Selasa, September 21, 2010

Segunung Tahniah

SEGUNUNG TAHNIAH…

Alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana kita telah dipertemukan dengan bulan Syawal yang mulia dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Majlis jamuan hari raya APECER kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya. Bagi pihak sekreteriat mengambil peluang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin’ serta jazakallahu khairan jaza’ kepada rakan-rakan yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan sebagainya. Kepada-Nya dipanjatkan segala pengharapan semoga jasa baik kalian akan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Berikut nama-nama penyumbang APECER pada kali ini:

NAMA-NAMA PENYUMBANG APECER

1. Sdr Nanang

11. Sdr Amat

21. Sdr. Uji


2. Sdr, Juan

12. Sdr. Kang

22. Sdr. MIsnon


3. Sdr. Jaki

13. Sdr. Fikry

23. Sdr. Ali


4. Sdr, Insp. Jiman

14. Sdr. Azmel

24. Sdr. Rahim


5. Sdr, Mael Pomen

15. Sdr. Najib

25. Sdr. Sapeq


6. Sdr. Amy

16. Sdr. Pateki

26. Sdr. Wawan


7. Sdr. Rudy

17. Sdr. Jamal

27. Sdr Abg Zul


8. Sdr. Kusoiry

18. Sdr. Iwan

28. Sdr. Salem


9. Sdr. Kolid

19. Sdr. Mael Sahabat

29. Sdr. Jalo


10. Sdr. Dawud

20. Sdr.Daei

30. Sdr. Black


Sekali lagi pihak sekreteriat APECER mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan di atas jasa yang telah dicurahkan dan jua kemaafan jika terdapat sebarang kecelaruan dan kekurangan ketika mengendalikan majlis tersebut. Insyaallah, sebarang teguran, kritikan dan cadangan yang membina akan diguna pakai. Terima kasih diucapkan…Wassalam

Jumaat, Ogos 13, 2010

MAKLUMAN PENTING

Perkara 1:
Pihak Sekreteriat APECER dengan rendah diri mengucapkan " Selamat Menyambut Bulan Ramadan Kareem 1431h/2010m".. Semoga dengan kedatangan "Madrasah Ramadan" ini kita dapat menambahkan amal dan nilai ketaqwaan kehadrat Ilahi dengan merebut Rahmat, Maghfirah dan Pelepasan daripada api neraka.Insyaallah

Perkara 2:
Pihak urusetia APECER telah berbincang dan membuat ketetapan bahawa aktiviti yang akan diadakan ialah ;
2.1 Gotong royong membersihkan surau : telah diadakan ( 8 Ogos 2010 )
2.2 Jamuan Hari Raya : Hari raya ke-3( belum muktamad)


Perkara 3:

Pihak urusetia juga telah setuju untuk menetapkan kadar kutipan aktiviti sempena bulan ramadan dan hari raya sebanyak RM50 seorang. Kutipan akan mula dilakukan pada 31 Ogos 2010 akan datang.

Perkara 4:
Program Korban Perdana APECER 2010 akan dilancarkan tidak lama lagi. Rakan-rakan yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi sdr. Abd Rahim bin Bakri ( 013-2912751).

Pihak sekreteriat sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga amal ibadah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi-Nya..Amin ( Taqabbalullah wa Minna Ya Kareem )

Daripada;
Sekreteriat APECER 2010

Selasa, Julai 27, 2010

HILANGNYA SEORANG TOKOH DISEGANI

Dengan rendah diri dan ta'zimnya pihak Sekreteriat Angkatan Pemuda Cerbon (APECER) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Hjh Ngindasah (Wak Yungin) di atas pemergian Allahyarham Ayahanda Asmuin bin Abd Ghani (Wak Moin) pada tanggal 10 Sya'ban 1431 hijrah bersamaan 22 Julai 2010, jam 7.15 pagi.. Kami mendoakan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di sisi-Nya.( Allahummaghfir lahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu )..Amin Ya Rabbal A'lamin.


(Dua' aaminin)

Hadirmu laksana mentari pagi,
Pergimu tiada tolok ganti,
Bersemadilah, wahai hamba Allah di ruangan abadi,
Menanti janji Tuhan Rabbul Izzati,
iaitu...Jannatul al-Firdausi..
(Amin, Amin, Amin... )

Selasa, Jun 22, 2010

MAKLUMAT AWAL KENDURI JEMEK


Assalamualaikum wrh. wbr. dan Salam 1 Malaysia

Ini adalah maklumat awal berkenaan konvoi mengiringi Sdr. Azmil @ Jemek ke rumah pengantin perempuan,

Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam
Masa Berkumpul : 10.00 pagi
Pakaian : Baju rasmi Apecer
Inchargeman : Sdr. Paklam

harap semua Apecer bersiap sedia....


Sekian.

Isnin, Jun 21, 2010

KATA-KATA SAIDINA UMAR

TIDAK BAIK 10 PERKARA MELAINKAN DENGAN 10 PERKARA

Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'

Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU

Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.

Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN

Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN

Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN

Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA

Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH

Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK

Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUk


Sekian, wassalam.

Jumaat, Jun 18, 2010

DOA MERINGANKAN BEBAN HUTANG


Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.

Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud )

Dipetik dari blog Ust. Shauqi

Selasa, April 13, 2010

AL KISAH MAKAN

AL-KISAH MAKAN

Seorang anak makan bersama bapanya yang amat disayangi. Sedang makan, tiba-tiba anak itu berkata, “Ayah.. di…”

“Diam.. masa makan, jangan bercakap” herdik ayah kepada anak yang tidak sempat lagi hendak menghabiskan kata-katanya.

Memandangkan anak itu memberi 'taat' yang tidak berbelah bahagi kepada bapa, menyebabkan anak itu akur dan meneruskan makannya tanpa berkata apa-apa pun.

Setelah selesai makan, bapa itu bertanya, “apa yang Mamat nak bagitau ayah masa makan tadi?”

“Saya nak cakap, ayah, di daun salad yang ayah nak makan tadi tu, ada ulat” jawab anak itu ringkas.

“Apa!!???” bapanya terkejut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Selasa, Mac 30, 2010

AKU TIDAK TAMAK


“AKU TIDAK TAMAK”

Pak Halim ke hutan mencari kayu. Dia membawa sebilah kapak. Di dalam hutan tersebut, terdapat satu kolam air. Sesampai di kolam tersebut, kapak Pak Halim jatuh.

Dengan jatuhnya kapak itu, menyebabkan Pak Halim amat bersedih. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil kapaknya itu.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba muncul seorang bunian, penjaga kolam tersebut.

“Mengapa kamu menangis?” soal bunian itu.

"Kapak aku jatuh ke dalam kolam ini. Aku tidak boleh lagi mencari kayu untuk menyara hidupku. Aku terlalu miskin. Sumber kewanganku hanya dengan mencari kayu” jawab Pak Halim kesedihan.

"Kamu jangan bersedih, aku akan ambil kapak ini untuk kamu”, ujar bunian itu, menyebabkan Pak Halim agak gembira.

Tidak lama kemudian, bunian itu hilang. Kemudian, muncul balik dengan sebilah kapak daripada emas.

"Ini bukan kapakku", ujar Pak Halim.

Bunian itu menghilangkan diri, kemudian muncul dengan sebilah kapak dari perak.

"Ini juga bukan kapakku", ujar Pak Halim sekali lagi.

Bunian itu menghilangkan diri buat kali ketiga, kemudian muncul dengan kapak kepunyaan Pak Halim.

"Haa.. ini baru kapakku. Terima kasih kerana mengembalikan kapakku", Pak Halim gembira. Senyumannya sehingga kelihatan barisan gigi hadapannya.

"Aku menyangka, kamu akan mengaku kapak emas dan perak adalah kepunyaan kamu. Ternyata kamu tidak tamak dan jujur. Justeru, aku hadiahkan kapak emas dan kapak perak ini kepada kamu disebabkan kejujuran kamu itu", bunian itu menghulurkan kedua-dua bilah kapak emas dan perak kepada Pak Halim.

Pak Halim menerimanya dengan senang hati.

ISTERI

Tidak lama kemudian, sekali lagi Pak Halim ke hutan untuk mencari kayu. Kali ini, dia datang bersama dengan isterinya, Mak Leha. Sesampai di kolam yang pernah dia kehilangan kapak di situ, Mak Leha kehausan dan meminum air dari kolam tersebut. Sedang mengambil air dengan tapak tangannya, tiba-tiba Mak Leha tergelincir dan jatuh ke dalam air.

Pak halim berusaha hendak menyelamatkan Mak Leha, tetapi tidak berdaya. Dia amat sedih dan menangis teresak-esak di situ.

Tidak lama kemudian, bunian yang pernah membantunya datang.

"Kenapa kamu menangis?" soal bunian.

"Isteriku jatuh ke dalam kolam ini. Itulah satu-satunya isteri yang aku amat sayangi", jawab Pak Halim

"Aku akan membantu kamu. Jangan risau", ujar bunian itu ringkas.

Tiba-tiba bunian itu hilang. Tidak lama kemudian, dia timbul dengan seorang gadis yang mukanya seperti Aishwarya Rai.

"Apakah ini isteri kamu", soal bunian itu.

"Ya.. ini isteriku, Mak Leha", secepat kilat Pak Halim mengaku.

Tindakankan Pak Halim itu menyebabkan bunian marah.

"Sungguh ku tak sangka, dahulu kamu begitu jujur, tetapi kini sudah menjadi tamak", bunian kemarahan.

Dalam kesedihan itu, Pak Halim menjawab, "aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak', nanti kamu akan datangkan perempuan seperti Siti Nurhaliza. Kalau aku katakan 'tidak' pula, baru kamu akan datangkan Isteriku, Mak Leha. Bila aku katakan 'ya', nanti kamu akan serahkan ketiga-tiga perempuan ini kepadaku. Aku orang miskin. Aku tak mampu nak jaga tiga orang isteri sekaligus".

"Ggrrrr...err..err", blur bunian.

Sekian

p/s : ini cerita dongeng.

Wallahu ’Alam

Isnin, Mac 08, 2010

SUMBANGAN TABUNG BIK TON

Makluman Kepada Semua Warga Apecer

Pelancaran "TABUNG KEBAJIKAN BIK TON" akan dibuat serta merta mulai hari ini.

(Sumbangan Minima RM10.00)
Sila serahkan sumbangan anda terus kepada Sdr. Najib secara tunai atau bank in ke akaun beliau kemudian maklumkan secara sms jumlah sumbangan.



Maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (hadis riwayat : Imam Ath-Thabrani)


Sekian, harap maklum

Jumaat, Februari 26, 2010

MAJLIS BACAAN TAHLIL & QULHU


Dijemput kepada semua warga cerbon untuk menghadiri majlis di atas di rumah arwah Ayahanda Udin@Subari pada 25, 26 & 27 Februari 2010, lepas Isyak.

Apecer juga boleh membaca Qulhu di rumah masing-masing dan jumlahnya boleh dimaklumkan kepada Hj. Mokhti (Nazir)

Dari Auf bin Malik ia berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w, (setelah selesai salat jenazah) bersabda: “Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air sejuk dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka” (hadis riwayat Imam Muslim)


Sekian, harap maklum.