Rabu, Julai 08, 2009

PENGAWASAN ALLAH AMAT HEBAT

Dikisahkan bahawa suatu hari Omar bin Al-Khattab bertemu seorang pemuda yang bekerja sebagai pengembala kambing. Melihat pemuda tersebut, Omar cuba mahu menguji sejauh mana kejujuran pemuda tersebut.


“wahai anak muda, aku ingin membeli seekor kambing yang kamu gembalakan itu” soal Omar.

“Kambing-kambing ini bukan milikku. Ia adalah milik tuanku” jawab pemuda itu telus.

”Aku sudah tahu bahawa semua kambing-kambing ini adalah kepunyaan tuanmu. Pun begitu, apa salahnya kalau kamu jualkan salah seekor dari semua kambing-kambing itu. lalu, apabila tuanmu bertanya, jawablah kepadanya bahawa kambing itu telah dimakan serigala” omar memprovokasi.

Pengembala itu melihat muka Omar. Kelihatan kerutan dahinya menandakan dia kepelikan dengan kata-kata omar itu. dalam beberapa saat kemudiannya, mulutnya terpancul, ”Allahu Akbar. Jika demikian, di manakah Allah?”

Mendengar persoalan dari pemuda itu, Omar tersentap. tidak disedari, air matanya mengalir dan terus keluar dari mulutnya kalimah ”di manakah Allah?” berkali-kali.

”benar, di manakah Allah?” itulah ucapannya sebelum dia berpisah dengan pemuda tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan