Selasa, Disember 30, 2008

TERIMA KASIH!!!!

Berikut adalah nama-nama yang menyumbang dana pada kutipan amal 28-12-2008 Ahad Kenduri Pak Imam. Bagi mereka yang tidak berkesempatan, tidak mengapa masih belum terlambat. Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk menyumbang, jangan risau APECER akan memastikan setiap sen yang anda sumbangkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keutamaan. Hanya yang perlu dan benar-benar membawa manfaat sahaja yang akan digunakan. Wang anda dianggap seperti HARTA WAKAF layaknya. Insyallah... ( ni ayat yang nak pujuk sahabat2 yang masih x 'berkesempatan' dan 'ragu' menyumbang) Bagi mereka yang menyumbang, keikhlasan amatlah diharapkan. Kalau tidak, lagho jer...sekadar ingatan shj. Bagi yang nama tiada di senarai errr...errrr....cmner nak cakap erk???...ha...apa yang penting.....kerjeeeeeeeeesame!!! TQ!!!
  1. Ismail Asrah
  2. Daud
  3. Azhar-nanang
  4. Rahim
  5. Jaki
  6. Mail Pomen
  7. Najib
  8. Amy
  9. Ali
  10. Azmil-jemek
  11. Isam-black
  12. Fitri

Isnin, Disember 22, 2008

PENGUMUMAN

Kepada Sahabat-sahabat Cerbonian, dukacitanya dimaklumkan bahawa segala aktiviti yang dirancang telah ditangguhkan ke satu tarikh yang lain disebabkan masalah kesihatan yang dialami oleh beberapa orang AJK pelaksana. TQ

Selasa, Disember 16, 2008

Aktiviti-aktiviti APECER

AKTIVITI 1

Sempena musin cuti sekolah ini, pihak sekreteriat APECER bercadang mengadakan satu program yang disasarkan kepada anak-anak- ahli kariah berumur 7-12 tahun. Pengisian Program Jom ke Surau ini antaranya ialah Tahsinul Ibadah bab wudhu', solat dan tayammum. Program ini dijangka akan melibatkan semua pihak. Oleh itu program ini
akan dilihat sebagai program ibarat serampang bukan 2 atau 3 tapi bermata-mata. Diharap sokongan daripada seluruh geng APECER amatlah diharapkan. Sila klik sini untuk melihat kertas kerja dan tentatif program.

AKTIVITI 2

Perlawanan Persahabatan antara APECER dan Kakitangan Institut Perakaunan Negara. Perlawanan akan diadakan secara berpasukan 5 beregu. Kalau cun, mungkin kita boleh turunkan 2 beregu wanita untuk turut serta. Sekiranya geng-geng APECER ada skill seperti Lee Chong Wei, Taufik Hidayat mahupun Lin Dan, inilah peluangnya...muehehehe...Maklumat lanjut hubungi saja En Lin Dan Najib 019 2456923 dan En. Lee Juan Wei 019 2557423



Jumaat, Disember 12, 2008

Diari Aktiviti Kg Cerbon

5-12-2008 Jumaat
Kejobos rumah Hj Romlan.
Lepas solat jumaat potong lembu.
Mlm ngesop&kenduri.

6-12-2008 Sabtu
Pagi : Kejobos&Kenduri di rumah Hj Romlan.
Selepas Asar: Gotong Royong Perdana mencuci lantai bahagian dalam dan pemasangan set P.A Sistem di surau baru.

7-12-2008 Ahad
Petang: Gotong Royong Perdana memasang karpet, sejadah dan memastikan surau siap sedia digunakan sepenuhnya.

8-12-2008 Isnin
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di surau baru.
Selepas solat sunat Program Qurban di rumah Cikgu Sulaiman ( Arwah Ust Sekak - ewak kayam )

20-12-2008 Sabtu
Program 'Jom Ke Surau'.
Maklumat lanjut-Saudara Najib 019 2456923

27-12-2008 Sabtu
Pagi - Kejobos rumah Pak Imam Md Zen
Malam - Badminton Friendly Match
APECER vs Institut Perakaunan Negara


28-12-2008 Ahad
Pagi hingga T/hari: Kejobos&Kenduri di rumah Pak Imam Md Zen

Khamis, Disember 11, 2008

ALFUN SYUKRAN ILA IKHWANI AHIBBA'

Assalamualaikum....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan ( nikah/kenduri ) telah lancar dan berjalan seperti dirancang. Saya sebagai wakil tuan rumah ( wak motar/wak minah & seisi keluarga ) memohon kemaafan,keampunan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anak-anak muda ( APECER ) kerana telah bertungkus lumus gejobos dari hari sabtu hingga selesai majlis..Begitu juga saya dan isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan sekalian moga jasa baik rakan-rakan diberkati dan diberi ganjaran dari Allah Taala...amin.,Insyaallah ada umur yang panjang dan masa saya akan kembali 'menghangatkan' lagi laman forum kita ini..Jangan lupa temujanji kita akan datang pada 28/12/08 umah pak imam ( wak jen ), untuk sama-sama menjayakan kenduri rakan APECER kita saudara Kusoiry dengan pasangannya..semoga Allah akan merahmati kita semua amin...ilal liqa maas salamah.Wallahu a'lam

Jumaat, Disember 05, 2008

Perutusan Khas Aidil Adha 2008

Allahhu akhbar, Allahhu akhbar, Allahhu akhbar

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat dan pengikut baginda.

Saudara-saudara APECER yang dimuliakan,

Sesungguhnya perjuangan meletakkan Islam dipersada yang selayaknya merupakan satu tuntutan dan pengorbanan yang cukup tinggi, sebagai hamba yang sentiasa patuh dan taat pada penciptanya kita hendaklah bersedia memenuhi segala tuntutanNya samada harta mahupun nyawa sekalipun apabila diperlukan. Ambillah kisah ketaatan Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail sebagai iktibar dan pegangan dalam perjuangan yang berliku ini. Sesungguhnya semakin hampir hamba dengan tuhannya maka bertambah kuatlah ujian yang melintang dihadapan. Dari itu kuatkanlah penggantungan kepada Allah dan banyakkanlah bersabar.

Kepada saudara yang telah berada dibumi Mekah kerana menyempurnakan rukun Islam yang kelima, kita doakan agar dapat beribadah dengan sempurna dan diterima Allah sebagai haji yang mabrur.

Sempena Hari Raya Kurban 1429/2008 ini, pihak sekreteriat APECER ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua saudara-saudari dan warga penduduk Kg Cerbon yang menyokong segala agenda dan program yang diadakan selama ini. Besarlah harapan kita agar usaha-usaha ke arah mencapai objektif APECER berjalan sebagaimana yang dirancang dan yang paling penting mudah mudahan Allah membalas segala usaha kita dengan hasil yang baik-baik. Jazakallahu Khairan Kathira

Khamis, Disember 04, 2008


Tahniah!!! Seluruh geng2 APECER mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Saudara Mohd Najib & Isteri. Semoga mahligai yang dibina mendapat keberkatan Allah S.W.T jua...

Rabu, Disember 03, 2008

Pilih Logo Anda!







Perhatian semua geng APECER...berikut adalah contoh2 logo yang telah disumbangkan untuk dipilih dan juga contoh barangan yang akan dicetak. Adalah dipohon kpd pengunjung cerbonboy.blogspot untuk memilih salah satu darinya. Logo yang mendapat majoriti akan dipilih. Bagaimanapun sekiranya ada mana2 yang mahu menyumbang idea/cadangan/kritikan berkaitan logo sprti warna, slogan, tagline atau apa2 shj amatlah dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda di ruangan 'komen' atau 'cbox'. TQ