Jumaat, Julai 29, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG


Assalamualaikum...

Semalam memandu dari Klang ikut Jalan Kota Raja, Kg. Jawa. Sebelum sampai Masjid Kampung Tok Dagang dekat rumah Ustaz Aen, mata tertarik pada satu banner yang digantung di pagar sebuah surau kecil..

IKLAN JAWATAN KOSONG


Pemohon adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong berikut :


MAKMUM SOLAT FARDHU LIMA WAKTU

Gaji (sehari) : 27 kali ganda x 5 waktu = 135 kali ganda
Elaun Perjalanan : 1 langkah dikira 1 pahala
Elaun lain : pahala iktikaf, solat tahiyatul masjid, zikir, baca quran

Adeihhh... terasanya aku...

Wassalam.

Isnin, Julai 11, 2011

MAJLIS TAHLIL ARWAH AYAHANDA HJ. MOKHTAR

Majlis tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 23 Julai 2011 / 21 Sya'ban 1432H
Hari : Sabtu Malam Ahad
Waktu : Maghrib - Isyak
Tempat : Surau Kg. Cerbon

Semua Warga Kampung Cerbon dan Anak-anak Muda Dijemput Hadir.

Wassalam, terima kasih.

Jumaat, Julai 08, 2011

GAMBAR RUMAH AH HOCK




Walaupun keluarga Ah Hock ni bukan saudara seagama dengan kita, perasaan simpati dan kasihan harus ada pada hati kita. Inilah sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. yang berbelas kasihan kepada seluruh makhluk Allah s.w.t.

Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah, jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah dan jiran yang kafir.


Jadi foto di atas itu sebagai gambaran rumah keluarga Ah Hock yang terbakar untuk sesiapa yang masih belum berkesempatan melihatnya.