Selasa, Jun 14, 2016
Isnin, April 25, 2016
Memperingati Maulid Nabi s.a.w - Pro & Kontra.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي بعث محمداً صلى الله عليه وسلم بين يدي الساعة بشيراً ونذيرًا، وداعياً إلى الله بإذنه وسراجاً منيرًا، بعثه رحمةً للعالمين ومعلِّماً للأميين بلسان عربي مبين؛ فبلَّغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة، وما ترك خيراً إلا دل أمته عليه، ولا شراً إلا حذرها منه.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله سيد ولد آدم، صلى الله عليه وعلى آله وصحابته أجمعين وسلَّم تسليماً كثيرًا. أما بعد:
Apabila tibanya bulan Rabi'ul Awwal maka akan timbullah perbincangan yang baik atau perdebatan yang tidak baik tentang boleh atau tidak memperingati hari kelahiran Nabi sollallahu 'alaihi wasallam?
Di bawah ini kami petik suatu ulasan yang agak harmoni dalam menangani isu maulid yang menjadi kemelut yang tak berkesudahan.
Semoga nukilan ini dapat memberi pencerahan kepada kita.
Hukum al-Maulid al-Nabi s.a.w.
Antara Keharusan Masoleh al-Mursalah & Bid'ah Tercela.
Oleh: Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatim bin Syarif al-Awni
(Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir)
& Mohammad Fikri az-Zahabiy (Univ Mohd V, Rabat).
أولا:
يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل, وأن لا ننكر اختلاف العلماء فيه, وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط. بل هذا شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم)، مع حكمه على المولد بأنه بدعة؛ إلا أنه عذر مقيميه, بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه، فقال (رحمه الله): ((فتعظيم المولد، واتخاذه موسما، قد يفعله بعض الناس، ويكون له فيه أجر عظيم؛ لحسن قصده، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم. كما قدمته لك: أنه قد يحسن من بعض الناس، ما يستقبح من المؤمن المسدد)).
Pertama:
Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan penuh ilmiah dan keadilan, kita hendaklah tidak mengingkari khilaf (perbezaan) pendapat ulama' tentangnya. Sesungguhnya terdapat sesetengah `ulama' besar mengatakan mustahab (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu.
Bahkan Shaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’ as-Siroth al-Mustaqim) walaupun pendapatnya tentang hukum maulid adalah bid'ah; tetapi dia memberi keuzuran kepada orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini mereka mendapat ganjaran yang besar.
Maka dia (Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:
"Maka mengagungkan maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya. Dan padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah s.a.w, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang betul".
Pengajian SIRAH NABI s.a.w dan Kewajipan Mencintai Baginda s.a.w.
Sila Ke:
ثانيا:
أما لتفصيل حكمه: فأقول: من استثمر يوم المولد للتذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين, من غير غلو (كاستغاثة), ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط), ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله عليه وسلم يقظة), ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد, وإنما هو من باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس, كما يستحضر الخطباء يوم بدر في السايع عشر من رمضان, ويوم الفتح في العشرين منه, ويوم الهجرة في بداية السنة الهجرية = فهو حلال؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة, وانتقل بهذه الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة, فهو بهذه الشروط لا يتضمن إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي: التذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين.
Kedua:
Maka untuk menjelaskan hukum maulid itu: "Maka aku berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi s.a.w, atau untuk meningkatkan perasaan cinta dalam jiwa muslimin, dengan tidak melampau (seperti meminta bantuan dari Nabi - dengan tawassul yang tercela -), dan tidak terdapat kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan perempuan), bukan khurafat seperti (mendakwa hadirnya Nabi s.a.w dalam keadaan sedar) dan tanpa meyakini adanya keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu. Yang dilakukan itu cuma untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya (iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa. Sepertimana para khatib menghadirkan hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari kedua puluh dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah, jika begitu maka ia halal.
Ini kerana ia tidak lagi berkait dengan kepercayaan tentang ibadat yang direka-reka, maka telah berubah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini. Maka dengan syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan (kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) Syarak, iaitu: "Memberi peringatan tentang sirah Nabi s.a.w (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan perasaan cinta dalam jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu)".
وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم بالإباحة: التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور:-
أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات (الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة, وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه.- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة ثابتة. -
بيان منكرات الاعتقادات والأقوال والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد.فمع هذه الشروط لا أجد في المولد بدعة, ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه.
Saya mendapati ia adalah satu kepentingan untuk membetulkan hukum dengan pengharusan: Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri majlis maulid dan yang menganjurkannya kepada perkara-perkara:-
Bahawa menerapkan pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai alasan merealisasikan maslahat Syar’ie darinya, dan bukanlah perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan tiada padanya apa-apa kelebihan yang sabit, dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan (iktikad/akidah) dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan ke atas orang yang melakukannya.
كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه، وسدًّا لذرائع المنكرات المنتشرة فيه؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا ينكر على من أباحه بتلك الشروط، ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه، ما دام ملتزما بتلك الشرائط. فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ، له ما يجعل له حظا من النظر.
Begitu juga aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat yang melarang dari melakukannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, dengan tujuan untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, serta menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya. Ini sekiranya mereka yang melarang itu tidak melampau dan berlebihan dalam larangannya, maka dia tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat tersebut tadi. Maka terdapat keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam dengan syarat-syarat (di atas). Maka pendapat ini dengan syarat yang disebut ini adalah merupakan pendapat yang diterima, dan menjadikan suatu pandangan yang patut diberi perhatian.
والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في السعودية دون نكير, فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله, أو عشية ليلته)، وهي ربما بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته، ثم تختم بذكر منكرات الموالد. فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته، لكنها لم تسمه بالمولد.
Realiti ini berlaku pada kita di Arab Saudi tanpa penafian, maka kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan banyaknya tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan (pada khutbah terakhir sebelumnya atau pada malamnya).
Tazkirah atau khutbah itu mungkin dimulakan dengan mengingatkan tentang kelebihan Nabi s.a.w dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Mereka ini sebenarnya telah menghidupkan Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sperti yang telah dijelaskan sebelum ini - , tetapi mereka tidak menamakannya sebagai Maulid.
ونحوه: ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس شهر رمضان, ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله), والذي فيه تذكير بغزوتي بدر والفتح في يوميهما من رمضان. وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد كل سنة, ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به: أن لا تنقطع قراءة هذه المجالس في كل رمضان من كل سنة, وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين, وكثيرا ما يحصل ذلك في مساجدنا, ويتكرر كل سنة.
Contohnya: Seperti yang telah ditulis tentangnya dan ulama'-ulama' kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab Syaikh Ibn `Uthaimin (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua hari dalam bulan Ramadhan.
Syaikh Uthaimin (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia (rahimahullah) mengharapkan dan sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan bacaan kitab ut majlis seperti ini pada setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di kalangan muslimin. Dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi) kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.
فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين محددين من كل سنة, لم يجعل هذا الفعل بدعة؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه التعبّد به؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به, وفي ترسيخ تاريخه, وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام. وكحل وسط: أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد, فيقيمون مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام, وعدة مرات فيه. وهذا المولد إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة, بشرط عدم اعتقاد كونه عبادةً مقصودة لذاتها.
Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bid'ah, kerana pengkhususan ini tidak berlaku dengan cara yang bersifat taabudiyyah (ibadat). Tetapi ia sebagai cara untuk menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa muslimin) dan untuk menguatkan sejarahnya. Juga untuk mengingati nikmat Allah ke atas kita dengan dua hari yang besar dalam sejarah Islam ini.
Untuk keadaan yang sederhana: Kebanyakan dari orang yang mengadakan maulid ini tidak melazimkan diri mereka dengan tarikh tahunan yang tertentu, mereka mengadakan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi S.a.w secara umum, dan beberapa kali.
Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran seperti yang dilakukan dalam sesetengah maulid maka tidak ada masalah langsung padanya. Juga dengan syarat tidak menganggapnya sebagai ibadah yang khas (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya kelebihan khusus).
الخلاصة:
ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين صورتين للمولد:
1- صورة يكون فيها المولد من المصالح المرسلة: وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير بسيرته صلى الله عليه وسلم, أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب, من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم, تجيز تخصيصه بعبادة, أو باعتقاد لا دليل عليه.وهذه الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير من سادة الأمة.
Kesimpulan:
Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan antara dua jenis Maulid:
1. Pertamanya jenis Maulid yang merupakan dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid dengan maksud menyuburkan ingatan terhadap sejarah yang hebat ini dalam memperingati sirah Nabi s.a.w. Atau untuk menyalakan semula cinta kepada Baginda s.a.w dalam hati, tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa membolehkan pengkhususannya dengan ibadah, atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Bentuk inilah yang diberi keringanan (diminta kebaikannya) oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi Syamah, Ibn Nasiruddin dan selain mereka dari kalangan imam-imam.
2- وصورة يكون فيها بدعة, حتى لو خلا من الغلو والمنكرات, وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد فضل يخصه, وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه, أو أن مثل تلك الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها, كما تُقصد العبادات المشروعة لذاتها. وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية وغيره من سادة الأمة.
2. Jenis yang mempunyai bid’ah di dalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan tiada kemungkaran, namun jika dikhusukan hari itu dengan kepercayaan bahawa adanya kelebihan tertentu – sedangkan tiada dalil tentangnya, maka ia bid’ah -. Juga apabila disangkakan bahawa pada hari itu terdapat ibadat-ibadat yang – dikhususkan untuk - menambahkan pahala padanya, atau membuat perayaan-perayaan tertentu pada hari itu. Juga acara tertentu misalnya seperti dengan meniatkan ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya – sedangkan tiada dalil -. Maka jenis ini merupakan jenis yang diingkari oleh kebanyakan ulama' seperti Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan selainnya dari kalangan imam-imam.
Sumber:
http://abuanasmadani.blogspot.my/2015/12/memperingati-maulid-nabi-saw-pro-kontra.html#more
Isnin, Oktober 05, 2015
Selasa, Julai 23, 2013
Amalan Untuk Bermimpi
Bertemu RASULULLAH SAW
Assalamuallaikum WBT.
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH
YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.
Semoga kita semua terus menjadi hamba
yang sentiasa dan berterusan bersyukur kepada YANG MAHA ESA.Artikel kali ini
saya ingin mengajak para sahabat yang baik sekalian untuk mendalami cara-cara
atau bagaimana untuk bertemu RASULULLAH SAW yang di sampaikan oleh Al Habib Ali Al Jufri.
Pertama sekali ialah melalui
permintaan,jika permintaan itu dari hati memohon kepada ALLAH,pasti diberikan-kata Al Habib.
Di sini ada 4 cara yang boleh kita praktikkan/amalkan :
Di sini ada 4 cara yang boleh kita praktikkan/amalkan :
- Banyakkan selawat ke atas baginda SAW.Ucapkan dengan penuh
kecintaan.
Imam Hafiz Al-Sakhawi berkata dalam kitabnya,
Paling sedikit untuk kadar (perbanyakkan) berselawat itu adalah 300 kali sehari pagi dan petang. - Mengagungkan sunnah baginda SAW seperti akhlak dan
tingkah laku baginda serta mengikuti segala rupa bentuk kehidupan baginda.
Contohnya,apabila kita masuk ke dalam tandas atau tempat yang kotor,mulakan dengan kaki kiri atau semasa kita makan menggunakan tangan kanan.
Buat untuk ikut Rasulullah SAW,bukan mengikut adat.
Selain itu,hadirkan di dalam hati,aku/saya lakukan ini mengikut seperti baginda lakukan.contohnya :
''Aku makan dan minum ini seperti makan dan minumnya baginda SAW''
- Jiwa sentiasa cinta kepada Rasulullah SAW.
Kuat perasaan cinta,rindu yang membara.sebagai contoh,
''Ya ALLAH,aku/saya ingin melihatnya,muliakan ku untuk melihatnya''
Contoh
doa
|
- Berkhidmat kepada umatnya/menyebarkan dakwah
baginda.
Jangan hidup dengan keangkuhan.Berbuat baik kepada semua.
Umat baginda bukan hanya pada orang muslimin,baginda adalah utusan semua makhluk.
Firman ALLAH SWT,''Tidaklah kami utuskan kamu melainkan rahmat bagi seluruh alam''.
Tambahan :
Bagi membantu memperkukuhkan lagi perkara di atas,banyakkan membaca sirah Rasulullah SAW,keperibadian dan keistimewaan baginda.
- Mengagungkan sunnah itu bukan sahaja pada
pakaian,sunnah itu juga pada tingkah laku kita.
- Banyakkan senyum,baginda sentiasa senyum
walaupun baginda yang paling banyak menanggung masalah umat.
- Beribadat bukan semata-mata kerana ingin
bertemu Rasulullah tetapi adalah kepada YANG MAHA ESA.
- Seseorang yang bertemu berjumpa dengan
Rasulullah SAW bukannya jaminan untuk dia masuk ke syurga-Dr Yusuf
Al-Qardhawi.
Sekian daripada
saya,semoga kita semua dapat mengamalkan perkara-perkara di atas.INSYA-ALLAH.
:)
Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Jika ada penulisan yang
silap harap dapat ditegur.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada
kita semua.Wallahualam.
Selasa, Julai 31, 2012
Ramadan Al-Mubarak
Assalamualaikum...
Segala puji bagi Allah swt, kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan penuh kemuliaan, keberkatan, kerahmatan serta limpahan maghfirah yang jarang kita jumpa di bulan yang lain. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad bin Abdullah, nabi akhir zaman yang membawa obor kesejahteraan kepada sekalian manusia.
Manusia ( insan ) sifatnya adalah pelupa. Maka dengan kehadiran bulan Ramadan ini marilah kita saling ingat mengingati sesama kita, menegur kesilapan yang timbul, merapatkan jurang yang jauh dan mengakrabkan tali persaudaraan yang terjalin sudah. Sifat-sifat mulia di atas tadi jika sekiranya dipupuk dan disemai sepanjang masa, nescaya menghasilkan faedah dan manfaat yang tersangat besar. Inilah tarbiyah yang diajar di dalam 'Madrasah Ramadan'. Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita telah pun melupakannya sedikit demi sedikit. Barangkali, benarlah kata-kata ulamak " jikalau boleh biarlah sepanjang tahun adalah bulan Ramadan".
Dikesempatan yang ada, dalam fasa yang kedua ini marilah kita sama-sama bermuhasabah, post porterm, menilai, merenung dan melipatgandakan lagi amal ibadah kita serta memperkukuh tali persahabatan bahkan dalam masa yang sama melempar jauh keporak-perandaan, bibit-bibit noda dan dosa, keruntuhan dan kebejatan di dalam kalangan kita bersama. Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai era baru perubahan yang lebih positif, proaktif, dan berkesan dalam diri kita serta orang di sekelilingnya. Semoga kita tidak lagi "kerugian" dalam menagih Rahmat, Maghfirah dan Itqun Minan Narr ( Pelepasan api neraka ) daripada yang Maha Esa. Ramadan Kareem, Allahu Akram
Isnin, Jun 18, 2012
UBAT TIDUR
Sedang tidur nyenyak, tiba-tiba Ahmad dikejutkan oleh isterinya.
“Bang..bang bangun bang” kejut Isteri Ahmad, Zainab tergesa-gesa
Dalam ‘mamai’, Ahmad bertanya, “eh.. apa awak kejutkan saya pukul 3 pagi ni?”
“Kan doktor pesan, supaya abang kena makan ubat sebelum tidur”
“Makan ubat? Ubat apa?”
“Ubat tidur !!!”
“&^%@#%$”
“Bang..bang bangun bang” kejut Isteri Ahmad, Zainab tergesa-gesa
Dalam ‘mamai’, Ahmad bertanya, “eh.. apa awak kejutkan saya pukul 3 pagi ni?”
“Kan doktor pesan, supaya abang kena makan ubat sebelum tidur”
“Makan ubat? Ubat apa?”
“Ubat tidur !!!”
“&^%@#%$”
Selasa, Mei 15, 2012
KAKAK TUA YANG DIAM
Hamdi cukup berminat dengan burung kakak tua. Minatnya bermula ketika dia hadir ke rumah sepupunya Ahmad yang membela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap. Melihat dan mendengar celoteh burung kakak tua kepunyaan Ahmad itu, menyebabkan Hamdi menanam cita-cita untuk membeli seekor burung kakak tua.
Pada suatu petang, dia telah ke bandar untuk membeli seekor burung kakak tua. Apabila sampai di kedai menjual burung, dia dapati dalam kedai itu terdapat dua ekor burung kakak tua. Diperhatikan, satunya sering menyanyi, dan yang satu lagi hanya diamkan diri sahaja.
"Tuan, berapa harga burung kakak tua ini?" Soal Hamdi sambil mengisyaratkan kepada buruk kakak tua yang sering menyanyi.
"Yang ini harganya RM500 sahaja," jawabnya ringkas.
Dalam fikiran Hamdi, mungkin burung kakak tua yang diam itu lebih murah, kerana mesti burung kakak tua yang pandai menyanyi lebih mahal.
"Oooo.. yang diam ni pula, berapa pula harganya?" soal Hamdi untuk kepastian harga.
"Yang ni, harganya RM1000"
"Aikkk.. kenapa yang diam ni lebih mahal berbanding yang pandai menyanyi." Hamdi terkejut bertanya.
"Yaa... sebab yang diam ni adalah pencipta lagunya" jawab tuan kedai itu selamber.
Sekian, Wallahu 'Alam
Pada suatu petang, dia telah ke bandar untuk membeli seekor burung kakak tua. Apabila sampai di kedai menjual burung, dia dapati dalam kedai itu terdapat dua ekor burung kakak tua. Diperhatikan, satunya sering menyanyi, dan yang satu lagi hanya diamkan diri sahaja.
"Tuan, berapa harga burung kakak tua ini?" Soal Hamdi sambil mengisyaratkan kepada buruk kakak tua yang sering menyanyi.
"Yang ini harganya RM500 sahaja," jawabnya ringkas.
Dalam fikiran Hamdi, mungkin burung kakak tua yang diam itu lebih murah, kerana mesti burung kakak tua yang pandai menyanyi lebih mahal.
"Oooo.. yang diam ni pula, berapa pula harganya?" soal Hamdi untuk kepastian harga.
"Yang ni, harganya RM1000"
"Aikkk.. kenapa yang diam ni lebih mahal berbanding yang pandai menyanyi." Hamdi terkejut bertanya.
"Yaa... sebab yang diam ni adalah pencipta lagunya" jawab tuan kedai itu selamber.
Sekian, Wallahu 'Alam
Rabu, Mei 09, 2012
OH TUHAN, KAU SEMEMANGNYA WUJUD
Marzuki tidak mempercayai kewujudan tuhan. Walaupun dari keluarga beragama, tetapi hati kecilnya sering mempertikaikan tindakan ibu bapanya yang sering menunaikan solat. Padanya, menunaikan solat adalah kerja buang masa; menyembah sesuatu yang sebenarnya tiada.
Apabila ibu atau bapanya menyuruh dia menunaikan solat. Dia akan masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat. Dia diam dalam bilik dengan tidur sahaja. Apabila ibunya bertanya, apakah dia sudah menunaikan solat. Tanpa timbul perasaan bersalah, dia menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia sudah menunaikan solat.
Ternyata Allah maha berkuasa. Pergerakan hati itu dibawah kekuasaan-Nya. Dia memberi hidayah kepada siapa yang Dia sayang. Mereka yang terpilih, wajar bersyukur kepada-Nya.
Marzuki ditimpa kemalangan yang agak hebat. Dia dimasukkan dalam hospital. Dia koma hampir seminggu.
Ketika dalam wad, dia dijaga oleh seorang jururawat berpakaian muslimat. Wajahnya ayu, cantik dan menawan. Melihat kepada gaya bercakap dan tingkah laku jururawat itu, hati marzuki mula terusik. Hatinya mula tertarik.
Jururawat itu bernama Aminah. Apabila jururawat lain merawatnya, hatinya sering merasa “frust”. Namun, melihat Aminah, hatinya cukup berbunga kegirangan dan gembira sekali.
Dia menanam hasrat untuk memperisterikan Aminah, namun tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan kepada Aminah akan hasrat hatinya. Dia sentiasa berharap agar suatu masa nanti, dia Berjaya menyatakan hasratnya kepada Aminah, seterusnya memperisterikan Aminah. Cinta Marzuki suci. Cintanya tidak mengharapkan balasan.
Dalam rindu dendam sering berlegar dalam diri Marzuki, satu hari Aminah dilihat dikunjungi seorang jejaka. Melihat keadaan itu, perasaan cemburu mula tertimbul dalam diri Marzuki. Hatinya tidak tenang melihat keadaan itu.
Dia mula merisik dan bertanya khabar tentang hal itu. Ternyata, berita yang dia dapat bahawa Aminah sudah bertunang. Dia pasrah dengan berita itu.
Hatinya begitu remuk sekali. Sedih dan pasrah semakin menekan jiwanya. Dalam keadaan begitu, tidak semena-mena, hati kecilnya berdoa, “wahai Tuhan, kuatkan hatiku ini”
Setelah mengungkapkan doa itu, dia tersentak. Dia terkejut, dalam keadaan tanpa dia sedari, dia telah mengakui bahawa kewujudan Tuhan. Ternyata, tuhan itu tidak boleh dibuang dalam hidup manusia.
Manusia lupa tuhan, malahan boleh menganggap tiada, ketika mereka dalam kesenangan. Tetapi, dikala mereka susah, tanpa mereka sedari, tuhan yang mereka tolak itu adalah tempat mereka memohon harap.
Wahai Tuhan !! kuatkan iman kami.. Amin..
Sekian
Wallahu alam.
Apabila ibu atau bapanya menyuruh dia menunaikan solat. Dia akan masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat. Dia diam dalam bilik dengan tidur sahaja. Apabila ibunya bertanya, apakah dia sudah menunaikan solat. Tanpa timbul perasaan bersalah, dia menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia sudah menunaikan solat.
Ternyata Allah maha berkuasa. Pergerakan hati itu dibawah kekuasaan-Nya. Dia memberi hidayah kepada siapa yang Dia sayang. Mereka yang terpilih, wajar bersyukur kepada-Nya.
Marzuki ditimpa kemalangan yang agak hebat. Dia dimasukkan dalam hospital. Dia koma hampir seminggu.
Ketika dalam wad, dia dijaga oleh seorang jururawat berpakaian muslimat. Wajahnya ayu, cantik dan menawan. Melihat kepada gaya bercakap dan tingkah laku jururawat itu, hati marzuki mula terusik. Hatinya mula tertarik.
Jururawat itu bernama Aminah. Apabila jururawat lain merawatnya, hatinya sering merasa “frust”. Namun, melihat Aminah, hatinya cukup berbunga kegirangan dan gembira sekali.
Dia menanam hasrat untuk memperisterikan Aminah, namun tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan kepada Aminah akan hasrat hatinya. Dia sentiasa berharap agar suatu masa nanti, dia Berjaya menyatakan hasratnya kepada Aminah, seterusnya memperisterikan Aminah. Cinta Marzuki suci. Cintanya tidak mengharapkan balasan.
Dalam rindu dendam sering berlegar dalam diri Marzuki, satu hari Aminah dilihat dikunjungi seorang jejaka. Melihat keadaan itu, perasaan cemburu mula tertimbul dalam diri Marzuki. Hatinya tidak tenang melihat keadaan itu.
Dia mula merisik dan bertanya khabar tentang hal itu. Ternyata, berita yang dia dapat bahawa Aminah sudah bertunang. Dia pasrah dengan berita itu.
Hatinya begitu remuk sekali. Sedih dan pasrah semakin menekan jiwanya. Dalam keadaan begitu, tidak semena-mena, hati kecilnya berdoa, “wahai Tuhan, kuatkan hatiku ini”
Setelah mengungkapkan doa itu, dia tersentak. Dia terkejut, dalam keadaan tanpa dia sedari, dia telah mengakui bahawa kewujudan Tuhan. Ternyata, tuhan itu tidak boleh dibuang dalam hidup manusia.
Manusia lupa tuhan, malahan boleh menganggap tiada, ketika mereka dalam kesenangan. Tetapi, dikala mereka susah, tanpa mereka sedari, tuhan yang mereka tolak itu adalah tempat mereka memohon harap.
Wahai Tuhan !! kuatkan iman kami.. Amin..
Sekian
Wallahu alam.
Rabu, April 18, 2012
DOKTOR YANG SELAMBERR
Seorang pesakit yang akan dibedah kerana sakit barah yang sedang dihidapinya. Di dalam bilik bedah sedang menunggu kehadiran doktor bedah, jantungnya berdegup kencang, mukanya kepucatan dan perasaan takut mencengkam jiwanya.
Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.
"Apa khabar, awak sihat?" soal doktor lelaki itu.
"Baik tuan doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.
"Ehh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" soal doktor itu lagi.
"Ya doktor..."
"Ehmm, kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar doktor itu memberi motivasi.
"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah, tu yang saya rasa takut sikit tu"
"Eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je.. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.
Sekian, wallahu a'lam..
Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.
"Apa khabar, awak sihat?" soal doktor lelaki itu.
"Baik tuan doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.
"Ehh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" soal doktor itu lagi.
"Ya doktor..."
"Ehmm, kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar doktor itu memberi motivasi.
"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah, tu yang saya rasa takut sikit tu"
"Eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je.. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.
Sekian, wallahu a'lam..
Rabu, April 11, 2012
CARA RASULULLAH TERTAWA
"
Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut:
CARA RASULULLAH TERTAWA
`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:
“Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya tersenyum.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya, aku tahu orang yang pertama masuk ke dalam syurga dan yang paling akhir keluar dari neraka. Pada Hari Akhirat nanti, seseorang akan dipanggil lalu perintah diberikan kepada malaikat: ”Tunjukkan kepadanya dosa-dosa kecil yang sudah dia lakukan dan sembunyikanlah dosa-dosa besarnya.”
Orang itu diberitahu: ”Pada hari sekian…kamu telah melakukan ini… dan ini…”
Dan orang itu akan mengaku semuanya. Pada masa yang sama, dia juga berasa bimbang dengan dosa-dosa besarnya. Selepas itu, perintah selanjutnya (kepada malaikat): ”Berikanlah kepada dia pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya.”
Orang itu berkata: ”Sesungguhnya masih ada lagi dosa-dosaku yang tidak diperlihatkan.”
Abu Dzar berkata: ”Pada masa itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga ternampak gigi geraham Baginda.” (HR at-Tirmidzi dan Abu Daud) - Hadith ini bertaraf sahih.
Jarir bin `Abdullah berkata yang maksudnya:
“Semenjak aku memeluk Islam, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tidak pernah menghalang aku mengunjungi Baginda. Apabila melihatku, Baginda selalu tersenyum.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
`Abdullah bin Mas`ud melaporkan, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah, “Pergilah ke Syurga.” Orang itu pun pergi ke Syurga. Namun, dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah yang ada di Syurga. Dia mengadu kepada TUHANnya, “Wahai TUHANku, sudah ada orang di rumah-rumah itu.”
Orang itu ditanya, “Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu dia diperintahkan kepadanya, “Bayangkanlah (kemahuanmu)!” Orang itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian, TUHAN berkata kepadanya, “Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.” Orang itu membalas, “Wahai TUHANku! Adakah ENGKAU sedang mempermain-mainkan aku, padahal ENGKAUlah Sang Penguasa?”
`Abdullah bin Mas`ud berkata: ”Ketika itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga terlihat gigi geraham Baginda.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
Langgan:
Catatan (Atom)


