Isnin, September 19, 2011


"KORBAN PERDANA APECER 2011"

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat APECER..
pada Hari Raya Idul Adha ini kami sekali lagi insya'allah akan menjalankan ibadah korban perdana apecer 2011.
Harga bagi satu bahagian adalah RM350 termasuk "ngesop", jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh lah berhubung dengan Sdr. Khalid dan Sdr. Hisham@Black.

Pembayaran boleh dilakukan secara tunai ataupun 'bank-in' ke Akaun PBB: 4916919106 (Mohd Norhisam bin Hasan).
Sebarang pertayaan boleh hubungi Sdr. Khalid (019-617 2703) atau Sdr. Hisam@Black (019-306 2466).

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 1 NOVEMBER 2011

Akhir sekali kami di APECER mengucapkan selamat menjalani ibadah korban dan selamat hari raya Idul Adha.....


HANYA TINGGAL "1 BAHAGIAN" UNTUK DIREBUT!!!!!!
CEPATTTTT!!!!! REBUT PELUANG KEEMASAN YANG DATANG SETAHUN SEKALI SEHINGGA KITA DIBERI PELUANG!!!!

SILA HUBUNGI SDR. BLACK ATAU KHALID UNTUK 1 BAHAGIAN AKHIR

Isnin, Ogos 15, 2011

TAK PERLU PUASA JIKA TIADA ORANG

Suatu hari seorang murid datang bertemu dengan ustaznya lalu bertanya:


“Ustaz, boleh tak kalau saya tak payah puasa?”


Si Ustaz yang sedang mengulangkaji kitab miliknya, terus memandang murid berkenaan dengan wajah yang pelik bercampur terkejut. Rasa macam nak marah pun ada. Namun, si Ustaz cuba bersabar sambil beliau mengurut dadanya.


“Kenapa kamu bertanya soalan itu?” tanya si Ustaz.


“Alaa Ustaz, sengaja saya tanya, mana tahu Ustaz ada jawapannya” jawab si murid itu tadi dengan gaya sedikit loyar buruk.


“Ooo…ada, ada. Ada satu keadaan yang mana apabila kamu bertemu dengan keadaan ini, kamu tidak perlu puasa. Malah lain-lain ibadah juga tak perlu.” Si Ustaz memberikan jawapan kepada persoalan murid itu.


“Masa bila tu Ustaz?” murid itu teruja.


“Kamu tak perlu puasa jika tiada orang” Ustaz memberikan jawapan sambil mengangguk-angguk kepalanya perlahan.


“Ye ke Ustaz. Habis tu saya kena cari tempat yang takde oranglah ye Ustaz?” si murid meminta kepastian sambil membulatkan matanya.


“Ya. Contohnya apabila kamu masuk ke dalam bilik yang di dalamnya tiada orang, maka kamu tak perlulah puasa. Malah solat dan lain-lain ibadah pun tak perlu dilakukan.” tambah si Ustaz.


Keterujaan si murid itu jelas terpancar dari wajahnya, walaupun dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya itu. Terpacul kalimah “yes!!!” dari mulutnya antara dengar dan tidak.


Dua saat selepas itu, si Ustaz lalu berkata sambil mnyentuh bahu si murid itu:


“Dalam bilik yang kamu kata tiada orang tu, tentunya kamu satu-satnya yang ada di dalam bilik itu kan?” Si Ustaz menyambung.


“Ya Ustaz. Tinggal saya sahaja. Bolehlah tak puasa Ustaz kan?” Murid itu menjawab dengan pasti lalu meminta kepastian tentang perkara yang menjadi minatnya sejak awal perbualan tadi.


“Nanti dulu. Sebelum kamu mahu kata kamu tidak perlu berpuasa, kamu kena pastikan betul-betul tiada orang di dalam bilik itu. Cuba kamu cerminkan wajah kamu dahulu. Kalau imej dalam cermin tu menunjukkan bukan orang, senang cakap haiwanlah, maka kamu tak perlulah puasa. Tapi jika imej yang kamu nampak itu adalah orang iaitu manusia, maka kamu mesti menunaikan puasa dan lain-lain ibadah. Tak boleh tinggal!!!” jelas si Ustaz dengan nada yang lemah lembut tetapi tegas.


Si murid mengerut dahi, berfikir.


“Agak-agak apa yang kamu nampak? Orang atau haiwan?” si Ustaz terus menyambung dengan bertanya kepada murid tersebut dengan nada bergurau.


“Tentulah saya nampak orang, Ustaz. Takkanlah saya nampak haiwan…” jawab si murid tersebut dengan nada perlahan sambil menundukkan wajahnya. Beliau faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Ustaznya itu.


Ingat tuan/puan sekalian, selagi kita ini bergelar manusia, maka selama itulah kita wajib tunduk dan patuh dengan kehendak pencipta kita, iaitu ALLAH. Haiwan tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) ke atasnya akan segala perintah dan larangan Tuhan. Sebaliknya kitalah yang manusia ini mesti menjalankan semua perintah dan suruhan ALLAH `Azza wa Jalla. Serta menjauhi segala laranganNYA.


ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan tidak AKU jadikan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKU” (Surah Adz-Dzariyaat, 51:56)


Fikir-fikirkan. Allahu A`lam.

Jumaat, Julai 29, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG


Assalamualaikum...

Semalam memandu dari Klang ikut Jalan Kota Raja, Kg. Jawa. Sebelum sampai Masjid Kampung Tok Dagang dekat rumah Ustaz Aen, mata tertarik pada satu banner yang digantung di pagar sebuah surau kecil..

IKLAN JAWATAN KOSONG


Pemohon adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong berikut :


MAKMUM SOLAT FARDHU LIMA WAKTU

Gaji (sehari) : 27 kali ganda x 5 waktu = 135 kali ganda
Elaun Perjalanan : 1 langkah dikira 1 pahala
Elaun lain : pahala iktikaf, solat tahiyatul masjid, zikir, baca quran

Adeihhh... terasanya aku...

Wassalam.

Isnin, Julai 11, 2011

MAJLIS TAHLIL ARWAH AYAHANDA HJ. MOKHTAR

Majlis tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 23 Julai 2011 / 21 Sya'ban 1432H
Hari : Sabtu Malam Ahad
Waktu : Maghrib - Isyak
Tempat : Surau Kg. Cerbon

Semua Warga Kampung Cerbon dan Anak-anak Muda Dijemput Hadir.

Wassalam, terima kasih.

Jumaat, Julai 08, 2011

GAMBAR RUMAH AH HOCK




Walaupun keluarga Ah Hock ni bukan saudara seagama dengan kita, perasaan simpati dan kasihan harus ada pada hati kita. Inilah sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. yang berbelas kasihan kepada seluruh makhluk Allah s.w.t.

Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah, jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah dan jiran yang kafir.


Jadi foto di atas itu sebagai gambaran rumah keluarga Ah Hock yang terbakar untuk sesiapa yang masih belum berkesempatan melihatnya.

Rabu, Jun 29, 2011

DANA PEMBINAAN SURAU SAM PARIT BARU


Ha... ingat lagi tak kita pada Tuan Guru Ust. Muhajir, Tuan Guru Ust. Rahmat, Tuan Guru Ust. Solihin dan lain-lain mantan tuan guru SAM Parit Baru... kalau ingat baguslah... sebab kerana usaha dan doa tuan-tuan guru itulah yang 'memanusiakan' kita pada hari ini.

PIBG SAM Parit Baru sekarang ini sedang berusaha untuk mencari dana bagi pembinaan dan penambahan surau sekolah. Oleh itu kepada rakan-rakan Apecer yang ingin menginfaqkan harta bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi pihak sekolah untuk tujuan sumbangan...insyaAllah. Setiap keping resit kopun bernilai RM5.00, dan rakan-rakan boleh membuat sumbangan ketika balik kampung nanti...

Sekian, terima kasih.

Ahad, Jun 26, 2011

FB APECER


Ni lah geng pesbuk apecer...
tinggal aku & paklam je la kat sini.. huhu
tu pun kalau paklam tak lari...
bukan boleh pecaya sangat paklam tu...

Sabtu, April 16, 2011

Rasulullah SAW : Uswatun Hasanah

"Suatu ketika, Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi Baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi Baginda yang serta-merta Baginda sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, Ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?”. ”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul. ”Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” baginda rasakan masih tidak cukup lagi, lalu Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Umar dan sahabat terperanjat buat seketika. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil inilah yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul, ”suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan,“ Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, Ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku dapat katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?

Baginda mengalihkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.”
Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat Baginda terdiam seketika, ada yang menangis teresak-esak kerana terharu.

Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.

Selasa, Mac 08, 2011

TENTATIF AKTIVITI APECER 2011

Assalamualaikum wrt wbt..

Rakan-rakan APECER yang dihormati sekelian. Pihak sekreteriat APECER telah merancang beberapa program induk yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 ini. Antara program tersebut:

1) Kutipan Sumbangan Dana untuk Pinggan Mangkuk
(Minimum RM40.00/Peserta)

Kutipan ini bertujuan untuk membeli dan melengkapkan pinggan mangkuk. Projek ini khususnya dikendalikan oleh APECER dari sudut kutipan, sewaan dan pinjaman sama ada di majlis kenduri perkahwinan atau arwah. Peserta digalakkan untuk menyumbang dana sebanyak minimum RM40 seorang. Surat makluman telah diedarkan kepada semua warga Cerbon.

Peserta yang berminat boleh membuat pembayaran kepada Sdr. Abd Rahim Bin Bakri melalui Akaun Maybank: 162179004557 atau dibayar terus kepada Sdr. Mohd Salleh ('Runner').


2) Bil Utiliti (Elektrik & Air) Surau
(Minimum RM40.00/Peserta)

Kutipan ini bertujuan untuk meringankan sedikit tanggungan pihak pengurusan surau. Jumlah yang telah disepakati adalah sebanyak minimum RM40 untuk setahun bagi setiap peserta.

"Sesungguhnya Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada Tangan yang di bawah (menerima)".

Mudah-mudahan kita bersama beramal seterusnya merealisasikan tujuan program tersebut. Amin.....