Khamis, Disember 11, 2008

ALFUN SYUKRAN ILA IKHWANI AHIBBA'

Assalamualaikum....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan ( nikah/kenduri ) telah lancar dan berjalan seperti dirancang. Saya sebagai wakil tuan rumah ( wak motar/wak minah & seisi keluarga ) memohon kemaafan,keampunan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anak-anak muda ( APECER ) kerana telah bertungkus lumus gejobos dari hari sabtu hingga selesai majlis..Begitu juga saya dan isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan sekalian moga jasa baik rakan-rakan diberkati dan diberi ganjaran dari Allah Taala...amin.,Insyaallah ada umur yang panjang dan masa saya akan kembali 'menghangatkan' lagi laman forum kita ini..Jangan lupa temujanji kita akan datang pada 28/12/08 umah pak imam ( wak jen ), untuk sama-sama menjayakan kenduri rakan APECER kita saudara Kusoiry dengan pasangannya..semoga Allah akan merahmati kita semua amin...ilal liqa maas salamah.Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan