Jumaat, Januari 30, 2009

Nak Racing??


Kalau anda tengah racing kat jalan raya, tengok kanan kiri sikit ye...
These Volvo S80 2.5T luxury cars cost about RM 285,000 OTR without insurance

Seruan Gotong Royong Surauuuuu!!!!!!

Perhatian Buat Geng APECER...Sila bersiap sedia dgn stamina anda. Tenaga anda diperlukan....Oleh itu persiapkan otot anda dan kurangkan mencocot bagi menjayakan program seperti butiran berikut:


Tarikh : 26 January 2008 Isnin
Masa : 7.30 pagi hingga siap
Aktiviti : Membuka stor lama. (Stor Kayu)

Objektif :

  1. Stor kayu dibuka sepenuhnya.Pastikan kayu, papan disusun rapi utk digunasemula mana2 yg patut bagi stor baru.
  2. Pastikan semua barang2 di stor dipindah ke balairaya.
  3. Pastikan semua barang2 disusun dgn baik dan selamat.

Khamis, Januari 29, 2009

Potret Cerbon Boy 2

Cuba renung dan teliti... agaknya siapa dalam gambar ni....
Cepat cuba teka..

Sabtu, Januari 24, 2009

Gerhana Matahari


Dalam masa beberapa hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.


Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.


Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.


Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.


Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.


Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan. Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.


Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.


Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.


Islam melihat kejadian ini sebagai satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan allah yang diperlihatkan kepada manusia.Para ulamak bersepakat bahawa disunatkan untuk mendirikan solat sunat yang dinamakan solat sunat Khusyuful shamsi atau solat sunat gerhana.


Menurut Syeikh Muhammad bin Umar bin Salimil Bazmul, solat gerhana hukumnya adalah sunat muakkad,maka disunatkan bagi muslimin dan muslimat untuk mengerjakannya. Perkara ini disandarkan melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahsiahnya yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a dia bercerita bahawa pada zaman Rasulullah terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengerjakan solat bersama orang ramai. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda rukuk dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri lagi dan memanjangkannya (berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama). Setelah itu, baginda rukuk dan memanjangkan rukuk. Rukuknya pada kali ini lebih pendek dari rukuk pertama. Seterusnya baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada rakaat kedua seperti apa yang baginda lakukan pada rakaat pertama. Setelah itu baginda balik ketika matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada orang ramai. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Setelah itu baginda bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah".

Khamis, Januari 22, 2009

Cerbon Boy 20 Tahun Nan Lalu


Wa dalam proses men"digital"kan gambar2 lama cerbon...
then terjumpa plak gambar ni..
Senyum sorang2 wa dibuatnya tengok gambar cerbonboy dolu2..
kekeke...

Admin.. jgn marah ye bagi posting camni... acehhh

Rabu, Januari 21, 2009

Boikot Tesco


Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk<http://www.ljn.co.uk/) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England .

Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

Ahad, Januari 18, 2009

Hj Kamal Bonang


Ini gambar terbaru saudara kita Hj. Kamal Bonang yang diserang strok baru-baru ini. Kepada Apacer yang berada di sekitar Lembah Klang jika ada kelapangan waktu silalah menziarahi beliau sambil mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa.


Rumah Hj. Kamal Bonang terletak di Kg. Bukit Lanchung, Shah Alam, berhampiran Alam Megah. Jika ada sahabat Apacer yang ingin menziarahi beliau, anda boleh terus ke Bulatan Alam Megah dan ambil simpang jalan ke Bukit Lanchung. Antara mercu tanda yang akan ditemui ialah seperti Masjid Proton, SMK Alam Megah, SK Alam Megah dan SMK Alam Megah 2. Sila prihatin dengan papan tanda ke Kg. Bukit Lanchung sehingga jumpa Sekolah Agama Kg. Bukit Lanchung. Masuk jalan tepi sekolah agama itu sehingga bertemu satu bangsal Kolam Pancing Udang Harimau Kg. Bukit Lanchung. Masuk lorong tepi kolam pancing udang itu dan masuk Lorong Sepat 2... then tanya orang kat situ rumah Wak Haji Kamal...

BERSAMA-SAMA

Alhamdulillah, Wa Solatu Wa Salamu Ala Rasulillah Usulihi Wa Furuihi Ajmain.


Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Dan bersyukur kita masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang sejahtera. Dengan nikmat2 yang telah Allah anugerahkan ini, mudah2an kita menjadi insan yang senantiasa bertaqwa dan tunduk serta patuh terhadap ajarannya.
Meneliti tajuk di atas, sudah pasti ada yang mengerti secara umum maksud yang ingin dikongsikan. Agak lama juga saya tidak menulis di dalam blog ini. Disebabkan kesibukan,keributan dan kekalutan diri sendiri. Namun ini tidak bererti saya sudah melupakan tanggungjawab 'sosial' untuk melontarkan sedikit pandangan,teguran,kritikan dan ulasan terhadap sekeliling kita. Sifat prasangka dan syuk zann perlulah dibuang jauh2. Jikalau ada yang terguris, maaf dipinta di awalnya.
Banyak pepatah lama menunjukkan kuatnya hubungkait kerjasama ini begitu penting; hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicicah,berat sama dipikul, dan ringan sama dijinjing. Begitu lunak susunan bahasa yang menunjukkan peri pentingnya kerjasama,permuafakatan,kekitaan dan semangat bersama-sama dalam membuat, menganjur,menjalankan,mengadakan dan menyelaraskan sebarang aktiviti dan program. Tinggal lagi kita perlu memikirkan bagaimana untuk merealisasikan segala tuntutan dan saranan yang diungkapkan dalam pepatah lama ini.
Kehidupan semakin lama semakin rencam dengan pelbagai isu,kejadian,masalah dan tanggungjawab. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan masalah masing-masing. Tidak dinafikan, ini sebahagian daripada lumrah kehidupan yang semakin menghijau.Tetapi, tanggungjawab yang sedang digalas janganlah melupakan tanggungjawab kifayah yang menuntut kita untuk menyatukan,membentuk dan menyelaras untuk kebaikan ummah.Jikalau tidak mampu untuk melakukan semua, jangan ditinggal semua!!! Inilah realiti yang sedang kita hadapi. Sesibuk mana pun kita, jangan sesekali meninggalkan tanggungjawab kifayah/sosial untuk kesejahteraan ummah. Sejarah telah membuktikan bagaimana rasul jemaah yang hebat dan kuat sehingga tertegaknya 'Daulah Islamiah'. Kerja2 ini bukan baginda yang lakukan seorang diri tetapi dibantu oleh sahabat2 beliau riduanullah alaihim ajmain.
Justeru,marilah kita menggembeleng tenaga,material,pemikiran,usaha,tanggungjawab dan azam agar apa yang kita cita-citakan (cita-cita APECER ) dapat digilap,dibina,dibentuk dan dijana dengan jayanya.Mudah-mudahan kita mampu untuk melaksanakan hasrat murni dan luruh ini. Wallahu A'lam

Khamis, Januari 08, 2009

APECER SUPPORT PALESTINE!!!!

Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermay
anya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :

Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.

Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds .

Rabu, Januari 07, 2009

Ringkasan Khabar

Fakta1:
  1. Surau dah siap 99% cun tahap gaban = Masjid Demak
  2. Halaman surau dah siap ber tar = banyak kenderaan yang nak ditampung.
  3. Garaj kenderaan hampir siap berbumbung berlantai = Senang ramai2 parking motor.
  4. Belakang surau siap bertambak pasir = Takut senget mcm dulu.
  5. Set P.A Sistem akan ditukar canggih = kualiti Masjidil Haram = Setiap rumah dapat dengar
  6. Ada rancangan membina stor baru pinggan mangkuk batu konkrit = Selamat harta benda takut2 dihabiskan@dibakar.
Fakta 2:
  1. Ahli kariah = l/k 30 biji rumah.
  2. 5% daripada lampu2 yang ada di surau = Jemaah
  3. Imam 1 dan 2 = Demam sendi chikugunya.
  4. Imam 3 kadang2 ada tapi kebanyakannya tiada = kurang sihat
  5. Imam? = 'hampir' tiada
  6. Kalau tiada yang sanggup imam? Pilihan = solat sorang2 @ balik solat kat rumah.
  7. Orang muda? Surau = Kelab Orang Tua@Lama.
Fakta 3:
  1. Sekiranya anda hadir menghabiskan masa antara mahgrib dan isyak sambil sedut asap rokok macam jin di serambi surau, maka anda akan diperdengarkan dengan komen2 dan ngomelan seperti di atas.
P/s: Entry bosan tahap cipan.

Khamis, Januari 01, 2009

Tahun Baru Hijrah/Masihi

Kehadiran thn ini dhrpkan segala impian menjadi kenyataan,segala usaha m'jd nyata, segala bakti m'jd bukti, segala pengorbanan m'jd kenangan, yg bulat tak dtg menggolek,yg pepeh tak dtg m'layang,teruskan uasaha spt yg ds cita,agar kehidupan kita d beri keb'katan olehNya.SLMT THN BARU 2009.Ikhlas dr man al-cerboni.