Selasa, Jun 22, 2010

MAKLUMAT AWAL KENDURI JEMEK


Assalamualaikum wrh. wbr. dan Salam 1 Malaysia

Ini adalah maklumat awal berkenaan konvoi mengiringi Sdr. Azmil @ Jemek ke rumah pengantin perempuan,

Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam
Masa Berkumpul : 10.00 pagi
Pakaian : Baju rasmi Apecer
Inchargeman : Sdr. Paklam

harap semua Apecer bersiap sedia....


Sekian.

Isnin, Jun 21, 2010

KATA-KATA SAIDINA UMAR

TIDAK BAIK 10 PERKARA MELAINKAN DENGAN 10 PERKARA

Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'

Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU

Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.

Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN

Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN

Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN

Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA

Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH

Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK

Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUk


Sekian, wassalam.

Jumaat, Jun 18, 2010

DOA MERINGANKAN BEBAN HUTANG


Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.

Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud )

Dipetik dari blog Ust. Shauqi

Selasa, April 13, 2010

AL KISAH MAKAN

AL-KISAH MAKAN

Seorang anak makan bersama bapanya yang amat disayangi. Sedang makan, tiba-tiba anak itu berkata, “Ayah.. di…”

“Diam.. masa makan, jangan bercakap” herdik ayah kepada anak yang tidak sempat lagi hendak menghabiskan kata-katanya.

Memandangkan anak itu memberi 'taat' yang tidak berbelah bahagi kepada bapa, menyebabkan anak itu akur dan meneruskan makannya tanpa berkata apa-apa pun.

Setelah selesai makan, bapa itu bertanya, “apa yang Mamat nak bagitau ayah masa makan tadi?”

“Saya nak cakap, ayah, di daun salad yang ayah nak makan tadi tu, ada ulat” jawab anak itu ringkas.

“Apa!!???” bapanya terkejut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Selasa, Mac 30, 2010

AKU TIDAK TAMAK


“AKU TIDAK TAMAK”

Pak Halim ke hutan mencari kayu. Dia membawa sebilah kapak. Di dalam hutan tersebut, terdapat satu kolam air. Sesampai di kolam tersebut, kapak Pak Halim jatuh.

Dengan jatuhnya kapak itu, menyebabkan Pak Halim amat bersedih. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil kapaknya itu.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba muncul seorang bunian, penjaga kolam tersebut.

“Mengapa kamu menangis?” soal bunian itu.

"Kapak aku jatuh ke dalam kolam ini. Aku tidak boleh lagi mencari kayu untuk menyara hidupku. Aku terlalu miskin. Sumber kewanganku hanya dengan mencari kayu” jawab Pak Halim kesedihan.

"Kamu jangan bersedih, aku akan ambil kapak ini untuk kamu”, ujar bunian itu, menyebabkan Pak Halim agak gembira.

Tidak lama kemudian, bunian itu hilang. Kemudian, muncul balik dengan sebilah kapak daripada emas.

"Ini bukan kapakku", ujar Pak Halim.

Bunian itu menghilangkan diri, kemudian muncul dengan sebilah kapak dari perak.

"Ini juga bukan kapakku", ujar Pak Halim sekali lagi.

Bunian itu menghilangkan diri buat kali ketiga, kemudian muncul dengan kapak kepunyaan Pak Halim.

"Haa.. ini baru kapakku. Terima kasih kerana mengembalikan kapakku", Pak Halim gembira. Senyumannya sehingga kelihatan barisan gigi hadapannya.

"Aku menyangka, kamu akan mengaku kapak emas dan perak adalah kepunyaan kamu. Ternyata kamu tidak tamak dan jujur. Justeru, aku hadiahkan kapak emas dan kapak perak ini kepada kamu disebabkan kejujuran kamu itu", bunian itu menghulurkan kedua-dua bilah kapak emas dan perak kepada Pak Halim.

Pak Halim menerimanya dengan senang hati.

ISTERI

Tidak lama kemudian, sekali lagi Pak Halim ke hutan untuk mencari kayu. Kali ini, dia datang bersama dengan isterinya, Mak Leha. Sesampai di kolam yang pernah dia kehilangan kapak di situ, Mak Leha kehausan dan meminum air dari kolam tersebut. Sedang mengambil air dengan tapak tangannya, tiba-tiba Mak Leha tergelincir dan jatuh ke dalam air.

Pak halim berusaha hendak menyelamatkan Mak Leha, tetapi tidak berdaya. Dia amat sedih dan menangis teresak-esak di situ.

Tidak lama kemudian, bunian yang pernah membantunya datang.

"Kenapa kamu menangis?" soal bunian.

"Isteriku jatuh ke dalam kolam ini. Itulah satu-satunya isteri yang aku amat sayangi", jawab Pak Halim

"Aku akan membantu kamu. Jangan risau", ujar bunian itu ringkas.

Tiba-tiba bunian itu hilang. Tidak lama kemudian, dia timbul dengan seorang gadis yang mukanya seperti Aishwarya Rai.

"Apakah ini isteri kamu", soal bunian itu.

"Ya.. ini isteriku, Mak Leha", secepat kilat Pak Halim mengaku.

Tindakankan Pak Halim itu menyebabkan bunian marah.

"Sungguh ku tak sangka, dahulu kamu begitu jujur, tetapi kini sudah menjadi tamak", bunian kemarahan.

Dalam kesedihan itu, Pak Halim menjawab, "aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak', nanti kamu akan datangkan perempuan seperti Siti Nurhaliza. Kalau aku katakan 'tidak' pula, baru kamu akan datangkan Isteriku, Mak Leha. Bila aku katakan 'ya', nanti kamu akan serahkan ketiga-tiga perempuan ini kepadaku. Aku orang miskin. Aku tak mampu nak jaga tiga orang isteri sekaligus".

"Ggrrrr...err..err", blur bunian.

Sekian

p/s : ini cerita dongeng.

Wallahu ’Alam

Isnin, Mac 08, 2010

SUMBANGAN TABUNG BIK TON

Makluman Kepada Semua Warga Apecer

Pelancaran "TABUNG KEBAJIKAN BIK TON" akan dibuat serta merta mulai hari ini.

(Sumbangan Minima RM10.00)
Sila serahkan sumbangan anda terus kepada Sdr. Najib secara tunai atau bank in ke akaun beliau kemudian maklumkan secara sms jumlah sumbangan.



Maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (hadis riwayat : Imam Ath-Thabrani)


Sekian, harap maklum

Jumaat, Februari 26, 2010

MAJLIS BACAAN TAHLIL & QULHU


Dijemput kepada semua warga cerbon untuk menghadiri majlis di atas di rumah arwah Ayahanda Udin@Subari pada 25, 26 & 27 Februari 2010, lepas Isyak.

Apecer juga boleh membaca Qulhu di rumah masing-masing dan jumlahnya boleh dimaklumkan kepada Hj. Mokhti (Nazir)

Dari Auf bin Malik ia berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w, (setelah selesai salat jenazah) bersabda: “Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air sejuk dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka” (hadis riwayat Imam Muslim)


Sekian, harap maklum.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Dijemput kepada semua warga cerbon untuk menghadiri majlis walimatul urus seperti berikut :

Tuan Rumah : Ayahanda Romli b. Margumi
Tarikh : 27 Februari 2010 (AHAD)
* Kejubus hari Sabtu.
Masa : 8.00 pagi sampai 5.00 petang

Semoga kehadiran anda dapat menambah seri lagi majlis tersebut.

Hadis riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda,“Apabila dijemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.


Sekian, harap maklum.

*apecer sila pakai baju rasmi.


Khamis, Januari 28, 2010

BOWLING APECER @ IOI MALL PUCHONG

Tempat :
IOI MALL PUCHONG

Tarikh :
6hb Feb. (Sabtu)

Masa :
8.00 malam

Bayaran :
RM20.00 sahaja



SAPA ADA BRAN TURUN LA!!!




Ahad, Januari 10, 2010

HARI JUMAAT YANG SPOIL

HARI JUMAAT YANG SPOIL

Peluh berjurai-jurai. Ahmad masih lagi berada di sawah untuk menyelesaikan tugas hariannya. Dia terlupa, hari tersebut adalah hari jumaat.

"Mad.. hang tak pegi sembahyang ka?" tiba-tiba terdengar teriakan Haji Somad yang lalu di situ. Dia pakai baju melayu, berkopiah dan berkain pelikat.

"Aku nak sembahyang pukul 3 nanti la.. kerja banyak lagi ni" jawab Ahmad.

"Kepala hotak hang. Mana ada solat jumaat pukul 3" balas Haji Somad.

"Laaa... aku lupa la.. macam mana boleh terlupa hari ni, hari jumaat" bisik hati Ahmad.

"Woit... aku terlupa la, hari ni, hari jumaat" kata Ahmad kepada Haji Somad.

Ahmad segera bergegas balik ke rumah. Bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat di masjid kampung.

Dilihat pada jam dinding sudah mencecah pukul 1:05 tengahari. Pada hari itu, waktu solat zohor masuk pada pukul 1:20. Nampaknya, Ahmad memerlukan 15 minit untuk mandi, pakai pakaian dan bergegas ke masjid.

Setelah siap, Ahmad terus memakai topi keledar, dan naik motor, memandu laju ke masjid.

Sesampai sahaja di masjid, kelihatan para jemaah sedang menunaikan solat. Dia ketinggalan khutbah.

Belum sempat imam rukuk lagi, dengan segera Ahmad naik atas masjid, dan bertakbiratul ihram.

"Lega aku dapat rakaat ngan imam hari ni" bisik hati Ahmad.

Dia pun membaca fatihah. Tidak sempat habis, imam pun rukuk, lalu dia pun turut rukuk.

Semasa dia rukuk, terlihat di kakinya, menyebabkan hatinya berkata, "alamak... macam mana aku boleh terlupa buka selipar ni"

Perlahan-lahan dia buka selipar.

Ketika imam sujud pula, tiba-tiba "bummm"

Rupa-rupanya, Ahmad terlupa nak pecat topi keledar.

Sekian....

Al-Bakistani