Seorang pesakit yang akan dibedah kerana sakit barah yang sedang dihidapinya. Di dalam bilik bedah sedang menunggu kehadiran doktor bedah, jantungnya berdegup kencang, mukanya kepucatan dan perasaan takut mencengkam jiwanya.
Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.
"Apa khabar, awak sihat?" soal doktor lelaki itu.
"Baik tuan doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.
"Ehh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" soal doktor itu lagi.
"Ya doktor..."
"Ehmm, kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar doktor itu memberi motivasi.
"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah, tu yang saya rasa takut sikit tu"
"Eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je.. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.
Sekian, wallahu a'lam..
Rabu, April 18, 2012
Rabu, April 11, 2012
CARA RASULULLAH TERTAWA
"Imam at-Tirmidzi di dalam kitabnya yang masyhur, Syama’il Muhammadiyyah telah menyenaraikan beberapa hadith yang menggambarkan cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa dan bergurau.
Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut:
CARA RASULULLAH TERTAWA
`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:
“Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya tersenyum.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya, aku tahu orang yang pertama masuk ke dalam syurga dan yang paling akhir keluar dari neraka. Pada Hari Akhirat nanti, seseorang akan dipanggil lalu perintah diberikan kepada malaikat: ”Tunjukkan kepadanya dosa-dosa kecil yang sudah dia lakukan dan sembunyikanlah dosa-dosa besarnya.”
Orang itu diberitahu: ”Pada hari sekian…kamu telah melakukan ini… dan ini…”
Dan orang itu akan mengaku semuanya. Pada masa yang sama, dia juga berasa bimbang dengan dosa-dosa besarnya. Selepas itu, perintah selanjutnya (kepada malaikat): ”Berikanlah kepada dia pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya.”
Orang itu berkata: ”Sesungguhnya masih ada lagi dosa-dosaku yang tidak diperlihatkan.”
Abu Dzar berkata: ”Pada masa itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga ternampak gigi geraham Baginda.” (HR at-Tirmidzi dan Abu Daud) - Hadith ini bertaraf sahih.
Jarir bin `Abdullah berkata yang maksudnya:
“Semenjak aku memeluk Islam, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tidak pernah menghalang aku mengunjungi Baginda. Apabila melihatku, Baginda selalu tersenyum.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
`Abdullah bin Mas`ud melaporkan, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah, “Pergilah ke Syurga.” Orang itu pun pergi ke Syurga. Namun, dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah yang ada di Syurga. Dia mengadu kepada TUHANnya, “Wahai TUHANku, sudah ada orang di rumah-rumah itu.”
Orang itu ditanya, “Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu dia diperintahkan kepadanya, “Bayangkanlah (kemahuanmu)!” Orang itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian, TUHAN berkata kepadanya, “Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.” Orang itu membalas, “Wahai TUHANku! Adakah ENGKAU sedang mempermain-mainkan aku, padahal ENGKAUlah Sang Penguasa?”
`Abdullah bin Mas`ud berkata: ”Ketika itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga terlihat gigi geraham Baginda.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.
Langgan:
Catatan (Atom)