni pun....Budaya Jiwa Bangsa!!!!
Apa kate tuan2....kita try main kompang lps nih..berzanji pun kita bleh buat..marhaban? kite tarik vokal kaw2 mcm pak aji bakar...ko jangan, at least orang tua tu tau marhaban n berzanji..rodat? kita belasah main, menari gelek skali...kenduri kendara? Kasi seattle...tuan rumah dok diam2 jaga duit becek tu. Lps tu bg kiteorg skit buat medang...hehehehe.
Bukan ke kita da ade aktiviti yang berfaedah? Hmmm...mane lagi baik ko medang, lepak2, dar ko men kompang sambil marhaban n selawat..alternatif tuuuu...
Walaupun kadang2 dalam sesetengah perkara kita x setuju ngan golongan2 tua kg nih..tapi x salah untuk kita pelajari drpd mereka dlm beberapa perkara.
Kita kene ambil iktibar dari mereka...mane yang baik kita ambik mane yang kurang baik kita tolak!!!! Banyak tu....agak mendalam skitttttttttttt....
ingat tuan2...kalau kita x mula skang..bile lagi? Tuan2 nak tggu Izrail datang...Kita setkan dalam minda bahawa Walau Di mana Bumi Dipijak Langit Tetap Dijunjung...!!!! Kita tetap Muslim Melayu....
x kire kt mane kite mule tuan2..yg penting kt mane kite berakhir..
Tak kira apa, di mana, siapa, bagaimana dan berapa banyak yang kita dah buat, yang penting apa yang akan kita dapat tuan2.....kebaikan or keburukan???
Kita sahut seruan agar melaksanakan konsep AMAR MAARUF NAHI MUNKAR dengan sebenar2nrye...bukan sekadar berslogan, beretorik dalam ruang yang sempit semata2...
Akhir sekali tuan2..tak kire ape niat kite..kita sandarkan semata2 kerana Allah S.W.T dgn sebenar2 niat....bkn kerana nama mau glamer...atau ikut-ikutan jer...kalau x sia2 jer walau pun buat benda baik..
” Dan Tolong menolonglah kamu dalam membuat perkara kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara kejahatan dan pelanggaran,bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah siksaannya amatlah berat’ Al Maidah 2
” Kamu adalah umat yang terbaik.diutus kepada manusia yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran dan berimanlah kepada Allah ” Ali Imran 110
” Demi Masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan menasihati dalam perkara kebenaran dan kesabaran.
Disediakan oleh:
ANAK CERBON
Catatan Pak Siak.....episod 3
Hari kedua puasa….pak siak selepas asar sudah terbongkok2 di surau baru…menyusun sejadah, vakum karpet…..maklum la lantai surau masih bersimen konkrit….berdebu……. Mcm2 pak siak buat..….pak siak tekun melakukan tugasnya….pak siak tidak keseorangan…pak siak ditemani pak imam dan beberapa org kg…..tetapi mereka hanya duduk2 diluar….sekadar berborak2 kosong sementara tungggu waktu berbuka….pak siak tidak menghiraukan mereka…..pak siak melakukan tugasnya……pak siak hanya mendengar mereka diluar skjp2 ketawa…..skjp2 cakap kuat2 menyapa org kg yang datang meyertai mereka…..skjp2 senyap….memerhati org lalu lalang…..petang masih awal…lama lagi hendak berbuka….pak siak pun pasang org mengaji…guna mic surau…..sambil berborak2 kosong …..sambil2 dengar org mengaji…..skdr memeriahkan petang2 ramadhan…..fikir pak siak……bergemalah speaker surau….dengan suara org mengaji…..mendayu2 skali…..pak siak syahdu sambil melakukan tugasnya…..ttiba namanya dilaung oleh org kg…..pak siak memutuskan kesyahduannya…..pak siak menghalakan pandangan ke arah org kg……rupa2nya pak siak diminta agar mematikan suara org mengaji tu….pak siak dipesan kalau hendak pasang wajib kena dengar…..pak siak termanggu2….kena wajib dengar? Soal pak siak dlm hati? Pak siak bingung…..apa maksud org kg……pak siak pun dengan berat hati mematikan suara org mengaji itu……pak siak masih berfikir……akhirnya pak siak mendapat jawapan…..speaker yang mengalunkan suara org mengaji itu btl2 di atas kepala2 org kg…..barangkali suara itu menganggu mereka berborak…..agaknya terpekik terlolong mereka hendak bercakap antara satu sama lain……barangkali suara itu benar2 menggangu mereka……..pak siak serba salah………..
Terawih malam ketiga…...pak siak dtg ke surau selepas berbuka….pak siak dtg lewat sedikit selepas azan isyak selesai dilaungkan….ramai org kg dtg…..pak siak seronok….pak siak melihat mereka datang berbondong2…….ada antara mereka yang pak siak agak jarang berjemaah pun turut datang…..kilat2 pakaian mereka…..bersongkok hitam….segak bergaya……pak siak dimaklumkan oleh pak nazir org besar mahu datang ke surau….pak siak biasa saja…..tidak lama kemudian tibalah rombongan org besar yang dimaksudkan pak siak……4-5 bijik kereta….besar2…..org besar bersalam2an dengan org kg…..begitu juga ahli rombongan mereka…….pakaian mereka pun sama seperti org kg…kilat2…bahkan lebih kilat lagi…..songkok hitam mereka lebih tinggi……ada antara mereka yang pak siak kenal…..org kuat org besar….pak siak sikit bangga bile mengenangkan org besar itu merupakan anak tempatan kg pak siak….pak siak turut bersalaman dgn org besar……pak siak memaniskan muka sepertimana org kg memaniskan muka……pak siak solat selang 2 orang dengan org besar…..manakala org2 org besar ada yang di saf pertama dan kebanyakannya di saf kedua……cermat2 dan merdu suara pak imam mengimamkan solat….….manakala bilal tua mengambil tugas bilal muda mlm itu…ada tetamu katanya….bilal muda hanya tersengih2…..maklum lah bilal tua lebih berpengalaman ditambah pula suaranya yg lemak merdu….bilal muda mengakuinya tentang itu……maka org besar dan org2nya bersolat di surau yang dlm pembinaan itu….senget2 agaknya dahi mereka bile bersujud nnti….usik pak siak dalam hati……
Selesai terawih pak siak menyediakan juadah yang dibawa org kg….pak siak menyediakan 2-3 talam untuk org besar dan org2nya….manakala org kg hanya makan di luar…..seperti kebiasaannya….pak siak lihat pak nazir dan beberapa org AJK surau beria-beria bercakap dengan org besar….org besar mengangguk2kan kepala…..pak siak tidak dapat turut serta bersama mereka….pak siak sibuk meyediakan itu dan ini di samping permintaan org kg yang bermacam2……pak siak melakukan tugasnya dengan bersungguh2.....ada tetamu.....fikir pak siak....jamuan untuk jemaah perempuan diberi untuk ahli rombongan.....pak siak ambil lalu dihidangkan kepada ahli rombongan org besar.......pak siak turuti arahan org kg........kesian jemaah perempuan....tiada sebarang jamuan untuk mereka......semuanya dipersembahkan kepada ahli rombongan org besar......tetamu kata org kg......dalam kesibukan pak siak menyiapkan itu dan ini……pak siak lihat org besar bersalam2 dgn org kg…..org besar mahu pulang……pak siak terkocoh2 mendapatkan org besar…pak siak mahu bersalam dgn org besar…..dalam pada pak siak tgh bersalam2 pak siak ada terdengar org2 kuat org besar memberi nasihat pada org kg agar bersabar…..meraka akan cuba bantu dan lihat2 mana yang patut…… senang pak siak mendengar……lega hati org kg…..org kg mengangguk2……harap org besar dapat membantu……besar harapan org kg……
Malam berikutnya seperti mlm yang lain….org kg dtg berterawih…pak lihat kedaan seperti biasa….org kg dtg tidak seperti mlm sebelumnya…..tidak lagi berbondong2…..tiada lagi baju kilat2…..tiada lagi songkok hitam…..yang ada hanya org kg yang sudah menjadi pengunjung tetap surau…….pak imam menjalankan tugasnya seperti biasa..…bilal muda turut mendapat kembali tempatnya….bilal tua hanya membantu…… pak siak termenung2 memikirkan gelagat org kg....ligat otak pak siak menganalisis…..pak siak mula berkira2......pak siak betul2kan niat……pak siak tidak mahu terperangkap dengan situasi….. pak siak takut niatnya tersasar……pak siak tidak mahu segala amalnya tidak bersandar kepada Allah semata2….pak siak membulatkan tekad….pak siak menyingkirkan segalanya….hanya kerana Allah semata2……bukan kerana upah pak siak melakukan tugas dengan baik….bukan berpakaian cantik2 krn org besar datang…..bukan datang ke surau kerana takut org kg mengata….ahhhhhhh…banyak skali yang pak siak fikirkan….pak siak gusar takut2 tersasar niat…..walaupun dalam membuat perkara yang baik…seperti mlm sebelumnya….pak siak berharap org kg tidak begitu……semua kerana Allah semata….pakaian kilat2 kerana Allah….datang jemaah kerana Allah…..pak imam cermat2 bersolat krn Allah….bilal tua memerdukan suara krna Allah…….pak siak harap tugasnya selama ini pun kerana Allah semata……tiada beza membeza antara hari2 yang lain atau sebab2 lain……semuanya mengharap keredhaan Allah……pak siak jauh bermuhasabah…..
Jumaat, September 05, 2008
Catatan Pak Siak……..episod 2
Malam pertama terawih....pak siak lps asar dah berkemas2 surau baru tu...walaupun dlm pembinaan pak siak terselit bangga...suraunye serba canggih....serba kukuh...pak siak yakin kali ini suraunye tidak akan senget seperti surau lama...suraunye bakal menjadi bualan penduduk sekitar..apa tidaknya....bahan2 yang digunakan benar2 mengikut spesifik JKR...pak siak yakin sgt surau tu akan bertahan dlm tempoh yang lama....pak siak bersungguh2 menyusun sejadah...vakum karpet...sapu2 dinding... buang2 sawang yang bersarang...apa lagi yang pak siak tidak buat...pak siak susun2 cawan...susun pinggan piring...bekalan gula dan susu pak siak susun dan simpan rapi2...tabir jemaah perempuan pak siak kemas2kan...pak siak pastikan tempat imam selesa...bentang tilam..bentang 2-3 lapis sejadah agar pak imam benar2 selesa dengan tempatnya yang empuk...agar lutut pak imam tidak sakit tungang tonggek mengimamkan solat nanti...
Malamnya....pak siak org yang paling sibuk..risau hatinya...ramai org kg datang ke surau malam tu...berpakaian cantik2...kilat2...semangat sungguh org kg melakukan ibadat di malam pertama ini.....pak siak tersengih2 menerima pujian org kg...masing2 memanggil2 nama pak siak...pak siak sikit bangga...seperti artis rasenye. Org kg begitu selesa nampaknye bersolat di surau dalam pembinaan tu. Mgkin terlalu ingin sgt melihat surau itu siap barangkali...Org kg solat dilantai surau yang dibentang karpet sahaja.....senget2 dahi org kg tatkala bersujud..maklum la lantai surau masih berketul2 dengan simen konkrit....walupun begitu org kg tetap brsolat bagaikan di Masjidil Haram khusyuknye....
Selesai saja terawih pak siak sibuk menyediakan morei......pak siak banyak menerima arahan itu dan ini drpd pak nazir surau.....x kurang beberapa org AJK surau... masing2 beri arahan itu dan ini...skjp2 suruh angkat bangku di surau sementara....sekjp2 suruh kentong setiap2 petang....skjp2 tak payah pulak...skjp2 suruh pak siak basuh cawan bersih2......skjp2 AJK komen sejadah yang pak siak susun x btl.....rapat sgt ke dinding.....senget2 katenyer...tak terlayan pak siak dibuatnya...semua mahukan pak siak buat yang terbaik...pak siak sedikit mengeluh...tapi pak siak terima ..pak siak fikir mereka semua mahukan yang terbaik sahaja.....
Malam pertama juga pak siak diajak berbincang mengenai hal ehwal aktiviti yang bakal diadakan sepanjang bulan puasa nih.....Maka mlm tu pak siak secara rasmi dan diakui AJK akan menjalankan tugas2 siak.....Ohhh...pak siak terlupa tugasnya belum mendapat mandat rasmi dari org kg.....macam2 pak siak dengar org kg mmberi pendapat....antaranya saguhati bagi tugas imam, bilal dan siak dinaikkan...tapi itu semua tidak menarik minat pak siak...duit bukan tujuannya...bisik hati pak siak...maka sejajar dengan itu kutipan setiap rumah dinaikkan daripada RM 10.00 kepada RM 20.00...pak siak setuju....tapi ada org kg yang membantah...katenye terlalu tinggi....aduh....bisik hati pak siak...apa lah sgt RM 20.00.....pak siak sesak dada.....ada org kg yang mempertikai banyak sgt saguhati yang diberi pada imam...alasannya imam dan amil org yang sama maka bnyak la ganjaran yang bakal diterima....mgkin menjadi tanya pada org kg......ada org kg yang cadangkan agar adakan tazkirah, tadarrus.....semua pak siak setuju...bagus katanya....pak siak turut diminta agar kentong diketuk 5 waktu sehari semalam.....aduh...pak siak sedikit mengeluh.......mana mgkin pak siak boleh melakukan itu kerana pak siak masih belajar......pak siak harap ada org kg yang sudi membantu mengetuk kentong.....sesiapapun blh ketuk kentong tu.....bukan tugas pak siak sahaja...fikir pak siak......perbincangan sedikit hangat...ada pro dan kontranya....pak siak tersengih melihat org kg berbincang menggunakan mic...setiap kali org kg ingin bercakap maka bertukar2 tanganlah microfon tu.....berdegar2 suara org kg berbincang.....habis satu kg dengar.....begitu telus dan jelas skali.......gelihati pak siak melihat......
Catatan Pak Siak....episod 1
Ramadhan dtg lagi..Pak Siak trpilih skali lagi mmegang jawatan SIAK SURAU…hmmm..thn lps pak siak dipilih jugak…kali pertama pak siak jd SIAK maka bnyak la org komen psal khidmatnye…macam2…pak siak xde la…pak siak x basuh cawan..x basuh piring…..pak siak mengakuinyer…xpelah kebnyakan org kg memahaminya…kali pertama kali jd siak…lagipun pak siak masih muda…
Tahun ni pak siak mmberi khidmat disurau yang baru….tidak lagi di surau yang sementara….surau besar…surau yg serba canggih…berkilat2 cerminnyer…bagai masjid kristal…bumbung 3 lapis bagai surau wali songo…pak siak brsemangat kali ni die mahu mmberi khidmat yang terbaik…tapi pak siak tau surau yang diimpikan itu hanye akan siap sikit masa lagi…surau yang dimaksudkan masih lagi dlm pembinaan…yg tidak diketahui bile akan selesai….hampir setahun berlalu…pak siak da muak mndengar brbagai2 cerita tp surau masih x siap2…misteri sungguh….pak sak menanti penuh sabar..ahhh thn lps x dpt solat di surau baru thn ni mlepas lagi la nmpaknyer…
Pak siak tgk org kg da mule merungut2..bile nk siap surau tu..sudahnyer org kg ajak pak siak gotong royong bersihkan surau yg trbengkalai tu…org kg nk gunakan jgk surau yg belum siap tu…kesian org kg..getus pak siak...pak siak pun tolong bersih2kan, kayu2 dibuang..buang simen yg keras, angkat karpet, bentang karpet , pasang tabir, pasang lampu, psg pmbesar suara dan mcm2 lagi pak siak tolong…akhirnya surau tu pun siap sedia digunakan…nasib baik surau tu da siap 70%...boleh la…asal ada bumbung, lantai, org kg blh brsolat kire ok lah…Pak siak tgk ramai org kg dtg….baik yg tua mahupun yang muda….sama2 gotong royong…yelah..esok djangka brmula puasa..jadi mlm ni surau itu akan digunakan untuk org kg brterawih…
Pak siak ade dgr cerita bberapa org muda kg mahu buat brmcm2 plan….pak siak sronok tgk org muda ada kesedaran…org2 muda ini mahu tarik golongan muda kg agar ke surau, seperti tradisi dahulu..pak siak sedih lihat golongan yang sebayanya tidak lagi memilih surau sebagai tempat utama mahu bersosial..sebalik mereka memilih di pekan kecil di kg sebelah…pak siak sedih lihat anak2 muda yang baru lepas sekolah ni tidak lagi berkain pelikat berbaju melayu menjelang maghrib, berkopiah jauh skali…sebaliknye mereka senang berseluar jeans…seluar pendek pun ade…. antara malam dan siang tiada bezanya…berantai dileher dan tangan…ganas agaknya….hisap rokok berjenama…handset ape kurangnye tak kalah org bekerja bertukar2 pula….bukan 1 tapi 2….anehnya mereka tiada pula pendapatan tetap…tapi berlagak seperti dewasa…..pak siak hairan…..mana mereka dapat duit untuk itu semua..prepaid..rokok..mnyak moto….ada antara mereka bekerja di U.K.A….hingga mampu berkereta….tp x semua rakannya bekerja di situ…hmmm… entahlah….
Kadang2 pak siak agak marah ngan rakan sebayanya…kalau kenduri kendara alahai sesetengah je yang hadir….kalau stkt kenduri arwah, pumputan jgn harap....mereka lebih senang kenduri di kedai kopi tidak pun merempit sana sini....pak siak dikhabarkan zaman sebelum die mmbesar keadaanya berlainan..pak siak digambarkan suasanaya begitu meriah...aktiviti kebudayaan seperti main kompang , silat, marhabban sgt subur….org muda zaman itu sgt menghormati org tua…mereka nmmbesar, mengaji, bermain dan berlari di surau, kdg2 ada yg tidur di surau, masing2 dengan pakain kain pelikat dan berbaju melayu berkopiah senget di kepala…. yg nakal pula sanggup mncuri tanaman dan ternakan org kg lalu dimasak bersama2 di surau..anehnya org kg x marah pula….tidak dinafikan ada org kg yg berkira…….surau ibarat pusat segalanye……tersengih2 pak siak mendengar generasi org muda atasnya bercerita…..tercuit sungguh pak siak…ahhhh….tapi kini sgt berbeza...pak siak mengeluh....pak siak tringin skali mahu merasai suasana seperti dahulu….
Baru2 ni ada kenduri kahwin di kg..pak siak diajak agar kejobos..mlmnya pak siak diajak juga berbincang bagaimana kejobos itu mahu dilaksanakan…mcm2 pak siak dgr idea dan cadangan mlm tu..pak siak brsemangat….mlm tu org muda merancang agar kejobos dilakukan dengan brsistem tanpa menggangu tugasan org tua..pak siak setuju….hari kejobos pak siak dtg pagi2…tp rakan sebayanya tak nmpak pun btg hidung..yang ada org muda generasi atasnya….itupun kerana mereka yang merancang…tapi rakan2nya??? Ahhh…susah btl mereka….pak siak dgr generasi atasnya berkata “ xpe..untuk permulaan mmg camni…” lega pak siak mndengarnya…nmpaknye generasi atasnya tidak putus asa.....L/k matahari tegak dikepala…baru lah 2-3 orang rakannya muncul….aduh…lebih baik jgn datang…desisnya…hari kenduri pak siak hairan…segala yang dirancang tidak dipatuhi..pak siak tidak tahu apa puncanya…..pak siak lihat generasi atasnya pun tak mampu nak perbetulkan keadaan…akhirnya jadilah kejobos hari itu seperti kejobos2 yang lain..sama sahaja…walaupun tiada masalah besar yang timbul tapi yang dirancang tidak menjadi nmpaknya….
Pak siak mendengar generasi org muda atasnya mengomel sesama sendiri…tidak realistic dlm perancangan…trlalu fantastic, org2 sebaya pak siak ckp sikit poyo….trlalu menuntut komitmen dan akhirnyer terbeban dengan komitmen…gitulah rumusan yang pak siak dgr daripada generasi org muda atasnya..pak siak stuju…pak siak menunggu apa lagi yang generasi org muda atasnya mahu lakukan…pak siak trcari2 ape sbabnya generasi org muda atasnya begitu beria2 untuk trlibat sama dlm hal2 berkaitan masyarakat…pak siak mula membuka mindanya, pak siak mula memerhati, pak siak mula mengkaji……pak siak bermonolog……….