Selasa, Julai 31, 2012

Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah swt, kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan penuh kemuliaan, keberkatan, kerahmatan serta limpahan maghfirah yang jarang kita jumpa di bulan yang lain. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad bin Abdullah, nabi akhir zaman yang membawa obor kesejahteraan kepada sekalian manusia.

Manusia ( insan ) sifatnya adalah pelupa. Maka dengan kehadiran bulan Ramadan ini marilah kita saling ingat mengingati sesama kita, menegur kesilapan yang timbul, merapatkan jurang yang jauh dan mengakrabkan tali persaudaraan yang terjalin sudah. Sifat-sifat mulia di atas tadi jika sekiranya dipupuk dan disemai sepanjang masa, nescaya menghasilkan faedah dan manfaat yang tersangat besar. Inilah tarbiyah yang diajar di dalam 'Madrasah Ramadan'. Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita telah pun melupakannya sedikit demi sedikit. Barangkali, benarlah kata-kata ulamak " jikalau boleh biarlah sepanjang tahun adalah bulan Ramadan".

Dikesempatan yang ada, dalam fasa yang kedua ini marilah kita sama-sama bermuhasabah, post porterm, menilai, merenung dan melipatgandakan lagi amal ibadah kita serta memperkukuh tali persahabatan bahkan dalam masa yang sama melempar jauh keporak-perandaan, bibit-bibit noda dan dosa, keruntuhan dan kebejatan di dalam kalangan kita bersama. Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai era baru perubahan yang lebih positif, proaktif, dan berkesan dalam diri kita serta orang di sekelilingnya. Semoga kita tidak lagi "kerugian" dalam menagih Rahmat, Maghfirah dan Itqun Minan Narr ( Pelepasan api neraka ) daripada yang Maha Esa. Ramadan Kareem, Allahu Akram

Isnin, Jun 18, 2012

UBAT TIDUR

Sedang tidur nyenyak, tiba-tiba Ahmad dikejutkan oleh isterinya.

“Bang..bang bangun bang” kejut Isteri Ahmad, Zainab tergesa-gesa

Dalam ‘mamai’, Ahmad bertanya, “eh.. apa awak kejutkan saya pukul 3 pagi ni?”

“Kan doktor pesan, supaya abang kena makan ubat sebelum tidur”

“Makan ubat? Ubat apa?”

“Ubat tidur !!!”

“&^%@#%$”

Selasa, Mei 15, 2012

KAKAK TUA YANG DIAM

Hamdi cukup berminat dengan burung kakak tua. Minatnya bermula ketika dia hadir ke rumah sepupunya Ahmad yang membela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap. Melihat dan mendengar celoteh burung kakak tua kepunyaan Ahmad itu, menyebabkan Hamdi menanam cita-cita untuk membeli seekor burung kakak tua.

Pada suatu petang, dia telah ke bandar untuk membeli seekor burung kakak tua. Apabila sampai di kedai menjual burung, dia dapati dalam kedai itu terdapat dua ekor burung kakak tua. Diperhatikan, satunya sering menyanyi, dan yang satu lagi hanya diamkan diri sahaja.

"Tuan, berapa harga burung kakak tua ini?" Soal Hamdi sambil mengisyaratkan kepada buruk kakak tua yang sering menyanyi.

"Yang ini harganya RM500 sahaja," jawabnya ringkas.
 

Dalam fikiran Hamdi, mungkin burung kakak tua yang diam itu lebih murah, kerana mesti burung kakak tua yang pandai menyanyi lebih mahal.

"Oooo.. yang diam ni pula, berapa pula harganya?" soal Hamdi untuk kepastian harga.

"Yang ni, harganya RM1000"

"Aikkk.. kenapa yang diam ni lebih mahal berbanding yang pandai menyanyi." Hamdi terkejut bertanya.

"Yaa... sebab yang diam ni adalah pencipta lagunya" jawab tuan kedai itu selamber.
 

Sekian, Wallahu 'Alam

Rabu, Mei 09, 2012

OH TUHAN, KAU SEMEMANGNYA WUJUD

Marzuki tidak mempercayai kewujudan tuhan. Walaupun dari keluarga beragama, tetapi hati kecilnya sering mempertikaikan tindakan ibu bapanya yang sering menunaikan solat. Padanya, menunaikan solat adalah kerja buang masa; menyembah sesuatu yang sebenarnya tiada.

Apabila ibu atau bapanya menyuruh dia menunaikan solat. Dia akan masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat. Dia diam dalam bilik dengan tidur sahaja. Apabila ibunya bertanya, apakah dia sudah menunaikan solat. Tanpa timbul perasaan bersalah, dia menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia sudah menunaikan solat.

Ternyata Allah maha berkuasa. Pergerakan hati itu dibawah kekuasaan-Nya. Dia memberi hidayah kepada siapa yang Dia sayang. Mereka yang terpilih, wajar bersyukur kepada-Nya.

Marzuki ditimpa kemalangan yang agak hebat. Dia dimasukkan dalam hospital. Dia koma hampir seminggu.

Ketika dalam wad, dia dijaga oleh seorang jururawat berpakaian muslimat. Wajahnya ayu, cantik dan menawan. Melihat kepada gaya bercakap dan tingkah laku jururawat itu, hati marzuki mula terusik. Hatinya mula tertarik.

Jururawat itu bernama Aminah. Apabila jururawat lain merawatnya, hatinya sering merasa “frust”. Namun, melihat Aminah, hatinya cukup berbunga kegirangan dan gembira sekali.

Dia menanam hasrat untuk memperisterikan Aminah, namun tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan kepada Aminah akan hasrat hatinya. Dia sentiasa berharap agar suatu masa nanti, dia Berjaya menyatakan hasratnya kepada Aminah, seterusnya memperisterikan Aminah. Cinta Marzuki suci. Cintanya tidak mengharapkan balasan.

Dalam rindu dendam sering berlegar dalam diri Marzuki, satu hari Aminah dilihat dikunjungi seorang jejaka. Melihat keadaan itu, perasaan cemburu mula tertimbul dalam diri Marzuki. Hatinya tidak tenang melihat keadaan itu.

Dia mula merisik dan bertanya khabar tentang hal itu. Ternyata, berita yang dia dapat bahawa Aminah sudah bertunang. Dia pasrah dengan berita itu.

Hatinya begitu remuk sekali. Sedih dan pasrah semakin menekan jiwanya. Dalam keadaan begitu, tidak semena-mena, hati kecilnya berdoa, “wahai Tuhan, kuatkan hatiku ini”

Setelah mengungkapkan doa itu, dia tersentak. Dia terkejut, dalam keadaan tanpa dia sedari, dia telah mengakui bahawa kewujudan Tuhan. Ternyata, tuhan itu tidak boleh dibuang dalam hidup manusia.

Manusia lupa tuhan, malahan boleh menganggap tiada, ketika mereka dalam kesenangan. Tetapi, dikala mereka susah, tanpa mereka sedari, tuhan yang mereka tolak itu adalah tempat mereka memohon harap.

Wahai Tuhan !! kuatkan iman kami.. Amin..

Sekian

Wallahu alam.

Rabu, April 18, 2012

DOKTOR YANG SELAMBERR

Seorang pesakit yang akan dibedah kerana sakit barah yang sedang dihidapinya. Di dalam bilik bedah sedang menunggu kehadiran doktor bedah, jantungnya berdegup kencang, mukanya kepucatan dan perasaan takut mencengkam jiwanya.

Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.

"Apa khabar, awak sihat?" soal doktor lelaki itu.

"Baik tuan doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.

"Ehh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" soal doktor itu lagi.

"Ya doktor..."

"Ehmm, kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar doktor itu memberi motivasi.

"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah, tu yang saya rasa takut sikit tu"

"Eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je.. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.

Sekian, wallahu a'lam..

Rabu, April 11, 2012

CARA RASULULLAH TERTAWA


"Imam at-Tirmidzi di dalam kitabnya yang masyhur, Syama’il Muhammadiyyah telah menyenaraikan beberapa hadith yang menggambarkan cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa dan bergurau.

Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut:

CARA RASULULLAH TERTAWA

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya tersenyum.” (HR at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.

Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya, aku tahu orang yang pertama masuk ke dalam syurga dan yang paling akhir keluar dari neraka. Pada Hari Akhirat nanti, seseorang akan dipanggil lalu perintah diberikan kepada malaikat: ”Tunjukkan kepadanya dosa-dosa kecil yang sudah dia lakukan dan sembunyikanlah dosa-dosa besarnya.”

Orang itu diberitahu: ”Pada hari sekian…kamu telah melakukan ini… dan ini…”

Dan orang itu akan mengaku semuanya. Pada masa yang sama, dia juga berasa bimbang dengan dosa-dosa besarnya. Selepas itu, perintah selanjutnya (kepada malaikat): ”Berikanlah kepada dia pahala kebaikan bagi menggantikan setiap kesalahan yang dilakukannya.”

Orang itu berkata: ”Sesungguhnya masih ada lagi dosa-dosaku yang tidak diperlihatkan.”

Abu Dzar berkata: ”Pada masa itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga ternampak gigi geraham Baginda.” (HR at-Tirmidzi dan Abu Daud) - Hadith ini bertaraf sahih.

Jarir bin `Abdullah berkata yang maksudnya:

“Semenjak aku memeluk Islam, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tidak pernah menghalang aku mengunjungi Baginda. Apabila melihatku, Baginda selalu tersenyum.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.

`Abdullah bin Mas`ud melaporkan, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya aku mengetahui penghuni neraka yang paling akhir keluar, iaitu seseorang yang keluar dari situ dengan merangkak. Lalu, dia mendapat perintah, “Pergilah ke Syurga.” Orang itu pun pergi ke Syurga. Namun, dia melihat sudah ada orang di rumah-rumah yang ada di Syurga. Dia mengadu kepada TUHANnya, “Wahai TUHANku, sudah ada orang di rumah-rumah itu.”

Orang itu ditanya, “Adakah kamu ingat kehidupanmu semasa di dunia?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu dia diperintahkan kepadanya, “Bayangkanlah (kemahuanmu)!” Orang itu pun membayangkan keinginannya. Kemudian, TUHAN berkata kepadanya, “Kamu mendapat apa yang kamu mahukan, bahkan sepuluh kali ganda daripada yang ada di dunia.” Orang itu membalas, “Wahai TUHANku! Adakah ENGKAU sedang mempermain-mainkan aku, padahal ENGKAUlah Sang Penguasa?”

`Abdullah bin Mas`ud berkata: ”Ketika itu, aku melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa sehingga terlihat gigi geraham Baginda.” (HR al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) - Hadith ini bertaraf sahih.

Rabu, Mac 28, 2012

          

JEMPUTAN KE WALIMATUL U'RUS @ SABTU &AHAD, 07 & 8 /4/2012

Asmah bt. Rajimun & Azuan b. Subari (Adik)


Dengan Segala Hormatnya Kami Menjemput
Y.B. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

"KANCA BATUR"
(Kejubos dina Setu & Ahad)


Suami Isteri dan Seisi Keluarga
Hadir Memeriahkan
Majlis Walimatul Urus Anakanda/Kekanda kami

Mohd. Azhar bin Subari
dengan

Siti Nor fatimah binti Abdullah Sani

Pada

Ahad, 8 APRIL 2012
bersamaan
16 Jamadilawal 1433 Hijriah

Di Kediaman kami
No.722, Jalan Tanah Lesen
Sg. Tengar Barat
45100 Sg. Air Tawar
Sabak Bernam
                                                                  Selangor Darul Ehsan