- Ismail Asrah
- Daud
- Azhar-nanang
- Rahim
- Jaki
- Mail Pomen
- Najib
- Amy
- Ali
- Azmil-jemek
- Isam-black
- Fitri
Selasa, Disember 30, 2008
TERIMA KASIH!!!!
Isnin, Disember 22, 2008
PENGUMUMAN
Selasa, Disember 16, 2008
Aktiviti-aktiviti APECER
Sempena musin cuti sekolah ini, pihak sekreteriat APECER bercadang mengadakan satu program yang disasarkan kepada anak-anak- ahli kariah berumur 7-12 tahun. Pengisian Program Jom ke Surau ini antaranya ialah Tahsinul Ibadah bab wudhu', solat dan tayammum. Program ini dijangka akan melibatkan semua pihak. Oleh itu program ini akan dilihat sebagai program ibarat serampang bukan 2 atau 3 tapi bermata-mata. Diharap sokongan daripada seluruh geng APECER amatlah diharapkan. Sila klik sini untuk melihat kertas kerja dan tentatif program.
AKTIVITI 2
Perlawanan Persahabatan antara APECER dan Kakitangan Institut Perakaunan Negara. Perlawanan akan diadakan secara berpasukan 5 beregu. Kalau cun, mungkin kita boleh turunkan 2 beregu wanita untuk turut serta. Sekiranya geng-geng APECER ada skill seperti Lee Chong Wei, Taufik Hidayat mahupun Lin Dan, inilah peluangnya...muehehehe...Maklumat lanjut hubungi saja En Lin Dan Najib 019 2456923 dan En. Lee Juan Wei 019 2557423
Jumaat, Disember 12, 2008
Diari Aktiviti Kg Cerbon
Kejobos rumah Hj Romlan.
Lepas solat jumaat potong lembu.
Mlm ngesop&kenduri.
6-12-2008 Sabtu
Pagi : Kejobos&Kenduri di rumah Hj Romlan.
Selepas Asar: Gotong Royong Perdana mencuci lantai bahagian dalam dan pemasangan set P.A Sistem di surau baru.
7-12-2008 Ahad
Petang: Gotong Royong Perdana memasang karpet, sejadah dan memastikan surau siap sedia digunakan sepenuhnya.
8-12-2008 Isnin
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di surau baru.
Selepas solat sunat Program Qurban di rumah Cikgu Sulaiman ( Arwah Ust Sekak - ewak kayam )
20-12-2008 Sabtu
Program 'Jom Ke Surau'.
Maklumat lanjut-Saudara Najib 019 2456923
27-12-2008 Sabtu
Pagi - Kejobos rumah Pak Imam Md Zen
Malam - Badminton Friendly Match
APECER vs Institut Perakaunan Negara
28-12-2008 Ahad
Pagi hingga T/hari: Kejobos&Kenduri di rumah Pak Imam Md Zen
Khamis, Disember 11, 2008
ALFUN SYUKRAN ILA IKHWANI AHIBBA'
Jumaat, Disember 05, 2008
Perutusan Khas Aidil Adha 2008
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat dan pengikut baginda.
Saudara-saudara APECER yang dimuliakan,
Sesungguhnya perjuangan meletakkan Islam dipersada yang selayaknya merupakan satu tuntutan dan pengorbanan yang cukup tinggi, sebagai hamba yang sentiasa patuh dan taat pada penciptanya kita hendaklah bersedia memenuhi segala tuntutanNya samada harta mahupun nyawa sekalipun apabila diperlukan. Ambillah kisah ketaatan Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail sebagai iktibar dan pegangan dalam perjuangan yang berliku ini. Sesungguhnya semakin hampir hamba dengan tuhannya maka bertambah kuatlah ujian yang melintang dihadapan. Dari itu kuatkanlah penggantungan kepada Allah dan banyakkanlah bersabar.
Kepada saudara yang telah berada dibumi Mekah kerana menyempurnakan rukun Islam yang kelima, kita doakan agar dapat beribadah dengan sempurna dan diterima Allah sebagai haji yang mabrur.
Sempena Hari Raya Kurban 1429/2008 ini, pihak sekreteriat APECER ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua saudara-saudari dan warga penduduk Kg Cerbon yang menyokong segala agenda dan program yang diadakan selama ini. Besarlah harapan kita agar usaha-usaha ke arah mencapai objektif APECER berjalan sebagaimana yang dirancang dan yang paling penting mudah mudahan Allah membalas segala usaha kita dengan hasil yang baik-baik. Jazakallahu Khairan Kathira
Khamis, Disember 04, 2008
Rabu, Disember 03, 2008
Pilih Logo Anda!
Perhatian semua geng APECER...berikut adalah contoh2 logo yang telah disumbangkan untuk dipilih dan juga contoh barangan yang akan dicetak. Adalah dipohon kpd pengunjung cerbonboy.blogspot untuk memilih salah satu darinya. Logo yang mendapat majoriti akan dipilih. Bagaimanapun sekiranya ada mana2 yang mahu menyumbang idea/cadangan/kritikan berkaitan logo sprti warna, slogan, tagline atau apa2 shj amatlah dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda di ruangan 'komen' atau 'cbox'. TQ
Ahad, November 30, 2008
Sila klik utk besarkan
Dijemput semua APECER mengiringi bakal pengantin seterusnya iaitu Saudara Mohd Najib di Majlis Pernikahan, Persandingan dan kenduri seperti butiran berikut :
28 -11-2008
Nikah lps Solat Jumaat di Masjid Pekan Sabak
29-11-2008
Hantar pengantin (L) Kenduri Sblh Pengantin (P)
29&30-11-2008
Kejobos&Kenduri di Rumah Hj Mokhtar
Sabtu, November 29, 2008
CIPTA LOGO!!!!
Dalam memperkemaskan lagi agenda yang bakal dilaksanakan, seharusnya identiti pergerakan ini harus diperkasakan. Oleh itu mana2 Cerbonian yang mempunyai idea dan kemahiran diminta agar mencipta logo/lambang yang akan digunakan secara rasmi nanti. Selain itu, terdapat beberapa komen yang mengatakan terlalu bnyak istilah/nama yang digunakan dalam merujuk kumpulan ini iaitu Cerbonian Brotherhood, APECER dan cerbonboy. Dengan itu dibuka kpd anda untuk mencadangkan nama-nama yg lain sekiranya ada untuk dipertimbangkan. Untuk makluman berikut adalah rasional nama-nama yang digunapakai skrg:
Cerbonian Brotherhood (Persaudaraan Org2 Cerbon) = berbentuk slogan/kata semangat/tag line
APECER (Angkatan Pemuda Cerbon) = Pendukung/watak2 yg menggerakkan/sekumpulan org
Cerbonboy = sekadar alamat blog/suara rasmi
Sekiranya ada cadangan untuk diubah, adalah amat dialu2kan. Cth: Cerbon FC, Wong Cerbon FC dll. TQ
Selasa, November 18, 2008
Bomoh Oh Bomoh....!!!
PEMBONGKARAN PENIPUAN SI MAMAK ARIEF MOHAMAD CAKRA ALAM OLEH PENGKAJI DARI KOREA.
Hahaha...penipu punya mamak...bagi mereka2 yang cpt sgt percaya dgn benda2 yang ghaib2 ni...mmg anda telah terkena "panggilan hangitttt...". Mcm2 Tok Moh ni..biasanya Tok Moh2 ni guna syaitan dan jin...tapi yang ni guna bateri jerk...kih kih kih.
Berikut adalah hadis-hadis yang melarang apa jua bentuk pendukunan/perbomohan:
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Shahih Muslim', bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda : 'Barangsiapa mendatangi 'arraf' (bomoh, dukun, pawang dan yang seumpanya) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari."
"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w , beliau bersabda:'Barangsiapa yang mendatangi kahin (bomoh, dukun, pawang, tukang tilik cth: horoskop dan yang seumpanya) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR. Abu Daud).
Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi s.a.w dengan lafaz: 'Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w ."
"Dari Imran bin Hushain r.a.,dia berkata: 'Rasulullah s.aw bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. ." (HR. Al-Bazzaar,dengan sanad jayyid).
Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan mendapatkan khidmat nasihat, rawatan dalam apa jua bentuk daripada dukun, pawang, bomoh, kahin, tukang tilik termasuk horoskop dan seumpamanya, Larangan bertanya kepada mereka tentang hal-hal yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya. Wallahua'lam...
Catatan Jemaah Muda:
Berikut adalah pendapat/pandangan Prof Madya Dr Jahid Sidek bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Pengasas Pusat Rawatan Islam Al Manarah dan Sheikh Tarikat Naqsyabandiah Al Kholidiyah mengenai tips mudah untuk memahami keadah rawatan alternatif/perkara2 luar biasa pd seseorang/magis/amalan luar biasa dan pelik2 spt kuda kepang, sentroman, ilmu kebal, puasa mutih, tangkal azimat, susuk dan banyak lagi.
Kaedah Rawatan: MESTI mengikut apa yang pernah Nabi S.A.W buat. Amalan dan kaedah rawatan yang pelik2 dan tiada bersandarkan dengan mana-mana hadis yang menyatakan nabi pernah buat begini-begini adalah amalan yang salah. Maka golongan yang melakukan akan termasuk seperti yang dimaksudkan dgn hadis di atas.
Perawat: MESTI seorang yang alim, mempunyai akhlak yg terbaik dan paling penting warak dan 'abid (ahli ibadah).
Mengenai keistimewaan, pengetahuan, magis atau kebolehan yang luar biasa pada diri seseorang. Bagaimana pula?
Mukjizat = Hanya dikurniakan pada nabi dan rasul
Irhas = Perkara luar biasa yg berlaku pada Nabi S.A.W sblm mnjadi rasul sbg tanda kerasulan.
Karomah = Terdapat pada wali2 atau hamba yang benar2 soleh ('Abid)
Sihir = Perkara luar biasa hasil bantuan syaitan dan jin.
Istidraj = Perkara luar biasa yang berlaku kpd ahli maksiat, fasik, kafir dll atas sikap enggan/degil/kufur/bodoh/jahil sbg balasan sehingga mereka trus menerus lupa pada Allah.
Tazyin = Perkara yang hakikatnya dtg drpd syaitan/salah/buruk/negatif/ tapi diperlihatkan seolah drpd Allah/indah/baik/betu/positifl/karomah oleh syaitan.
"Tapi bomoh/perawat tu guna ayat Al Quran/solat hajat/cara islam...."
" Semua amalan2 ni guna ayat2 Quran tau..."
"Kiyai besar yang buat ni...."
"alah ni usaha jer..."
hmmm..iyer ke? hakikatnya benarkah begitu...ntah2 tazyin lagi teruk istidraj..kalau karomah selamat....
Klau ikutkan, hanya 1 jer yang bersumberkan Allah iaitu karomah selain mukjizat dan irhas yang boleh terjadi kpd org awam...tapi orang itu mesti seorang yang benar2 soleh/'abid/warak/alim/akhlak terbaik/ pendek kata hubungannya dgn Allah adalah hampir/rapat yg memungkinkan terbuka sedikit hijab lalu mendapat sedikit keistimewaan/kenikmatan/kebolehan. Bagaimanapun mesti ada adabnya tuan2... Kalau ada orang mendakwa dapat lihat/buat dan cerita itu dan ini mengenai keistimewaan yang dia dapat maka org itu tidak menjaga sifat2 mahmudah (rendah diri/zuhud/khauf/malu) malahan mendedahkan diri pula pada sifat mazmumah (riak/ujub/takabbur). Seorang yang 'abib/soleh/warak sgt pantang dan jaga adab ini takut2 mane tau blh rosak hati dan amalan. Kesannya akan menjauhkan diri dgn Allah. Akhir skali berjayalah syaitan menipu daya manusia sekian kalinya dgn memasuk jarum bangga diri/riak/takabbur dgn kebolehan diri. Bagi yang jumpa bomoh, blh jadi rosak akidah krn percaya dgn tangkal dan brg2 yg kononnya ada power... Itulah kesan besarnya pun... Mudahnya, syaitan itu musuh utama yang nyata!!!!
jadi, karomahkah mereka2 ni...??? hmmm....??? wallahu'alam...
Moral:
1.Kikis pemikiran, amalan dan kepercayaan yang pelik2 tanpa bersandar nas/dalil/hadis.
2.Tingkatkan pengetahuan dan amalan berasaskan Quran dan Sunnah. Bukan budaya setempat...!!
P/S: Disarankan untuk merujuk kpd yang lebih arif. Artikel di atas hanya dicatat secara ringkas krn keterbatasan ruang.
Selasa, November 04, 2008
Jumaat, Oktober 31, 2008
Khamis, Oktober 30, 2008
TERIMA KASIH
25-10-2008 Sabtu
6.00 ptg
Ahli APECER mula berkumpul dan sesi taklimat ringkas fokus gotong royong.
6.15 ptg
Kerja2 pemunggahan barang2 bermula. Barang2 sprti set PA Sistem, karpet, sejadah, Al Quran/Yassin, kipas dan lampu2 mula dipindahkan ke balairaya untuk dijadikan surau sementara. Karpet2 dan perabot yg lusuh ditempatkan di atas meja di hadapan stor.
6.45 ptg
Kerja2 pemasangan karpet, set PA Sistem, lampu2 dan lain2 di balairaya.
7.15 ptg
Semua kerja2 selesai dan balairaya siap sedia digunakan.
26-10-2008 Ahad
Sblh pagi hingga t/hari - kejobos di rumah Pak Hj Abu Bakar
3.00 ptg
Kerja2 penyusunan brg2 stor bermula. Brg2 yg rosak, yg tidak digunakan diasing dan dibakar. Menyusun atur semula barangan di dalam stor dan membersihkan lantai serta membuang sampah2, sawang dan lain2.
4.30 ptg
Memunggah barangan surau yg ada di balairaya utk dipindahkan ke ruangan kidol. Susun atur semula perabot trmasuk mewujudkan sebuah meja bulat, menyapu, vakum karpet dan menyambung kembali saluran paip wudhu'.
5.30 ptg
Semua kerja2 selesai dan mencapai lebih drpd yg dijangka.
Faedah: Harta surau diselamatkan, stor surau dan balairaya bersih dan boleh digunakan dgn lebih selesa berbanding sblmnya!!!
Terima kasih kepada semua APECER yg terlibat krn sudi meluangkan masa dan tenaga. Kpd mana2 yg tidak berkesempatan tidak mengapa. Mgkin di lain program anda boleh turut serta. ADIOS!!!
Jumaat, Oktober 24, 2008
MAKLUMAN
Tarikh : 25hb OKTOBER 2008
Masa : 4.00 ptg
Tempat : Surau Cerbon
Aktiviti : Menyusun dan menyimpan semua harta benda hak milik surau di stor.
Rasional:
Selasa, Oktober 21, 2008
SELINGKAR RASA
Meniti hari-hari yang mendatang di bulan Syawal yang mulia ini teringat tentang tanggungjawab yang belum terlaksana iaitu; puasa enam. Mengikut perkiraan di dalam tarikh menunjukkan hampir tamat, entah bila akan habis melakukan ibadah yang sunat ni. Mungkin di kalangan rakan-rakan telah habis melaksanakannya, syabas diucapkan. Kalau ada yang masih belum pun tak mengapa, hanya sekadar puasa sunat ( terpulang nak lakukan atau tidak ).
Tinggalkan dahulu perkara tersebut; penulis merasakan suatu kelainan sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya; maaf dipinta jika sepanjang menulis artikel, ‘terlalu’ panjang untuk dibaca oleh rakan-rakan. Apabila mengadap komputer seperti ada aura dan idea datang mencurah-mencurah. Mungkin telah terbiasa di dalam menulis assignment sebelum ini. Apa pun diucapkan terima kasih kepada para pembaca yang budiman. Sebarang komen dan kritikan dialu-alukan, mungkin ada bahasa atau tulisan yang menyinggung perasaan rakan-rakan.
Kedua; apabila membuka saja blog ‘cerbonboy’ terasa suatu perasaan yang sukar digambarkan oleh kata-kata. Senang kata, penulis berasa berbangga, terharu, gembira dan lain-lain lagi dengan rating, komen gambar-gambar dan komuniti yang melayari semakin hari semakin meningkat. Syabas diucapkan kepada rakan-rakan sekelian. Dengan usaha sedemikian menampakkan usaha yang murni di dalam meluaskan jaringan komunikasi di antara anak-anak kg cerbon di samping mendapatkan maklumat dan isu-isu terkini dari kg cerbon.
Ketiga; apabila melihat komen di dalam ‘Cbox’, penulis membaca berbagai-bagai komen daripada rakan-rakan. Memang agak rencam dengan pelbagai kehangatan emosi yang bergelodak. Namun, perlu diingat blog tersebut diwujudkan bukan tujuan untuk menghentam dan memalukan sesiapa hatta mengangkat diri sebagai juara dalam pelbagai isu. Segala komen, tulisan dan teguran yang dilontar hendaklah dilihat dalam bentuk yang positif dengan tujuan untuk membentuk jiwa, sahsiah dan kepedulian sesama kita dan juga terhadap masyarakat kg cerbon. Perlu diletakkan sikap ‘berlapang dada’ ketika memberi dan menerima kritikan sesama rakan. Penulis juga bersikap demikian, andai ada terlajak kata, terguris rasa dan terketuk di mana-mana harapnya dimaafkan. Sikap manusia tidak sunyi daripada kesilapan dan kesalahan.
Akhirnya; penulis juga sedar bahawa diri ini pun belum lagi sempurna. Tetapi, dalam proses menuju kesempurnaan itu kita jangan melupakan rakan-rakan kita yang lain sambil mengajak ke arah kebaikan bersama. Berpegang dengan konsep surah al-asr: 4 ‘ berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran’ merupakan jalan yang terbaik bagi membina jalinan kekitaan, kesamaan, kebertanggungjawaban serta kebersamaan di kalangan anak-anak kg cerbon. Semoga usaha murni sebegini tidak menjadikan kita bermusuhan dan perpecahan. Bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’. Wallahu A’lam
Isnin, Oktober 20, 2008
Terima Kasih....
kerana sudi menjemput saya untuk menyumbang artikel di laman ThE Cherbonian Brotherhood
MAKLUMAN
SABTU 25hb OKTOBER 2008
Perkara : Kejobos, Akad Nikah dan Kenduri Tahlil
Pagi -Kejobos ( Mengikut kesesuaian )
Petang - Akad Nikah di Masjid Sg Tengar
Malam selepas Isyak - Kenduri Tahlil
Aktiviti : Sebelah pagi - sembelih dan melapah seekor lembu. ( t/hari sup akan disediakan )
AHAD 26hb OKTOBER 2008
Perkara : Kenduri Walimah Urus
Masa : Pagi hingga petang ( mengikut kesesuaian )
Aktiviti : Rewang apa2 yang patut
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi tuan rumah Saudara Ismail (pomen) di talian 019 3726742
Entah mengapa tiba-tiba saja bersarang beberapa persoalan yang ingin diluahkan di dalam tulisan kali ini. Akan tetapi, penulis tidak menemui ‘domain’ atau ‘punca’ yang kuat untuk melabelkan tajuk di dalam artikel ini. Puas juga dikerahkan kepala otak untuk mencarinya, tetapi gagal. Harap, rakan-rakan dapat memberi sumbangan idea dan buah fikiran yang bernas bagi menyelesaikan kemusykilan ini.
Kehidupan di rantau orang sememangnya ‘agak’ menyukarkan lebih-lebih lagi berjauhan dari keluarga tercinta dan ‘si dia’. Bukan tidak pernah, tetapi entah kenapa sejak berhijrah ke sini beberapa bulan lalu sememangnya menuntut kesungguhan, kegigihan dan pengorbanan yang tinggi. Apa pun, bak kata orang ‘ jauh perjalanan, luas pemandangan/pengalaman’. Dakwaan ini sememangnya tidak mampu disangkal dan ditolak.
Penulis ingin berkongsi perasaan dengan rakan-rakan sekelian beberapa pengalaman yang dikutip. Pertama; nilai hidup beragama di sini. Menyentuh soal hidup beragama, bukan bererti masyarakat kg kita tidak melaksanakan tuntutan agama tetapi ‘agak’ kurang berbanding dengan yang lain. Ambil saja satu contoh yang paling mudah, iaitu solat berjemaah. Solat berjemaah yang kita ketahui mempunyai berpuluh-puluh ganjaran jika dibandingkan dengan solat bersendirian. Persoalannya, kenapa kita masih agak ‘liat’ untuk bertandang apabila mendengar seruan azan dilaungkan? Mungkin jeneral syaitan begitu kuat merantai kaki dan hati dari pergi menunaikan tuntutan fardu kifayah tersebut.
Penulis di sini merasakan bahawa, suasana yang serupa dengan kg kita. Tetapi apa yang menariknya, solat berjemaah di surau berdekatan tempat tinggal penulis tetap utuh dan segar dengan laungan azan dan solat berjemaah lima waktu meskipun sekadar seorang jemaah sahaja!!! Keserupaan yang dimaksudkan iaitu, hilangnya kaum muda yang dikatakan ‘pemuda harapan bangsa’ untuk turut serta. Ke manakah mereka ini pergi? Otak penulis ligat memikirkan keadaan yang sama di kg kita. Apa akan jadi jika 10 atau 20 tahun akan datang di mana ayah-ayah kita telah uzur atau mungkin ada yang meninggal dunia. Siapa akan menjadi penganti menjadi imam/bilal? Siapa yang akan bertanggungjawab membaca tahlil arwah di surau/di rumah dan talkin di kubur? Ah, sedihnya....
Keduanya; beberapa hari lalu penulis berborak dengan seorang rakan menerusi YM tentang program kutipan/sumbangan yang sedang kita jalankan. Program sebelumnya dilihat menunjukkan keberhasilan yang baik tetapi ada sedikit ‘kepelikkan’. Maksudnya ( maaf dipinta ), ada di kalangan rakan-rakan yang pada awalnya menunjukkan sikap yang positif terhadap program tersebut akan tetapi ‘kelam’ di penghujungnya ( menghulurkan sumbangan ). Bagi penulis, mungkin rakan-rakan belum berkesempatan atau terlupa. Tidak mengapalah, asalkan dapat menyumbang walaupun lewat. Ini kerana kita akan meneruskan program seterusnya berdasarkan resolusi yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Selain itu, penulis bertanyakan lagi tentang bentuk pemikiran kita sekarang dalam soal sumbangan/kutipan. Adakah setiap sumbangan yang kita hulurkan perlu kita lihat natijahnya dalam bentuk yang wujud dan nyata? Kalau pemikiran kita masih lagi mahu bertanyakan secara terperinci, seolah-olah kita mempersoalkan tentang wang sumbangan/sedekah kita untuk beli apa, ke mana ia disalurkan dan apa yang aku dapat daripada sumbangan tadi!!! Ada sesetengah perkara boleh begitu dan jangan disama ratakan dengan yang lain. Sebabnya, segala bentuk sumbangan yang kita hulurkan insyaallah akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah ( al- Zalzalah : 7 ). Ini janji yang telah nyata dan jelas. Tinggal lagi, cara dan bentuk tindakan yang diambil untuk menguruskan wang tersebut berdasarkan situasi dan keadaan yang memerlukan. Saya membuat contoh begini; apabila kita membayar zakat, adakah kita bertanyakan untuk dijadikan apa ( rumah/bangunan/biasiswa ) wang tadi? Atau kita menderma/sedekah/sumbangan di masjid pada hari jumaat; adakah kita tanya ke mana wang itu tadi?
Mungkin ada rakan-rakan yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Namun saya tidak berkecil hati dan berdendam. Malah, saya menerima keputusan ramai/majoriti segala tindakan yang sewajarnya. Soalan saya yang terakhir kepada rakan tadi; kita nak buat kutipan lagi setiap bulan mulai raya korban nanti. Apa yang menakutkan saya, adakah kita boleh memberikan komitmen yang sangat baik di samping bagaimana mekanisme untuk mengumpulkan wang tersebut. Pada pemikiran penulis, program ini mampu berjalan dengan jayanya jika kita mampu mengumpulkan sejumlah rakan-rakan yang komited dan progresif untuk menabung setiap bulan. Kalau dapat seramai 30 orang pun kita mampu untuk mengutip RM300 sebulan( RM 10 x 30 org ), manakala setahun jumlah terkumpul sebanyak RM3600.
Akhirnya; dari sejumlah tabungan yang dikumpul itu tadi kita boleh mengerakkan serba sedikit beberapa program di kg seperti bantuan kecemasan, bayaran kelas pengajian di surau, membeli peralatan gejobos , kelas tuisyen , kelengkapan kematian dan lain-lain. Semua ini perlukan percambahan pemikiran dan penghalusan setiap aktiviti yang ingin dilaksanakan. Mudah-mudahan segala usaha yang murni ini akan mendapat limpahan rahmat dan keberkatan dari-Nya…Amin. Wallahu A’lam.
Rabu, Oktober 15, 2008
CETUSAN PEMIKIRAN SEKITAR DI KG CERBON
Alhamdulillah…Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Ajmain.
Pepatah arab ada menyebut “ Hubbul Waton Minal Iman” membawa maksud cintakan tanahair sebahagian daripada iman. Melihat bait-bait ayat ini, saya terpikir sejenak apa sumbangan yang telah aku berikan kepada kg dan masyarakat? Mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang lain turut berfikiran yang sama. Hakikatnya, ini yang terjadi, apabila anak-anak muda keluar kg ( berkerja di Bandar/tempat lain ) seolah-olah telah putus hubungan dengan masyarakat kampung. Dalam erti kata yang lain, kurang melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya. Maaf jika sekiranya melontarkan pandangan sedemikian rupa.
Jika kita membuka lipatan sejarah sewaktu kecil-kecil dahulu, sebut saja aktiviti seperti main perang-perang, muludan ( maulud nabi ), goreng ayam dan pisang, tidur surau, kotekan ( ketuk kentong ) dan sebagainya kita lakukan bersama. Semua aktiviti ini jalankan di surau mahupun dewan/balai raya. Maknanya segala aktiviti yang baik mahu pun tidak tetap dilakukan di surau iaitu satu tempat yang khusus. Hatta sekiranya orang tua nak marah pun berfikir 4 hingga 5 kali kerana anak-anak mereka ini telah menjadikan surau sebagai pusat membentuk ‘organisasi’ ( kesatuan/perpaduan ).
Ini hanya sekadar imbasan kenangan sewaktu ketika dahulu. Apa yang menyedihkan kini, anak-anak muda kg ( junior ) seolah-olah menjauhkan diri dari tradisi yang sekian lama terbentuk. Bukan tidak ada yang datang, tetapi waktu yang bukan sepatutnya ( selepas solat isyak ). Lebih menyedihkan lagi surau hanya didatangai oleh golongan tua untuk melaksanakan fardhu kifayah ( solat berjemaah ) bersama. Itu pun tak penuh satu barisan ( saf ). Tetapi, di manakah golongan muda? Apakah factor yang mendorong terjadinya sebegini? Salah didikan ibu bapa atau diri sendiri? Sesak otak ketika memikirkan permasalahan ini.
Bukan untuk menuding jari mencari salah sesiapa, sekadar cetusan hati dan perasaan yang terpendam dalam diri. Mungkin ramai yang setuju dengan saya dalam hal ini, tetapi apakah solution ( jalan penyelesaian ) yang perlu kita ambil. Adakah cukup sekadar kita menjadi penonton tanpa mengambil bahagian? Atau kita hanya ‘wait and see’ saja? Saya bercakap bukan atas dasar sebagai seorang ustaz atau orang yang berilmu agama yang tinggi. Cukup sekadar luahan dari hati anak kg yang inginkan suasana dahulu wujud dan subur di kg kita.
Masih ingat lagikah kita bagaimana kita menggembeleng tenaga membuat pintu gerbang untuk pelita ketika bulan Ramadan? Sehinggakan seorang ibu dahulu bertanyakan kepada anak-anak muda jika sekiranya tidak lepak atau tidur di surau. Katanya, budak-budak bersembang menjadi teman untuk menghilangkan takut apabila berseorangan di rumah!!! Ertinya, aktiviti lepak di surau anak-anak muda dahulu menjadi sumbangan positif bagi sesetengah orang. Sekarang, ianya menjadi memori indah sahaja. Marilah kita sama-sama memikirkan bagaimana untuk menarik kembali anak-anak muda kg ( junior ) agar hati bertaut di surau dan menjadikan surau sebagai pusat segala aktiviti seperti dulu-dulu.. Wallahu A’lam
BERSAMA MEMBANGUNKAN SEMANGAT KEKITAAN
Sepanjang Ramadan kita telah dilatih dan dididik dengan pelbagai didikan yang bermutu dan mantap melalui aktiviti ibadah dan mujahadah. Segala hawa nafsu dapat ditundukkan seminima mungkin. Tetapi, apakah jaminannya selepas berakhirnya Ramadan yang lalu? Perlukah adanya kesinambungan selepasnya? Syawal yang mulia menjelang tiba dengan berbagai-bagai kerahsiaan dan kemujaraban. Salah satunya pemupukan semangat ‘persaudaraan’ atau dalam istilah kamus ‘kekitaan’. Memang ini yang diharap dan dinantikan. Buktinya, kita telah menjuarai satu lagi program anak-anak muda dengan sumbangan amal dengan mewujudkan ‘tabung kebajikan’.
Walaupun jelas, program seumpama ini telah lama diuar-uarkan semenjak kita kecil lagi, namun keberhasilannya masih lagi boleh dipersoalkan. Adalah menjadi harapan kita ( semua anak-anak kg cerbon ) program yang digagaskan dan diperdebatkan akan berjalan dengan jaya dan berpanjangan. Kita perlu buktikan bahawa kita bukan anak-anak hingusan yang sering melakukan kesalahan demi kesalahan. Persepsi sebegini perlu dilontar jauh-jauh hatta ke lubuk tujuh lapis bumi ( kalau boleh ). Semangat anak-anak kg yang ‘hangat-hangat taik ayam’ semenjak dulu wajar dipulihkan. Bak kata saudara Aziz Desa ‘ yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan’. Di sinilah kita perlu memupuk kembali semangat kekitaan dan kebertanggungjawaban sesama insan khususnya demi melihat kampung kita ( kg cerbon ) yang dicintai bertukar wajah sedikit demi sedikit. Bukan mahukan perubahan yang drastik, tetapi memadai diperingkat permulaan menampakkan usaha yang murni hasil dari gagasan yang kita sama-sama gemblengkan.
Berbagai-bagai cara dan usaha mampu kita laksanakan untuk melihat kembali ‘gah’ kg cerbon. Langkah awal yang sedang diusahakan iaitu untuk mendapatkan sejumlah nombor telefon setiap ahli keluarga di kampung ini. Tujuannya adalah untuk menghubungkan kembali jalinan persahabatan umpama sewaktu kecil dahulu. Memang tidak dinafikan kesibukan dan urusan serta hal peribadi yang menggunung tinggi, tetapi jangan ia dijadikan sandaran untuk menjadi batu penghalang cita-cita murni ini terkubur tanpa nisan. Saya amat bersemangat dan teruja apabila seorang rakan mencetuskan agar komuniti cerbonboy ini diluaskan skopnya kepada rakan-rakan wanita ‘yang diculik” ( istilahnya telah berkahwin ) dapat menyumbang apa-apa saja tidak kira idea, pandangan, kritikan, nasihat mahu pun sumbangan. Inilah, salah satu usaha ke arah membentuk jalinan perhubungan anak-anak kg cerbon ( lelaki dan wanita ) dapat dibentuk dalam satu wadah dan platform ( blog ). Harapannya, segala usaha yang dilakukan ini dapat membangkitkan lagi semangat kekitaan, persaudaraan, dan kepedulian antara satu sama lain. Apabila rantaian perhubungan ini telah ampuh dan kukuh maka tidak mustahil pembentukan yang lebih besar mampu diwujudkan seperti ‘CERBON GROUP’ dan sebagainya.Hala tujunya untuk memberi sedikit informasi dan sumbangan yang sewajarnya kepada masyarakat kg cerbon ( ayah dan bonda kita jua ). Semoga usaha murni ini akan diberkati dan dirahmati Allah.. Wallahu A’lam
Selasa, Oktober 14, 2008
CETUSAN RASA DI AIDIL FITRI
Alhamdulillah…Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Ajmain.
Kini kita berada di bulan Syawal yang mulia setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, melawan hawa nafsu serta melaksanakan amal ibadah yang dituntut oleh agama. Di dalam kita meraikan kejayaan dan kegembiraan ini, kita kejutkan dengan berita kesedihan di malam hari raya; kembalinya Hajah Rohana ( Wak Kanah ) iaitu isteri Wak Kajik ( Hj Shamsuddin ) ke rahmatullah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat naungan Ilahi..Amin.
Sejarah ditempa lagi apabila anak-anak muda kg cerbon yang biasanya ‘Baraan’ ( Beraya ) pada pagi hari raya pertama bergabung dengan golongan dewasa ( orang tua ) pada hari raya kedua. Di sini bermulanya jalinan ukhwah dan kerjasama yang kuat antara golongan muda dan tua. Walau pun kadang kala wujud ketidakserasian dan kejanggalan serta kekangan namun atas prinsip persaudaraan dan ukhwah perkara-perkara titik-bengek ini dilontar jauh. Otak ligat berputar; masih ada lagi titik persamaan antara golongan tua dan muda di kampung ini!!!
Selain itu, komuniti ‘Cerbonboy’ mendapat sokongan dan dokongan yang kuat malah melangkah setapak kehadapan dengan program kebajikan ( kutipan sumbangan anak-anak kg cerbon ). Walau pun diakui agak perlahan dan ketakutan, ia tetap berjaya dan telah berjaya menyerahkan sedikit bantuan kepada keluarga Wak kajik ( Hj Shamsuddin ) sebagai sumbangan awal dan akan diteruskan dari masa ke semasa. Beberapa siri perbincangan, sumbangan idea, kritikan dan diskusi dijalankan antara rakan-rakan menyaksikan satu pelan wawasan jangka panjang yang cukup cantik dan murni. Syabas diucapkan kepada rakan-rakan. Maknanya tidak sia-sia apa yang dilontarkan hingga lewat pagi ( jam 4 pagi ). Mudah-mudahan usaha murni ini dapat dikembangkan dan dijadikan satu peninggalan warisan untuk generasi akan datang.
Sekali lagi syabas diucapkan kepada para ‘penyumbang’ yang dermawan, kepada Allah dipanjatkan doa agar keberkatan dan keluasan rezeki dapat dilimpahkan kepada mereka-mereka ini. Merenung kepada hadis baginda “ Yadul Ulya Khairun Min Yadul Sufla ( Tangan di atas/yang memberi lebih baik daripada tangan di bawah/menerima ), mudah-mudahan kita tergolong seperti mana yang nabi sebutkan itu tadi. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dipohon jika terdapat kekurangan, kekalutan dan kesongsangan di dalam tulisan-tulisan dan percakapan sebelum ini. Semoga segala usaha-usaha ke arah kebaikan dan kebajikan dapat diteruskan dan berpanjangan hendaknya..Wallahu A’lam
Khamis, Oktober 09, 2008
Dapatkan Maklumat Terbaru!!!!!
Sila Klik:
Gambar sekitar Ramadhan dan Baraan Raya 2008
Isnin, September 29, 2008
PERUTUSAN KHAS
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilaha illallahu wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahilhamd.”
- PASTIKAN KEDIAMAN ANDA DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SELAMAT.
- MEMANDU BERHATI-HATI DENGAN KONSEP PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, INSYAALLAH TAK KENE SAMAN, TAK EKSIDEN, UMUR PANJANG NASIB TAK MENINGGAL AKHIRNYA JIMAT SEMUA ORANG SELAMAT.
- PALING PENTING SIAP2KAN BUDGET UNTUK SUMBANGAN KEPADA TABUNG SURAU KG CERBON. BAGILAH BERAPA2 PUN TAPI JANGAN 10-20 JER. KASI LEBIH SKIT.
- AKHIR SEKALI, PASTIKAN ANDA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI DENGAN KEADAAN SEMPURNA DAN BERNYAWA LEBIH2 LAGI PULANG KE KG CERBON.
AKHIR SEKALI KAMI DI PIHAK CERBONBOY.BLOGSPOT.COM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK KG CERBON TIDAK KIRA WALAU DI MANA ANDA BERADA. TQ
Rabu, September 24, 2008
RAMADAN, LAILATUL QADAR DAN KELEBIHANYNYA
Alhamdulillah..Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Usulihi Wa Furu’ihi Ajmain.
Segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur kita untuk berjumpa lagi dengan sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadan. Bermakna kita telah berjaya di dalam pendidikan diri ( Nafs ) melawan segala godaan hawa nafsu yang sering kali mengajak ke lembah kehinaan dan kebinasaan. Sungguhpun begitu, perlu kita merenung kembali adakah segala latihan dan penyucian ( tazkiyah ) yang kita lakukan ini menepati ciri-ciri yang telah digariskan oleh ulama-ulama terdahulu agar puasa kita benar-benar mendapat keredaan Allah dan mendapat keampunan dari-Nya.
Bulan Ramadan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapat Nuzul al-Quran yang menjadi mukjizat nabi Muhammad hingga akhir zaman, malam lailatul Qadar, iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan dan peristiwa penting iaitu peperangan Badar al-Qubra pada 17 Ramadan hari jumaat tahun kedua Hijrah yang mana pada Ramada tahun tersebut merupakan bulan pertama sahabat-sahabat dan umat Islam berpuasa. Ini antara peristiwa besar yang terkandung di dalam Ramadan al-Mubarak.
Menyentuh berkenaan berpuasa, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;
(1) Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj ( kemaluan ) dari menikmati keinginannya ( makan, minum dan sebagainya );
Banyak hadis nabi s.a.w. yang menjelaskan kelebihan dan keistimewaan Ramadan, antaranya;
(1) Ramadan sebagai penghapus dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a; “ Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan Ramadan ke Ramadan merupakan dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”.( Riwayat Muslim );
(2) Pada Ramadan dibuka pintu syurga, dan ditutup pintu neraka serta dirantai syaitan-syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w. “ Apabila tiba malam pertama Ramadan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pun pintu yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Seorang penyeru ( yakni Malaikat ) akan berseru; “ Wahai orang yang ingin mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu ( yakni berhentilah dari melakukan kejahatan )”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam ( sepanjang Ramadan )”. ( Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a );
(3) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di Bulan Ramadan. Sabda Rasulullah s.a.w. ; “Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadan ini lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
(i) Dipermulaan Ramadan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya,
(ii) Bau mulut (mereka yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi,
(iii) Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam,
(iv) Allah akan menyuruh syurga bersiap-sedia dengannya, berkata kepadanya; “ Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaku. Mereka datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”,
(v) Pada malam setiap bulan Ramadan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; “ Adakah malam itu malam lailatul Qadar? Jawab Rasulullah; ‘Tidak’. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.( Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
Menceritakan tentang malam Lailatul Qadar, diturutkan beberapa kelebihan dan kebesaran tersebut berdasarkan surah al-Qadar ayat 1-5 iaitu:
Selasa, September 23, 2008
RAMADAN LAHIRKAN SIFAT TAQWA ( Bahagian Satu )
Alhamdulillah..Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Usulihi Wa Furu’ihi Ajmain.
“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa kepada Allah SWT”. ( al-Baqarah : 183 ).
Ayat di atas jelas menegaskan kepada kita bahawa perkara yang menjadi asas yang ingin dicapai ialah taqwa. Kalimah ‘taqwa’ bermaksud mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Menurut syarak, ‘Taqwa’ bererti; “ Menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintah-perintah-Nya, taat kepada-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta menjauhi perbuatan maksiat’.
Secara keseluruhannya, setiap perlakuan ibadat kita kepada Allah hanyalah untuk mendapatkan ketaqwaan dan keredaan yang sebenar. Nilai ketaqwaan ini bukan dapat diukur melalui pemakaian serban yang besar, jubah yang panjang atau tasbih yang bulat; tetapi ia bersangkut paut dengan urusan hati dalam merencanakan perlakuan yang seiring dengan kehendak Allah SWT. Dalam ibadah puasa, nilai ketaqwaan ini yang ingin dicapai. Ertinya, tujuan berpuasa itu untuk melahirkan semangat insan yang tunduk, patuh, menjaga, dan memelihara diri dari azab seksaan Allah. Jika sekiranya masih kedapatan di antara manusia yang tidak berpuasa ( ponteng ), ini bermakna ketaqwaannya adalah kurang kerana melanggar perintah dan arahan daripada-Nya.
Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, dalam Tafsir al-Munir, menyebut bahawa ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah melalui beberapa factor: (1) Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah, dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah-Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusid tetapi tidak di hadapan Allah. Justeru, Allah adalah Tuhan yang maha mengetahui. (2) Mengekang ketelanjuran ‘syahwat’ dan meringankan pengaruh serta penguasaannya-lantaran puasa melemahkan gelora nafsu. ( 3) Mencetus naluri yang peka ( sensitif ) dan bersifat belas simpati terhadap insan lain-Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan yang tidak bernasib baik. (4) Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang-orang kaya dan miskin di sisi Allah. (5) Meletakkan kehidupan insan dan pengurusannya di atas sistem yang benar dan menepati fitrah dan mendisiplinkannya. (6) Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan dari sebarang unsur yang memudaratkan jasad.
Rasulullah telah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabdanya yang bermaksud; “ Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupai-Nya, bersyukur kepada-Nya. ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas ). Dalam kita ingin menambah nilai ketaqwaan diri yang semakin merudum, kehadiran Ramadan dapat memugarkan kembali ketaqwaan tadi. Antara yang boleh dilakukan iaitu ‘sedekah’. Sedekah merupakan satu amalan yang cukup mudah dan ringan.Tidak kira orang dewasa mahu pun kanak-kanak mampu melakukannya. Hatta, disebutkan bahawa orang yang senyum itu dikira sedekah!!! Menjenguk realitinya, kenapa masih ramai lagi insan yang amat sukar untuk bersedekah? Sedangkan kita mengetahui nilai dan ganjaran sedekah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Adakah sedekah kita hanya sekitar di hari jumaat ketika mengunjungi masjid-masjid? Maka amalan sebegini perlu diubah dan dilontar jauh-jauh.
Hadis nabi yang bermaksud: “ Anas menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w; Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal? Jawab Rasulullah s.a.w; “ Sedekah pada bulan Ramadhan”. ( Riwayat Imam at-Tirmizi ). Dalam hadis lain Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang menceritakan; “ Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi pemurah lagi pada bulan Ramadan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas ( yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Inilah ikon sebenarnya kepimpinan melalui tauladan dari junjungan besar Muhammad s.a.w. Bukan hanya laungan kata-kata bahkan ditonjolkan melalui perlakuan agar manusia sejagat turut serta mengikut jejak langkah baginda. Selain itu, baginda juga cukup terkenal dengan menjamu makan sahabat baginda. Ini kerana Ramadan dianggap bulan ‘syahrul muasak’ yang memperluaskan rezeki kepada sesiapa sahaja pada bulan ini dan juga Allah SWT meringankan kepada mereka yang mahu bersedekah. Rasulullah s.a.w. dalam khutbahnya di akhir Syaaban berkata; “ Inilah bulan simpati terhadap sesama manusia. Di bulan inilah rezeki orang-orang beriman bertambah. Barang siapa memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan daripada api neraka jahannam. Dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”
Alangkah murninya jika kita mampu melakukan sebagaimana nabi lakukan tadi. Sedekah tidak tertumpu hanya kepada golongan kaya sahaja.Bahkan orang kurang berkemampuan juga tidak boleh dinafikan untuk mengamalkannya. Lihat saja nabi, adakah beliau seorang yang memiliki banglo yang bertingkat-tingkat? Atau pun mempunya duit jutaan ringgit? Atau memiliki berpuluh-puluh kenderaan? Cukuplah sekadar dikatakan ‘Yadul ulya khairun min yadul sufla’ ( Tangan yang di atas/orang yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang di bawah/menerima ). Mudah-mudahan Allah akan melontarkan sedikit perasaan keinsafan dan keperihatinan untuk kita bersedekah. Jangan tunggu diminta atau sempena hari-hari yang tertentu. Mulakanlah dari bulan Ramadan ini. Bentuklah ‘tranformasi’ ke arah kebaikkan untuk bekalan kita di akhirat kelak. Wallahu aklam.
Jumaat, September 19, 2008
Ramadhan dan Al Quran ( Bahagian 1 )
Alhamdulillah…Wa
Apa yang ingin dikaitkan dengan tarikh di atas ialah bagaimana ayat Quran yang mulia ini sebagai sumber mukjizat nabi Muhammad S.A.W hingga akhir zaman diturunkan juga di bulan yang penuh dengan seribu kemuliaan dan keberkatan. Alangkah indahnya percaturan dari Allah Taala untuk menentukan sesuatu sebagai suatu peringatan dan iktibar bagi umat Islam. Tinggal lagi sikap manusia bagaimana untuk menyambut dan menghayati kemuliaan yang berlipat kali ganda ini agar dapat diamalkan dalam kehidupan kini.
Peluang yang terbentang luas telah pun terhidang di depan mata. Berdasarkan ayat pertama iaitu ‘Iqra Bismi Robbika Lazi Kholaq’ ( Bacalah dengan nama Tuhanmu Wahai Muhammad yang telah menciptakan menusia ). Menurut ahli bahasa kalimah ‘Iqra’ pada dasarnya berada dalam ‘Feel Amri “ ( Arahan ) atau dalam erti kata lain perintah. Perintah yang menuntut kita agar membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Sejajar dengan bulan Ramadan yang mulia ini sewajarnya perintah membaca ini perlu kita susurkan dengan bacaan Al-Quran dan menghayati maksudnya. Dan di bulan Ramadan ini juga kita mengambil peluang untuk memperbanyakkan pahala dan ganjaran melalui pembacaan Al-Quran. Kerana Allah sendiri menjanjikan berlipat kali ganda kepada sesiapa yang membacanya. Rata-rata masyarakat sendiri maklum membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan digandakan dengan tujuh puluh pada setiap huruf yang dibaca ( 1 huruf x 70 pahala ). Nah, begitu banyak dan mewah sekali ganjaran dan pahala yang Allah cuba berikan kepada kita. Harapannya agar kita tidak menjadi orang yang ketinggalan dalam merebut peluang keemasan ini.
Tuntutan ini diperkuatkan lagi dengan sabda nabi yang bermaksud “ Tidak ( ada cara yang terbaik ) hamba-hamba mendekatkan ( diri mereka ) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya ( yakni yang datang daripada Allah ) iaitu Al-Quran”. ( Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Tabrani dari Abu Hurairah r.a ). Selain galakkan membaca sendirian, kita juga dituntut agar membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Tujuannya untuk memperbaiki lagi mutu bacaan sesama kita sendiri. Ini yang telah dilakukan oleh nabi sendiri dalam hadis Bukhari, Ibnu Abbas menceritakan “ pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.
Sayugia diperhatikan, bertadarus secara berjamaah/berkumpulan memiliki manfaat dan fadilat yang cukup besar sehinggakan disebut dalam hadis nabi “ Alaikum Bil Jamaah” ( Ke atas kamu hendaklah berjamaah/kumpulan ). Seterusnya dijelaskan oleh nabi lagi tentang fadilat bertadarus secara berjamaah dalam hadis baginda: “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)[1] . Wallahu a'lam…
Ramadhan dan Al Quran ( Bahagian Akhir )
Alhamdulillah..Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Usulihi Wa Furu’ihi Ajmain..
Ramadan juga sering dikaitkan dengan panggilan ‘Syahrul Quran’ yang membawa maksud bulan al-Quran. Agak janggal jika kita membicarakan bulan Ramadan tanpa menyentuh dengan pembacaan dan penghayatan dari al-Quran. Di dalam tulisan yang lalu, telah disebutkan sepintas lalu pembacaan al-Quran yang menjadi nadi/denyut jantung di dalam bulan Ramadan. Maka tulisan kali ini akan cuba merangkum segala bentuk kebaikan juga kehebatan buat peringatan dan tatapan muslimin dan muslimat sekelian.
Al-Quran merupakan kitab ‘hidayah’ yang Allah telah turunkan kepada junjungan besar Muhammad s.a.w sejak 1400 dahulu. Berbagai-bagai tafsiran dan definisi yang telah ulama mengaitkan al-Quran. Antaranya al-Quran kitab perundangan ( Permasalah feqh ). Namun, ulama sepakat mengatakan bahawa al-Quran ialah sebuah kitab ‘hidayah’ ( Petunjuk ) kepada manusia sejagat. Ini sejajar dengan pengutusan Allah kepada nabi Muhammad sebagai utusan untuk keseluruh alam ( Manusia, jin, haiwan dan tumbuhan ). Tidak hanya merujuk kepada sebuah kaum tertentu, atau merujuk kepada bahasa tertentu, tidak kepada budaya tertentu dan bukan juga merujuk kepada ahli keluarga tertentu sahaja.
Memang di dalam al-Quran ada menyebut tentang bab perundangan, sosial, kekeluargaan, sejarah, nasihat dan sebagainya tetapi secara umumnya al-Quran itu merupakan sebuah kitab hidayah/petunjuk kepada sekelian makhluk di dalam alam ini. Ini jelas bagaimana nabi sebagaimana yang tersurat di dalam sirahnya membuat ‘khalwat’/memencilkan diri sebagai proses penyucian diri sebelum menerima suatu anugerah yang ‘teramat suci’ dan ‘mulia’. Secara logiknya, jika dilihat bagaimana dari sudut kesusahan, kepayahan dan kegigihan nabi untuk pergi ke gua hira’ yang dicatatkan berbelas-belas kilometer jauhnya sehingga mencecah berbulan lamanya tetap membaca dan mengulangi bacaannya di dalam bulan Ramadan yang mulia. Menuntut keinsafan kepada diri kita, amat jauh dan janggal jika kita menyorot dan mendalami sirah nabi ini. Bahkan boleh dikatakan ( Maaf dipinta ) kita sudah melupai dan tidak mengambil iktibar dan pengajaran dengan sirah di atas tadi.
Buktinya, kita amat jarang untuk menelaah, membaca, mentadabbur, mengkaji, menghayati dan mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.Jika di dalam bulan selain Ramadan kita berbuat demikian apakah jaminannya jika di dalam Bulan Ramadan ini? Mungkin ada yang tidak setuju, namun ini hakikatnyanya. Membaca dan bertadarus di bulan Ramadan amat rancak, namun bagaimana selepas tamatnya bulan Ramadan yang mulia ini? Adakah kita tetap dengan ‘istiqamah’ menyambungnya atau kita telah melupakannya? Atau kita sekadar ‘melepaskan batuk di tangga?’ Adakah kita tidak sedar bagaimana nabi beria-ia menghafal dan melancarkan bacaan al-Quran sehingga dinyatakan oleh Allah bahawa wahyu yang diturunkan terus tertanam di lubuk hati nabi tanpa perlu tergesa-gesa ( La tuharrik lisanaka li ta’jala bih )melazimi/mengulanginya ( al-Qiyamat : 16 ).
Menyentuh tentang al-Quran lagi, rata-rata kita telah didedahkan dengan amalan dan adab-adab tentang al-Quran. Menyentuh segelintir masyarakat umumnya yang kurang perihatin dengan adab dan tatacara ‘muamalah’ dengan al-Quran. Dalam al-Quran surah al-Waqiah ayat: 79 Allah menyebutkan ‘ Laa Yamassuhu Illal Muthohharun ‘ ( Jangan disentuh yakni Al-Quran jika tidak suci/mempunyai wuduk ). Secara terang dan jelas Allah menyebutkan bahawa kita perlu menjaga kesucian dan kemuliaan al-Quran itu sendiri. Ini tidak termasuk al-Quran dengan terjemahan ( tafsir ). Begitu juga dengan adab yang lain;ketika kita membawa dan meletakkan al-Quran. Ulama menjelaskan perlunya al-Quran itu dibawa/dibimbit dari pusat hingga ke atas atau yang lebih mulia sekali jika dijunjung di atas kepala bak ibu-ibu membawa bakul apabila pulang dari pasar. Jangan sewenang-wenangnya dikelek/ditenteng atau dibawa seumpama kita membawa ikan ketika pulang dari membeli belah!!!. Apatah lagi jika kita meletakkan kembali al-Quran mahu pun tafsir al-Quran atau sekecil naskhah Yaasin sekali pun perlu diletakkan dengan sopan dan sempurna. Dan bukan dengan melontar/mencampak tanpa adab dan sopan terhadap ayat suci al-Quran di dalamnya. Bahkan, jika kita membakar al-Quran yang telah lusuh dan buruk pun adab tetap juga dijaga.
Kerana apa tuntutan ini amat ditekankan? Jawapannya mudah sahaja. Kerana al-Quran itu ‘Rahmah’ ( Rahmat ), ‘Syifa’ ( Penyembuh ), dan ‘Nur’ ( Cahaya ). Berbalik dengan Ramadan yang kita sedang lalui ini, perlu kita menjadikan Ramadan ini medan penyucian, rawatan dan penyembuhan dari penyakit ketidaksopanan dan kejahilan yang masih ada dalam diri kita. Syaitan telah dibelenggu dengan ikatan dan rantaian yang kuat. Sejujurnya, perlu kita harungi mainan hawa dan nafsu yang terdidik dengan sifat kedegilan dan kejengkelan ini dengan penyucian dan penawar yang mulia iaitu al-Quran.
Setiap kesusahan itu terdapatnya kesenangan. Memang diakui untuk memulakan sesuatu yang baik amat berat dan lambat. Janganlah, asyik difikirkan kesusahan yang ada pada diri membantutkan untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna. Dekatilah al-Quran dan jangan jauhinya, dampinginya dan jangan pinggirkannya. Marilah kita sama-sama, membina azam dan cita-cita baru untuk menjadi sebahagian ‘Jillu al-Quran’ ( Generasi al-Quran ) bermula di Ramadan ini. Terangilah rumah-rumah kita dengan laungan dan dendangan ayat suci al-Quran bukan sekadar menggantung ‘bingkai’ kandungan ayatnya sahaja. Insyaallah, jika rumah kita telah dihiasi dan diterangi dengan ayat-ayat suci al-Quran nescaya ‘kubur-kubur’ kita juga akan ‘disinari’ cahaya ayat suci itu nanti. Wallahu a'lam…
Penjelasan
Khamis, September 18, 2008
RAMADAN DAN SOLAT ( Bahagian Akhir )
Ramadan Syahrul Karim ( Ramadan bulan mulia ). Ungkapan ini tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun hatta masyarakat non-muslim ( bukan muslim ). Dari sudut kemuliaan dan ketinggian ini bagi umat Islam memang telah mengetahui melalui pengajian, pembacaan, syarahan agama mahu pun perkhabaran dari mulut ke mulut oleh masyarakat kita. Praktikalnya dapat dilihat melalui amalan-amalan yang dilakukan seperti puasa, solat terawikh, sedekah, mengaji al-Quran, menjaga pertuturan dan perbuatan serta hati. Setiap amalan yang dilakukan dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda; bahkan tidur orang yang berpuasa tetap jua dikira sebagai ibadah.
Namun, bagi non-muslim segala bentuk kemuliaan dan janji ganjaran yang berlipat kali ganda ini langsung tidak dipandang, apatah lagi untuk dilaksanakan. Ini kerana mereka masih tetap teguh dengan amalan dan pendirian agama nenek moyang mereka. Alangkah malang sekali masyarakat ini. Sungguhpun demikian, para saintis ( orang cerdik pandai dalam bidang sains ) memandang bahawa puasa yang dilakukan oleh umat Islam membawa kesan kesihatan yang cukup baik. Sekadar menyebutkan sedikit kesan iaitu; memberi ‘kerehatan’ bagi organ-organ pemakan di dalam perut daripada berfungsi seperti biasa. Lebih jauh daripada itu, ibadah solat yang dilakukan mampu membentuk keseimbangan oksigen di dalam tubuh badan manusia.
Inilah hikmahnya apabila Allah memerintahkan umat Islam sejagat untuk melakukan ibadah-ibadah demikian. Bukan sengaja untuk menyusahkan malahan untuk tujuan perubatan dan kesihatan dalam diri manusia itu sendiri. Melihat saja gerak geri dalam perbuatan solat; berdiri, rukuk, sujud, iktidal dan sebagainya memberi impak dan kesan yang baik bukan sahaja dari sudut pengabdian diri kepada Allah sebagai ‘Khaliq” ( pencipta ), juga turut menyelitkan perasaan keinsafan dengan kekerdilan diri apabila berhadapan dengan Allah ketika dalam solat.
Solat yang sempurna adalah sah dari sudut rukun-rukunnya. Salah satu rukun yang perlu dijaga iaitu ‘Thomakninah ‘ ( ketenangan ). Menyentuh hal ini tidak ada kecacatan ketika melaksanakan solat fardhu. Selalunya masyarakat dengan tenang melakukan rukun-rukun solat dengan tertib dan thomakninah yang tinggi. Lain pula halnya apabila melakukan solat terawikh ( sama ada lapan atau dua puluh rakaat ), seolah-olah berlumba mengejar sesuatu di hadapan. Amat malang lagi dengan perasaan megah mengatakan ‘ solat tempat aku selesai setengah jam saja!!!’. Wah, kalau ini yang berlaku agak mendukacitakan dan menyedihkan kita semua. Umum tahu maksud solat terawikh iaitu solat yang didirikan dengan ketenangan, kerehatan dan ketertiban. Dan solat terawikh itu didirikan bukan hanya selepas solat isyak sekitar sejam dua sahaja, bahkan melangkau jangka waktu sebelum laungan azan subuh. Ini bermakna, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita melakukan lapan rakaat dan menyambung rakaat seterusnya selepas bangun tidur ( makan sahur ). Bagi diri penulis yang lemah, inilah masanya untuk menikmati solat terawikh dan diikuti dengan solat-solat ‘Nawafil’ ( sunat ) yang lain.
Alangkah indahnya putaran waktu dan masa yang Allah berikan kepada kita. Tinggal lagi kita bijak untuk mengisi waktu yang ada dengan ibadah-ibadah yang sepatutnya. Jadikan Ramadan kali ini bulan ‘tajdid’ ( perubahan ) ke arah kebaikan kepada diri kita semua. Wallahu aklam.
Selasa, September 16, 2008
PENJELASAN
TIDAK KIRA SIAPAPUN ANDA, ASAL USUL ANDA, KETURUNAN ANDA, ORANG TEMPATAN MAHUPUN ORANG LUAR ATAU ANDA SEORANG MUALLAF SEKALIPUN, ASALKAN ANDA BERAGAMA ISLAM MAKA ANDA AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT MENYUMBANG APA-APA SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI MENFAAT KEPADA KEBAIKAN AHLI KARIAH. APA ADA PADA NAMA.........
Oleh itu juga, anda amat dialu-alukan untuk menyumbang sebarang penulisan atau artikel yang berkaitan pandangan, komen, komentar mahupun apa-apa sahaja yang boleh dikongsi ke blog ini. Sila layari blog untuk mendapatkan acsess anda. TQ - ADMIN