Isnin, Disember 27, 2010
Rabu, November 24, 2010
PERUTUSAN IDUL ADHA DAN SENDA GURAU KURBAN EDISI ke-2 1431H
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar, Walillahilhamd… Segala puji bagi Allah (AWJ), kerana kita dapat bertemu dengan salah satu bulan ‘huruma lil qital’ (bulan-bulan diharamkan berperang), serta pelbagai keistimewaan di dalamnya terutama sekali ‘FaradHal Hajj’
Alhamdulillah, dengan kenikmatannya juga kita dapat melempiaskan sekelumit tuntutan ‘kurban’ yang telah disyariatkan Allah terhadap Nabi Ibrahim a.s terhadapnya anaknya yang dicintai iaitu Nabi Ismail a.s. Sungguhpun masih agak jauh nilai kurban tersebut bersaksilah; kita telah menyahut seruan ilahi dengan tulus dan mulus.
Namun begitu, pelbagai ‘ragam dan senda gurau’ berlaku disepanjang edisi kurban tahun ini. Adapun paparan ini bukan bertujuan untuk ‘mengaib’ dan ‘melondeh’ segala keburukan yang jelas nyata terpampang tetapi hakikatnya ianya perlu diambil sebagai iktibar dan pengajaran walaupun telah lama menjalar ‘kanser’ di dalam perut.
Maaf kawan-kawan, tulisan ini memang panjang ('confirm') sebab dah lama tidak menulis dalam blog ni.
Pertama; masalah di qariah kita yang tercinta. Mungkin ramai yang tidak mengetahui hal yang sebenar. Biarlah yang sebenar itu berlaku antara meraka dan saudara mereka sahaja. Bukan apa, perkara ini sudah berulang kali berlaku masalah pertelingkahan yang hanya melibatkan hal2 kecil yang boleh dianggap ‘sampah’ tetapi diperbesarkan!!! Masyarakat kampong bukan ramai mana pun; pandang kanan-kiri dah bertembung batang hidung. Apa nak jadilah bapak-bapak kita nih.. Ya Allah..
Kedua; Kisah tragis pertama dan seumpamanya, seorang ahli kariah dilanggar lembu kurban. Memang rencam dengan duka nestapa tidak kurang dengan jentik hilai tawa dari orang kampong. Tetapi harus diingat, segala ini ketentuan dari yang maha Esa. Didoakan semoga saudara kita cepat sembuh.
Ketiga; This is hot and hottest!!! Pihak seketeriat APECER mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan orang kampong yang sama-sama bertungkus lumus melaksanakan ibadah kurban sehingga penghujungnya. Memang berbaloi melapah, mengerat, menimbang dan mengagihkan daging kurban dengan curahan keringat yang banyak. Mudah-mudahan Allah akan membalas pahala setimpalnya.
Itu baru muqaddimah dan yang ini baru isinya.
Di dalam keriahan dan keberkesanan pembahagian daging dengan system yang agak baru, namun terdapat juga cacat cela semasa pembahagian. Masih ada lagi yang terlepas ('smuggler') dengan ‘mencilok’ beberapa bahagian walaupun telah diuar-uarkan keburukan tindakan itu. Mungkin ini telah menjadi satu tradisi hidupnya, menangguk di air yang jernih (semangat gotong-royong).
Seusai hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah), berita yang agak mengejutkan, ada ahli qariah kampong yang tidak dapat daging!!! Bukan seorang tetapi dua. Persoalannya, ke mana perginya daging tersebut? Atau ada ‘komuniskah’ di tengah-tengah jalan yang menghalang dan mencuri? Atau memang telah berlaku ‘smuggle’ di luar penglihatan CCTV manusia? Sedang sewaktu pembahagian, nama telah disebut dan diminta ahli qariah atau jiran terdekat menghantarkan.
"Ingatlah! sesungguhnya ibadah kurban besar pahalanya, dan orang yang mengambil hak orang lain juga besar dosanya". Maka mari kita sama-sama serahkan kepada yang maha Esa untuk menghakiminya.
Kesimpulannya: Hakikatnya inilah dugaan kita di dunia ni. Walau pun kita rasa sudah buat yang terbaik namun masih ada makhluk yang cuba untuk merosakkan keindahan tersebut.
Cadangan
Di sini penulis ingin memberi sedikit cadangan untuk program ibadah kurban edisi seterusnya untuk tahun-tahun hadapan:
- 1. Guna pakai sistem tahun ini dan buat sedikit penambaikan iaitu tulis nama pada plastik bungkusan dan pembahagian diurus oleh geng APECER dengan membawa gerabak dan dihantar ke rumah ahli qariah, orang yang uzur dan sakit.
- 2. Menjemput seluruh ahli qariah (laki dan perempuan) untuk sama-sama bergotong royong melaksanakan kerja ibadah ini. Misalnya lelaki bahagian melapah dan membahagi, manakala perempuan membasuh, memasak nasi, sup atau seumpamanya.
- 3. Skim ibadah kurban. Iaitu dicadangkan ahli qariah seramai 7 orang mengumpul wang sebulan RM30/35 x 10 bulan untuk ibadah kurban tahun hadapan. Terbuka kepada ahli qariah dan geng APECER.
- 4. Makan sup, mungkin boleh diubah waktunya pada siang hari kerana sambutan agak dingin pada sebelah malam.
- 5. Jersi seragam; boleh difikirkan membuat sehelai t-shirt untuk geng APECER dan ahli qariah kampong ketika ibadah kurban. Sumbangan boleh difikirkan selepas ini.
Semoga segala tindak tanduk dan amalan kita di dalam mengerjakan suruhan-Nya akan dibalas sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam...
Isnin, November 15, 2010
SAJA NAK BAGI INGAT KAMPUNG
Selasa, September 21, 2010
Segunung Tahniah
SEGUNUNG TAHNIAH…
Alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana kita telah dipertemukan dengan bulan Syawal yang mulia dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Majlis jamuan hari raya APECER kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya. Bagi pihak sekreteriat mengambil peluang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin’ serta jazakallahu khairan jaza’ kepada rakan-rakan yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan sebagainya. Kepada-Nya dipanjatkan segala pengharapan semoga jasa baik kalian akan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Berikut nama-nama penyumbang APECER pada kali ini:
| NAMA-NAMA PENYUMBANG APECER | |||
| 1. Sdr Nanang | 11. Sdr Amat | 21. Sdr. Uji | |
| 2. Sdr, Juan | 12. Sdr. Kang | 22. Sdr. MIsnon | |
| 3. Sdr. Jaki | 13. Sdr. Fikry | 23. Sdr. Ali | |
| 4. Sdr, Insp. Jiman | 14. Sdr. Azmel | 24. Sdr. Rahim | |
| 5. Sdr, Mael Pomen | 15. Sdr. Najib | 25. Sdr. Sapeq | |
| 6. Sdr. Amy | 16. Sdr. Pateki | 26. Sdr. Wawan | |
| 7. Sdr. Rudy | 17. Sdr. Jamal | 27. Sdr Abg Zul | |
| 8. Sdr. Kusoiry | 18. Sdr. Iwan | 28. Sdr. Salem | |
| 9. Sdr. Kolid | 19. Sdr. Mael Sahabat | 29. Sdr. Jalo | |
| 10. Sdr. Dawud | 20. Sdr.Daei | 30. Sdr. Black | |
Sekali lagi pihak sekreteriat APECER mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan di atas jasa yang telah dicurahkan dan jua kemaafan jika terdapat sebarang kecelaruan dan kekurangan ketika mengendalikan majlis tersebut. Insyaallah, sebarang teguran, kritikan dan cadangan yang membina akan diguna pakai. Terima kasih diucapkan…Wassalam
Jumaat, Ogos 13, 2010
Perkara 1:
Perkara 2:
Pihak urusetia APECER telah berbincang dan membuat ketetapan bahawa aktiviti yang akan diadakan ialah ;
2.1 Gotong royong membersihkan surau : telah diadakan ( 8 Ogos 2010 )
2.2 Jamuan Hari Raya : Hari raya ke-3( belum muktamad)
Perkara 3:
Perkara 4:
Pihak sekreteriat sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga amal ibadah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi-Nya..Amin ( Taqabbalullah wa Minna Ya Kareem )
Daripada;
Sekreteriat APECER 2010
Selasa, Julai 27, 2010
(Dua' aaminin)
Hadirmu laksana mentari pagi,
Pergimu tiada tolok ganti,
Bersemadilah, wahai hamba Allah di ruangan abadi,
Menanti janji Tuhan Rabbul Izzati,
iaitu...Jannatul al-Firdausi..
(Amin, Amin, Amin... )
Selasa, Jun 22, 2010
MAKLUMAT AWAL KENDURI JEMEK

Assalamualaikum wrh. wbr. dan Salam 1 Malaysia
Ini adalah maklumat awal berkenaan konvoi mengiringi Sdr. Azmil @ Jemek ke rumah pengantin perempuan,
Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam
Masa Berkumpul : 10.00 pagi
Pakaian : Baju rasmi Apecer
Inchargeman : Sdr. Paklam
harap semua Apecer bersiap sedia....
Sekian.
Isnin, Jun 21, 2010
KATA-KATA SAIDINA UMAR
Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'
Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU
Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.
Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN
Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN
Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN
Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA
Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH
Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK
Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUk
Sekian, wassalam.
Jumaat, Jun 18, 2010
DOA MERINGANKAN BEBAN HUTANG
Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"
Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.
Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud )
Dipetik dari blog Ust. Shauqi
Selasa, April 13, 2010
AL KISAH MAKAN
Seorang anak makan bersama bapanya yang amat disayangi. Sedang makan, tiba-tiba anak itu berkata, “Ayah.. di…”“Diam.. masa makan, jangan bercakap” herdik ayah kepada anak yang tidak sempat lagi hendak menghabiskan kata-katanya.
Memandangkan anak itu memberi 'taat' yang tidak berbelah bahagi kepada bapa, menyebabkan anak itu akur dan meneruskan makannya tanpa berkata apa-apa pun.
Setelah selesai makan, bapa itu bertanya, “apa yang Mamat nak bagitau ayah masa makan tadi?”
“Saya nak cakap, ayah, di daun salad yang ayah nak makan tadi tu, ada ulat” jawab anak itu ringkas.
“Apa!!???” bapanya terkejut.
Sekian
Wallahu ‘Alam

