Rabu, September 30, 2009

KEPADA SEMUA AHLI APECER DAN KARIAH KAMPUNG CERBON :

KAMI PERSATUAN APECER MENGALU-ALUKAN SEMUA AHLI APECER UNTUK MENYERTAI PROGRAM KORBAN BERRAMAI-RAMAI PADA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PADA TAHUN INI.
BUTIRAN-BUTIRAN SEPERTI BERIKUT :
2 EKOR LEMBU = 14 BAHAGIAN (NAMA)
1 EKOR LEMBU = 7 BAHAGIAN (NAMA)
1 BAHAGIAN = RM 350 AJE.....
TARIKH TUTUP = 8 NOVEMBER 2009
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT,SILA HUBUNGI :
SAUDARA RAHIM B. BAKRI 013-2912751
SAUDARA AZHAR B. SUBARI (NANANG) 019-6144968

SYABAS APECER!!!!!!Justify Full
Alhamdulillah....segala kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya di atas kelicinan program yang telah diatur. Walau kesibukan dengan 'baraan' di samping keluarga tercinta, ahli-ahli APECER dapat turun padang 100% bertungkus lumus menjayakan program dari petang sampai jauh malam. Sukar digambarkan dengan kata-kata kesungguhan, ketekunan, kerajinan dan keakraban APECER, namun melihat riak wajah orang kampung-di situlah jawapanya hasil usaha dan pemikiran APECER. Berbakul-bakul ucapan tahniah dihulur kepada ahli APECER. Justeru, janganlah ia menjadikan kita angkuh dan bangga diri atas usaha yang sebegitu. Syabas dan tahniah sekali diucapkan kepada seluruh ahli APECER sama ada terlibat sama atau tidak. Insyaallah kita akan menjayakan satu lagi program di masa terdekat ini..Tahniah...Tahniah..Tahniah

Sabtu, September 19, 2009

ASSALAMUALAIKUM.............

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN........



P/S: DRP MAIL CERBON

Khamis, September 17, 2009

PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA EIDUL FITRI 1430H

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillahilham…Salam penuh lebaran diucapkan kepada seluruh rakan-rakan APECER dengan ucapan dan ingatan tulus ikhlas maaf zahir zahir dan batin-Kullu am wa antum bi khair. Sesudah sempurna sebulan kita menahan, mendidik dan mengasuh nafsu di dalam diri kini tika dan saatnya kita merai dan menyambut hari penuh lebaran yang dinanti.

Menginsafi diri dengan merenung kembali ke belakang-sayugia menuntut hati yang sedih dan hiba. Tanggal 13 Ogos 2009 bersamaan 13 Sya’ban 1430H-tarikh yang sudah pastinya akan mengingatkan kita dengan tragedy yang di luar kotak pemikiran-hakikatnya telah termaktub di Luh Mahfuz ;seorang sahabat, rakan, saudara, adik dan anak iaitu MOHD FITRI BIN ASMUIN telah pulang ke rahmatullah. Tidak menyangka sama sekali percakapan, perbincangan dan perdebatan sehari sebelumnya adalah hari terakhir berbicara dengannya ( chatting ). Agak sukar untuk memikirkan ke-rasionalan menghadapi situasi begini, namun hakikatnya kita perlu akur dan pasrah; “sesungguhnya setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati”.Ibarat kata pepatah; Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah-mudahan seluruh kaum keluarga beliau tenang, sabar dan menerima ketentuan Allah dengan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya.

Sambutan hari raya tahun ini diteruskan lagi dengan berbagai aktiviti dan program yang telah dirancang sejak awal lagi. Seperti tradisinya-Baraan; akan digerakkan pada hari raya kedua bersama-sama dengan orang tua. Apa yang menariknya beberapa program baru yang pastinya menarik perhatian semua iaitu; Taklimat/penerangan khas tentang aktiviti APECER seusai solat/khutbah hari raya dan Jamuan Hari Raya APECER pada raya ketiga ( malam ke-4). Adalah diharapkan segala urusan dan perancangan yang telah dicoret ini akan membuahkan hasil dan lancar bila tiba saatnya.

Mewakili sekreteriat APECER, sekali lagi diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakan-rakan APECER walau di mana anda berada. Berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang dan mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di dalam Madrasah Ramadan akan diterima oleh Rabbul Jalil yang Maha Esa...Taqobbalullahu Minna Ya Kareem

Sabtu, September 12, 2009

JURAIJ : “IBUKU, ATAU SOLAT SUNATKU”


Dalam satu kisah yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari berkenaan seorang lelaki dari Bani Israel yang bernama Juraij.

Juraij seorang lelaki yang kuat melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan beliau membina sebuah rumah ibadat. Sedang dia melakukan ibadat, ibunya datang memanggilnya, sedangkan ketika itu dia sedang menunaikan solat.

Semasa ibunya memanggilnya, hatinya berkata, “apakah aku harus menyahut panggilan ibuku atau aku terus dengan solat”. Juraij terus dengan solat sehingga ibunya menyebut;

اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُ حَتَّى تُرِيَهُ وُجُوه الْمُومِسَات

Maksudnya;
“Ya Allah, jangan kamu matikannya (Juriaj) hinggalah dia melihat wajah-wajah pelacur”

Hasil dari doa si ibu, menyebabkan juraij telah diuji oleh Allah dengan soerang perempuan yang telah berzina dengan seorang pengembala kambing sehingga melahirkan anak. Perempuan itu menuduh, bahawa anak itu adalah anak juraij.

Mendengar tuduhan itu, tanpa usul pereksa, orang-orang kampung telah bertindak meruntuhkan rumah ibadatnya, juga memukulnya sehingga luka. Bukan sekadar itu, orang kampung telah bertindak menghinanya dengan mengikat tengkok dan tangannya dan mengarak-araknya keseluruh kampung. Keadaan itu sehinggakan raja Bani Israel ketika itu berkata;

وَيْحك يَا جُرَيْج ، كُنَّا نَرَاك خَيْر النَّاس فَأَحْبَلْت هَذِهِ ، اِذْهَبُوا بِهِ فَاصْلُبُوهُ

Maksudnya;
“Celaka kamu wahai Juraij, kami menyangka kamu adalah sebaik-baik manusia. Ikat, dan salibkan Juraij”

Ketika orang kampung sedang mengarak-arak Juraij, kelihatan perempuan yang menuduh dengan bayi yang didakwa anaknya itu. Menyebabkan Juraij minta untuk menunaikan solat.

Permintaan Juraij diberi oleh orang kampung. Setelah berwudu’, solat dan berdoa. Juraij telah datang kepada anak itu lalu bertanya.

مَنْ أَبُوك يَا غُلَام ؟ فَقَالَ : الرَّاعِي

Maksudnya;
”Siapa bapa kamu wahai anak?

”pengembala kambing” jawab anak kecil itu ringkas

Melihat bayi itu berkata demikian, menyebabkan orang kampung merasa bersalah. Lalu mereka membina balik rumah ibadat Juraij yang telah diruntuhkan itu dengan rumah ibaadat yang baru, diperbuat daripada emas. Tetapi ditolak oleh Juraij, tetapi diminta supaya dibina balik rumah ibadat itu dengan tanah sahaja[1].

Pengajarannya...
1. Amalan wajib didahulukan berbanding sunat.
2. Mentaati ibu adalah wajib.
3. Doa ibu membawa berkat.
4. Lakukan ibadah dengan ilmu.
5. Waliyullah mempunyai karamah tertentu.

Allahu a'lam...

Jumaat, September 11, 2009

TAZKIRAH RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah wa solatu wa salamu ‘ala Rasulillah ajmain

Dalam perkiraan setahun iaitu 12 bulan, terdapatnya satu bulan di mana segala keberkatan, kerahmatan, pengampunan dan pelepasan dari api neraka diberikan secara total oleh Rabbul Jalil kepada hamba-hambanya yang inginkan kelebihan-kelebihan berikut. Merenung hadis daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersabda; “Telah datang pada kamu satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan difardukan ke atas kamu berpuasa Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, syaitan juga diikat dengan rantai”. Maknanya pintu syurga dibuka memberikan interpretasi yang menyuruh kita membuat, merebut dan berlumba ke arah kebaikan. Secara zahirnya, kita Nampak puasa inilah jalan-jalan untuk kebaikan yang terlalu banyak dalam tempoh 24 sehari.

Melepasi fasa pertama ( rahmah ), kedua ( maghfirah ) dan kini ( ‘itqun minan nar ) di dalam malam sepuluh yang terakhir, mengajak kita untuk merenung dan mempersoal pada diri sendiri; adakah telah tuntas tuntutan yang sepatutnya aku berikan? Atau hanya sekadar melewati ritual/tradisi kedatangan saban tahun saja?

Jika jawapannya; Ya, Alhamdulillah, sesungguhnya kita adalah dari kalangan hamba-hambanya yang dipilih untuk melunaskan segala tanggungjawab untuk mendapatkan segala keberkatan yang dijanjikan itu tadi. Namun jika sebaliknnya ( tidak/belum lagi ), maka sewajarnya kita mentajdid kembali naluri/fitrah untuk melakukan segala amal kebaikan. Lebih-lebih lagi dihujung bulan; yakni sepuluh malam terakhir kita disuruh mencari malam ‘Lailaatul Qadr”. Bahkan nabi yang maksum ( terpelihara daripada dosa ); qiam, meninggalkan tempat beradu, menyingsing kain dan mengajak para isterinya untuk turut serta melakukan amal ibadah bersama-sama.

Memang jelas kita tidak mengetahui bila, jam berapa dan hari apa datangnya lailatul qadr itu, tetapi petunjuk yang diberikan oleh nabi cukup meyakinkan kita; sabdanya “ pilihlah dan carilah pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 pada akhir bulan Ramadan itu”.

Inilah yang kita harapkan;beramal mengikut dan mencontohi nabi, bukan semberono tidak ketahuan hala. Mudah-mudahan kita turut juga tersenarai di antara hamba-hambanya yang mendapat keredaan dan keberkatan di bulan yang mulia ini...Wallahu a’lam

Khamis, September 10, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB. TUAN ABD RAHMAN BIN BAKRI ( MP SABAK BERNAM )

Dengan hormatnya, tuan/puan dijemput menghadiri majlis tersebut pada:

Tarikh : 18 September 2009
Masa : 6.15 ptg
Tempat : Masjid Parit 6, Sungai Besar.

Kehadiran anda, amat dialu-alukan...TQ

P/S: Setiap jemaah yang hadir ( lelaki@perempuan ) akan dihadiahkan sehelai kain...

Rabu, September 09, 2009

RUMAH TERBUKA YB TUAN ABD RAHMAN BIN BAKRI
( AL-CERBONI )
Ahli Parlimen Sabak Bernam
Sukacita, dijemput seluruh kaum keluarga, sanak saudara,sahabat handai dan ahli-ahli APECER ke majlis tersebut pada dan waktu seperti berikut;
Tarikh : 3 Oktober 2009
Masa : 10.30pg hingga 2.30ptg ( hari sabtu )
Tempat : Dewan Bagan Nakhoda Omar ( B.N.O )
Kehadiran anda, akan menyerikan lagi majlis tersebut...TQ
JAMUAN HARI RAYA APECER
“ SEMARAK KASIH “


Dengan sukacita, dijemput seluruh ahli-ahli Angkatan Pemuda Cerbon ( APECER ) untuk hadir ke majlis jamuan hari raya hari/masa seperti berikut:

Hari : Hari Raya ke-3 ( Malam ke-4 )
Tempat : Surau al-Mujahidin
Masa : Selepas solat Isyak
Anjuran : Seketeriat APECER dengan kerjasama AJK Masjid al-Mujahidin

Tentatif program, seperti berikut:

3.00 ptg – 6.00 : Gejobos ( sembelih kambing*,sapu sampah/cari kayu dll )
*Ikut bajet
7.00 ptg : Ketibaan jemputan VIP dan para jemaah/ahli qariah
7.30 ptg – 8.15mlm : Solat maghrib berjemaah / bacaan Yaasin dan tahlil
8.15 – 8.30 mlm : Tazkirah Hari Raya ( ikut keadaan )
8.30 mlm : Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm : Jamuan makan / BBQ

Sehubungan dengan itu, diharapkan ahli-ahli APECER dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut bersama ahli keluarga. Setiap ahli APECER diwajibkan membayar RM30 ( Lebih dialu-alukan ) dalam akaun CIMB-No. 14350065986526 ( En. Mohd Najib ) sebelum 20 September 2009 untuk melicinkan segala urusan perjalanan program. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Sdr. Daud ( Pengarah Projek ), tel-0193447863..Sekian, wassalam.
P/S; Pakaian rasmi ahli APECER pada malam tu t-shirt hitam ( label APECER ). Mana2 ahli belum bayar sila jelaskan hutang anda...Duit orang ramai tu!!!