Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Dan bersyukur kita masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang sejahtera. Dengan nikmat2 yang telah Allah anugerahkan ini, mudah2an kita menjadi insan yang senantiasa bertaqwa dan tunduk serta patuh terhadap ajarannya.
Meneliti tajuk di atas, sudah pasti ada yang mengerti secara umum maksud yang ingin dikongsikan. Agak lama juga saya tidak menulis di dalam blog ini. Disebabkan kesibukan,keributan dan kekalutan diri sendiri. Namun ini tidak bererti saya sudah melupakan tanggungjawab 'sosial' untuk melontarkan sedikit pandangan,teguran,kritikan dan ulasan terhadap sekeliling kita. Sifat prasangka dan syuk zann perlulah dibuang jauh2. Jikalau ada yang terguris, maaf dipinta di awalnya.
Banyak pepatah lama menunjukkan kuatnya hubungkait kerjasama ini begitu penting; hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicicah,berat sama dipikul, dan ringan sama dijinjing. Begitu lunak susunan bahasa yang menunjukkan peri pentingnya kerjasama,permuafakatan,kekitaan dan semangat bersama-sama dalam membuat, menganjur,menjalankan,mengadakan dan menyelaraskan sebarang aktiviti dan program. Tinggal lagi kita perlu memikirkan bagaimana untuk merealisasikan segala tuntutan dan saranan yang diungkapkan dalam pepatah lama ini.
Kehidupan semakin lama semakin rencam dengan pelbagai isu,kejadian,masalah dan tanggungjawab. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan masalah masing-masing. Tidak dinafikan, ini sebahagian daripada lumrah kehidupan yang semakin menghijau.Tetapi, tanggungjawab yang sedang digalas janganlah melupakan tanggungjawab kifayah yang menuntut kita untuk menyatukan,membentuk dan menyelaras untuk kebaikan ummah.Jikalau tidak mampu untuk melakukan semua, jangan ditinggal semua!!! Inilah realiti yang sedang kita hadapi. Sesibuk mana pun kita, jangan sesekali meninggalkan tanggungjawab kifayah/sosial untuk kesejahteraan ummah. Sejarah telah membuktikan bagaimana rasul jemaah yang hebat dan kuat sehingga tertegaknya 'Daulah Islamiah'. Kerja2 ini bukan baginda yang lakukan seorang diri tetapi dibantu oleh sahabat2 beliau riduanullah alaihim ajmain.
Justeru,marilah kita menggembeleng tenaga,material,pemikiran,usaha,tanggungjawab dan azam agar apa yang kita cita-citakan (cita-cita APECER ) dapat digilap,dibina,dibentuk dan dijana dengan jayanya.Mudah-mudahan kita mampu untuk melaksanakan hasrat murni dan luruh ini. Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan