Selasa, Mac 30, 2010

AKU TIDAK TAMAK


“AKU TIDAK TAMAK”

Pak Halim ke hutan mencari kayu. Dia membawa sebilah kapak. Di dalam hutan tersebut, terdapat satu kolam air. Sesampai di kolam tersebut, kapak Pak Halim jatuh.

Dengan jatuhnya kapak itu, menyebabkan Pak Halim amat bersedih. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil kapaknya itu.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba muncul seorang bunian, penjaga kolam tersebut.

“Mengapa kamu menangis?” soal bunian itu.

"Kapak aku jatuh ke dalam kolam ini. Aku tidak boleh lagi mencari kayu untuk menyara hidupku. Aku terlalu miskin. Sumber kewanganku hanya dengan mencari kayu” jawab Pak Halim kesedihan.

"Kamu jangan bersedih, aku akan ambil kapak ini untuk kamu”, ujar bunian itu, menyebabkan Pak Halim agak gembira.

Tidak lama kemudian, bunian itu hilang. Kemudian, muncul balik dengan sebilah kapak daripada emas.

"Ini bukan kapakku", ujar Pak Halim.

Bunian itu menghilangkan diri, kemudian muncul dengan sebilah kapak dari perak.

"Ini juga bukan kapakku", ujar Pak Halim sekali lagi.

Bunian itu menghilangkan diri buat kali ketiga, kemudian muncul dengan kapak kepunyaan Pak Halim.

"Haa.. ini baru kapakku. Terima kasih kerana mengembalikan kapakku", Pak Halim gembira. Senyumannya sehingga kelihatan barisan gigi hadapannya.

"Aku menyangka, kamu akan mengaku kapak emas dan perak adalah kepunyaan kamu. Ternyata kamu tidak tamak dan jujur. Justeru, aku hadiahkan kapak emas dan kapak perak ini kepada kamu disebabkan kejujuran kamu itu", bunian itu menghulurkan kedua-dua bilah kapak emas dan perak kepada Pak Halim.

Pak Halim menerimanya dengan senang hati.

ISTERI

Tidak lama kemudian, sekali lagi Pak Halim ke hutan untuk mencari kayu. Kali ini, dia datang bersama dengan isterinya, Mak Leha. Sesampai di kolam yang pernah dia kehilangan kapak di situ, Mak Leha kehausan dan meminum air dari kolam tersebut. Sedang mengambil air dengan tapak tangannya, tiba-tiba Mak Leha tergelincir dan jatuh ke dalam air.

Pak halim berusaha hendak menyelamatkan Mak Leha, tetapi tidak berdaya. Dia amat sedih dan menangis teresak-esak di situ.

Tidak lama kemudian, bunian yang pernah membantunya datang.

"Kenapa kamu menangis?" soal bunian.

"Isteriku jatuh ke dalam kolam ini. Itulah satu-satunya isteri yang aku amat sayangi", jawab Pak Halim

"Aku akan membantu kamu. Jangan risau", ujar bunian itu ringkas.

Tiba-tiba bunian itu hilang. Tidak lama kemudian, dia timbul dengan seorang gadis yang mukanya seperti Aishwarya Rai.

"Apakah ini isteri kamu", soal bunian itu.

"Ya.. ini isteriku, Mak Leha", secepat kilat Pak Halim mengaku.

Tindakankan Pak Halim itu menyebabkan bunian marah.

"Sungguh ku tak sangka, dahulu kamu begitu jujur, tetapi kini sudah menjadi tamak", bunian kemarahan.

Dalam kesedihan itu, Pak Halim menjawab, "aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak', nanti kamu akan datangkan perempuan seperti Siti Nurhaliza. Kalau aku katakan 'tidak' pula, baru kamu akan datangkan Isteriku, Mak Leha. Bila aku katakan 'ya', nanti kamu akan serahkan ketiga-tiga perempuan ini kepadaku. Aku orang miskin. Aku tak mampu nak jaga tiga orang isteri sekaligus".

"Ggrrrr...err..err", blur bunian.

Sekian

p/s : ini cerita dongeng.

Wallahu ’Alam

Isnin, Mac 08, 2010

SUMBANGAN TABUNG BIK TON

Makluman Kepada Semua Warga Apecer

Pelancaran "TABUNG KEBAJIKAN BIK TON" akan dibuat serta merta mulai hari ini.

(Sumbangan Minima RM10.00)
Sila serahkan sumbangan anda terus kepada Sdr. Najib secara tunai atau bank in ke akaun beliau kemudian maklumkan secara sms jumlah sumbangan.



Maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (hadis riwayat : Imam Ath-Thabrani)


Sekian, harap maklum

Jumaat, Februari 26, 2010

MAJLIS BACAAN TAHLIL & QULHU


Dijemput kepada semua warga cerbon untuk menghadiri majlis di atas di rumah arwah Ayahanda Udin@Subari pada 25, 26 & 27 Februari 2010, lepas Isyak.

Apecer juga boleh membaca Qulhu di rumah masing-masing dan jumlahnya boleh dimaklumkan kepada Hj. Mokhti (Nazir)

Dari Auf bin Malik ia berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w, (setelah selesai salat jenazah) bersabda: “Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air sejuk dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka” (hadis riwayat Imam Muslim)


Sekian, harap maklum.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Dijemput kepada semua warga cerbon untuk menghadiri majlis walimatul urus seperti berikut :

Tuan Rumah : Ayahanda Romli b. Margumi
Tarikh : 27 Februari 2010 (AHAD)
* Kejubus hari Sabtu.
Masa : 8.00 pagi sampai 5.00 petang

Semoga kehadiran anda dapat menambah seri lagi majlis tersebut.

Hadis riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda,“Apabila dijemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.


Sekian, harap maklum.

*apecer sila pakai baju rasmi.


Khamis, Januari 28, 2010

BOWLING APECER @ IOI MALL PUCHONG

Tempat :
IOI MALL PUCHONG

Tarikh :
6hb Feb. (Sabtu)

Masa :
8.00 malam

Bayaran :
RM20.00 sahaja



SAPA ADA BRAN TURUN LA!!!




Ahad, Januari 10, 2010

HARI JUMAAT YANG SPOIL

HARI JUMAAT YANG SPOIL

Peluh berjurai-jurai. Ahmad masih lagi berada di sawah untuk menyelesaikan tugas hariannya. Dia terlupa, hari tersebut adalah hari jumaat.

"Mad.. hang tak pegi sembahyang ka?" tiba-tiba terdengar teriakan Haji Somad yang lalu di situ. Dia pakai baju melayu, berkopiah dan berkain pelikat.

"Aku nak sembahyang pukul 3 nanti la.. kerja banyak lagi ni" jawab Ahmad.

"Kepala hotak hang. Mana ada solat jumaat pukul 3" balas Haji Somad.

"Laaa... aku lupa la.. macam mana boleh terlupa hari ni, hari jumaat" bisik hati Ahmad.

"Woit... aku terlupa la, hari ni, hari jumaat" kata Ahmad kepada Haji Somad.

Ahmad segera bergegas balik ke rumah. Bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat di masjid kampung.

Dilihat pada jam dinding sudah mencecah pukul 1:05 tengahari. Pada hari itu, waktu solat zohor masuk pada pukul 1:20. Nampaknya, Ahmad memerlukan 15 minit untuk mandi, pakai pakaian dan bergegas ke masjid.

Setelah siap, Ahmad terus memakai topi keledar, dan naik motor, memandu laju ke masjid.

Sesampai sahaja di masjid, kelihatan para jemaah sedang menunaikan solat. Dia ketinggalan khutbah.

Belum sempat imam rukuk lagi, dengan segera Ahmad naik atas masjid, dan bertakbiratul ihram.

"Lega aku dapat rakaat ngan imam hari ni" bisik hati Ahmad.

Dia pun membaca fatihah. Tidak sempat habis, imam pun rukuk, lalu dia pun turut rukuk.

Semasa dia rukuk, terlihat di kakinya, menyebabkan hatinya berkata, "alamak... macam mana aku boleh terlupa buka selipar ni"

Perlahan-lahan dia buka selipar.

Ketika imam sujud pula, tiba-tiba "bummm"

Rupa-rupanya, Ahmad terlupa nak pecat topi keledar.

Sekian....

Al-Bakistani

Khamis, Disember 31, 2009

RENUNGAN BUAT 'THE BLOGGER'S' ...

Ayat Al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.

Maksudnya:
“wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan jangan pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang ) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) , sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al- Hujurat ayat 11)
Firman Allah lagi Yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima Taubat , lagi Maha Mengasihani”. (surah Al_ hujurat ayat 12)
Ayat Allah menyuruh bercakap baik
Maksudnya:
“Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah) , Allah Maha Kaya , lagi Maha Penyabar .” (Surah A- Baqarah ayat 263)
Firman Allah lagi Yang bermaksud: “Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin , serta ucapkanlah kata-kata yang baik, merendah diri dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan.” (Ayat 83 Al- Baqarah).
P/S...Berbaik sangka ( khusnu zhon ) lebih baik daripada prasangka yang buruk ( syuk zhon )...wa na'uzubillahi min zalik

Jumaat, Disember 11, 2009

ZIARAH HJ. MULUS (KAK JAAH)

Kepada rakan-rakan Apecer Lembah Klang yang mempunyai kesempatan, sila ziarah Hj. Mulus suami kepada Kak Jaah yang sekarang berada di Wad 4A, Hospital Tg. Ampuan Rahimah, Klang.

Hj. Mulus dimasukkan ke hospital kerana accident dan telah menjalani 2 pembedahan. Sekarang beliau dalam keadaan baik dan stabil. Sila rakan-rakan sebarkan maklumat ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekian, harap maklum.

Rabu, Disember 09, 2009

JEMPUTAN WALIMATUL ARUS

Sekapur sireh, seulas pinang...

Dengan penuh takzimnya En. Mohd Zin Bin Abd Ghani ( Pak Imam )& Isteri serta seluruh keluarga menjemput Dato, Datin, Tuan, Puan, Encik, Cik ke majlis Walimah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2009
Hari : Sabtu
Pasangan : Cik Norhidayahti&Zuhaili
Alamat : Sebelah 'Kidol' Masjid Kecil Al-Mujahidin ( kg cerbon )


Kehadiran anda akan dapat menyerikan lagi majlis tersebut dan membawa seribu keberkatan kepada mereka....Amin

Jumaat, Disember 04, 2009

INFO: CADANGAN KONVOI PERDANA APECER 2009

Ahli mesyuarat (tingkap) APECER telah bersetuju untuk mengadakan program terakhir ( season finale ) bagi tahun 2009 iaitu:

Program : Konvoi Perdana Apecer 2009
Tarikh : Dicadangkan pada - 26 Disember 2009 ( sabtu )
Tempat : Dicadangkan - Teluk Batik, Perak
Yuran : RM30 ( seorang )
Pengarah Projek : Tuan Nanang ( Azhar ) dan Tuan Amat ( Ahmad al-Maliki )


Sebarang cadangan/respon/kritikan dialu-alukan....Terima kasih