Khamis, Julai 30, 2009

TERIMA KASIH.......

Seketeriat APECER ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yg memberi sokongan yang sgt2 cemerlang di dalam penganjuran Program Rejebhan Surau Kg Cerbon pada 26 Julai 2009. Gambar-gambar sekitar program akan diupload dengan segera...TQ

Sabtu, Julai 11, 2009

APECER anjurkan Program Rejabhan Surau??? ??? ???

Tarikh : 18 Julai 2009 - Setu wengi ahad
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau Al Muhajirin (Cerbon)
Peserta : Ahli kariah sekitar mukim Sg Tengar utara timur barat selatan
Penceramah : TBA - to be announce
Anjuran : APECER dgn kerjasama 'AJK Surau'.


ISU :
APECER perlu mencari dana untuk menampung kos program iaitu :

1. Saguhati untuk penceramah - RM 100 - RM 200
2. Kos jamuan - RM 500 - RM 800

STRATEGI :

1. Kutipan sumbangan daripada Ahli APECER
2. Sumbangan Ahli Parlimen dan ADUN
3. Sumbangan daripada mana-mana pertubuhan yg sesuai



PERHATIAN: Pada tarikh 2 Julai 2009, satu majlis telah di adakan di surau AL Muhajirin Kg Cerbon iaitu tahlil ringkas yang dibuat selepas maghrib. Menurut keterangan pak imam, tahlil tersebut dibuat sempena bulan rejab dan peristiwa israk mikraj. Selepas solat isyak, jemaah yang hadir iaitu kira-kira 35% daripada keseluruhan penduduk dihidangkan dengan jamuan yang dikongsi dan dibawa dari rumah masing-masing. - BUKAN UNTUK DIBINCANG DAN DIDEBATKAN.

Rabu, Julai 08, 2009

PENGAWASAN ALLAH AMAT HEBAT

Dikisahkan bahawa suatu hari Omar bin Al-Khattab bertemu seorang pemuda yang bekerja sebagai pengembala kambing. Melihat pemuda tersebut, Omar cuba mahu menguji sejauh mana kejujuran pemuda tersebut.


“wahai anak muda, aku ingin membeli seekor kambing yang kamu gembalakan itu” soal Omar.

“Kambing-kambing ini bukan milikku. Ia adalah milik tuanku” jawab pemuda itu telus.

”Aku sudah tahu bahawa semua kambing-kambing ini adalah kepunyaan tuanmu. Pun begitu, apa salahnya kalau kamu jualkan salah seekor dari semua kambing-kambing itu. lalu, apabila tuanmu bertanya, jawablah kepadanya bahawa kambing itu telah dimakan serigala” omar memprovokasi.

Pengembala itu melihat muka Omar. Kelihatan kerutan dahinya menandakan dia kepelikan dengan kata-kata omar itu. dalam beberapa saat kemudiannya, mulutnya terpancul, ”Allahu Akbar. Jika demikian, di manakah Allah?”

Mendengar persoalan dari pemuda itu, Omar tersentap. tidak disedari, air matanya mengalir dan terus keluar dari mulutnya kalimah ”di manakah Allah?” berkali-kali.

”benar, di manakah Allah?” itulah ucapannya sebelum dia berpisah dengan pemuda tersebut.

Ahad, Julai 05, 2009


KEGAGAHAN TUHANKU MENGATASI KEGAGAHAN TUANKU


Dikisahkan bahawa Khalifah Al-Ma’mun yang merupakan salah seorang khalifah dari keluarga Abbasiyyah amat murka dengan salah seorang rakyatnya. Kemarahan tersebut sehingga sampai satu tahap, dia mahu memenggalkan kepalanya.

Setelah usaha menangkap terhadap rakyat yang dia murkakan itu berjaya, dan dipenjarakan. Menyebabkan Khalifah Al-Ma’mun telah menulis surat arahan agar dijatuhkan hukuman bunuh terhadap rakyat tersebut.

Surat itu diserahkan kepada ketua keselamatan negara. Ketika menerima surat arahan tersebut, ketua keselamatan terus ke penjara, tetapi beliau tidak membunuh rakyat tersebut, malah dibebaskan.

Berita itu sampai kepada pengetahuan khalifah al- Ma’mun, menyebabkan baginda menjadi marah dan memanggil ketua keselamatan negara datang mengadap.

”mengapa kamu membebaskan sang penderhaka itu, sedangkan aku telah mengeluarkan surat rasmi untuk membunuhnya?” tanya Khalifah Al-Ma’mun dengan tegas dan berwajah marah.

Ketua keselamatan negara menjadi pelik dengan soalan baginda Khalifah, menyebabkan beliau mengkerutkan dahinya.

Wahai tuanku yang mulia, bukankah saya telah melaksanakan perintah tuanku seperti yang termaktub?” kata ketua keselamatan negara seraya menghulurkan surat rasmi arahan dari baginda khalifah.

Baginda Khalifah Al-Ma’mun pun mengambil surat tersebut. Apabila dia melihat kandungan surat tersebut, dia kaget terkejut. Ini kerana, kalimah “yutlaq” (baca : dibebaskan) termaktub, padahal asalnya, baginda menulis kalimah “yuslab” (baca : disalibkan).

Baginda Khalifah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, lalu menulis surat kedua kalinya. Keadaan yang sama juga berlaku. Dilakukan buat kali ketiganya pula, tetapi keadaan yang sama juga berlaku.

Melihat keadaan itu berlaku, menyebabkan ketua keselamatan negara berkata kepada Baginda Khalifah Al-Ma’mun.

“wahai Amir Al-Mu’minin, rupanya kamu selalu salah dalam menulis surat tersebut. Ini kerana, surat itu tetap juga termaktub “yutlaq” (baca : dibebaskan), bukannya “yuslab” (baca : disalibkan)”

Khalifah Al-Ma’mun diam seribu bahasa buat seketika. Kemudiannya terdengar baginda beristighfar kepada Allah seraya berkata;

“benar, dibebaskan. Siapa yang dikehendaki Allah SWT untuk “Yutlaq” (baca: dibebaskan), pasti ia dibebaskan waimma Al-Ma’mun mahukan dia “yuslab” (baca :disalib) sekalipun”.

Sekian

Wallahu ‘Alam