Rabu, November 24, 2010

PERUTUSAN IDUL ADHA DAN SENDA GURAU KURBAN EDISI ke-2 1431H

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar, Walillahilhamd… Segala puji bagi Allah (AWJ), kerana kita dapat bertemu dengan salah satu bulan ‘huruma lil qital’ (bulan-bulan diharamkan berperang), serta pelbagai keistimewaan di dalamnya terutama sekali ‘FaradHal Hajj’


Alhamdulillah, dengan kenikmatannya juga kita dapat melempiaskan sekelumit tuntutan ‘kurban’ yang telah disyariatkan Allah terhadap Nabi Ibrahim a.s terhadapnya anaknya yang dicintai iaitu Nabi Ismail a.s. Sungguhpun masih agak jauh nilai kurban tersebut bersaksilah; kita telah menyahut seruan ilahi dengan tulus dan mulus.


Namun begitu, pelbagai ‘ragam dan senda gurau’ berlaku disepanjang edisi kurban tahun ini. Adapun paparan ini bukan bertujuan untuk ‘mengaib’ dan ‘melondeh’ segala keburukan yang jelas nyata terpampang tetapi hakikatnya ianya perlu diambil sebagai iktibar dan pengajaran walaupun telah lama menjalar ‘kanser’ di dalam perut.

Maaf kawan-kawan, tulisan ini memang panjang ('confirm') sebab dah lama tidak menulis dalam blog ni.


Pertama; masalah di qariah kita yang tercinta. Mungkin ramai yang tidak mengetahui hal yang sebenar. Biarlah yang sebenar itu berlaku antara meraka dan saudara mereka sahaja. Bukan apa, perkara ini sudah berulang kali berlaku masalah pertelingkahan yang hanya melibatkan hal2 kecil yang boleh dianggap ‘sampah’ tetapi diperbesarkan!!! Masyarakat kampong bukan ramai mana pun; pandang kanan-kiri dah bertembung batang hidung. Apa nak jadilah bapak-bapak kita nih.. Ya Allah..


Kedua; Kisah tragis pertama dan seumpamanya, seorang ahli kariah dilanggar lembu kurban. Memang rencam dengan duka nestapa tidak kurang dengan jentik hilai tawa dari orang kampong. Tetapi harus diingat, segala ini ketentuan dari yang maha Esa. Didoakan semoga saudara kita cepat sembuh.


Ketiga; This is hot and hottest!!! Pihak seketeriat APECER mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan orang kampong yang sama-sama bertungkus lumus melaksanakan ibadah kurban sehingga penghujungnya. Memang berbaloi melapah, mengerat, menimbang dan mengagihkan daging kurban dengan curahan keringat yang banyak. Mudah-mudahan Allah akan membalas pahala setimpalnya.


Itu baru muqaddimah dan yang ini baru isinya.


Di dalam keriahan dan keberkesanan pembahagian daging dengan system yang agak baru, namun terdapat juga cacat cela semasa pembahagian. Masih ada lagi yang terlepas ('smuggler') dengan ‘mencilok’ beberapa bahagian walaupun telah diuar-uarkan keburukan tindakan itu. Mungkin ini telah menjadi satu tradisi hidupnya, menangguk di air yang jernih (semangat gotong-royong).


Seusai hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah), berita yang agak mengejutkan, ada ahli qariah kampong yang tidak dapat daging!!! Bukan seorang tetapi dua. Persoalannya, ke mana perginya daging tersebut? Atau ada ‘komuniskah’ di tengah-tengah jalan yang menghalang dan mencuri? Atau memang telah berlaku ‘smuggle’ di luar penglihatan CCTV manusia? Sedang sewaktu pembahagian, nama telah disebut dan diminta ahli qariah atau jiran terdekat menghantarkan.


"Ingatlah! sesungguhnya ibadah kurban besar pahalanya, dan orang yang mengambil hak orang lain juga besar dosanya". Maka mari kita sama-sama serahkan kepada yang maha Esa untuk menghakiminya.


Kesimpulannya: Hakikatnya inilah dugaan kita di dunia ni. Walau pun kita rasa sudah buat yang terbaik namun masih ada makhluk yang cuba untuk merosakkan keindahan tersebut.


Cadangan

Di sini penulis ingin memberi sedikit cadangan untuk program ibadah kurban edisi seterusnya untuk tahun-tahun hadapan:

  • 1. Guna pakai sistem tahun ini dan buat sedikit penambaikan iaitu tulis nama pada plastik bungkusan dan pembahagian diurus oleh geng APECER dengan membawa gerabak dan dihantar ke rumah ahli qariah, orang yang uzur dan sakit.

  • 2. Menjemput seluruh ahli qariah (laki dan perempuan) untuk sama-sama bergotong royong melaksanakan kerja ibadah ini. Misalnya lelaki bahagian melapah dan membahagi, manakala perempuan membasuh, memasak nasi, sup atau seumpamanya.

  • 3. Skim ibadah kurban. Iaitu dicadangkan ahli qariah seramai 7 orang mengumpul wang sebulan RM30/35 x 10 bulan untuk ibadah kurban tahun hadapan. Terbuka kepada ahli qariah dan geng APECER.

  • 4. Makan sup, mungkin boleh diubah waktunya pada siang hari kerana sambutan agak dingin pada sebelah malam.

  • 5. Jersi seragam; boleh difikirkan membuat sehelai t-shirt untuk geng APECER dan ahli qariah kampong ketika ibadah kurban. Sumbangan boleh difikirkan selepas ini.

Semoga segala tindak tanduk dan amalan kita di dalam mengerjakan suruhan-Nya akan dibalas sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam...

Isnin, November 15, 2010

SAJA NAK BAGI INGAT KAMPUNG

Nah tengok gambar kampung kita dulu-dulu...
Saja nak bagi hangat sikit bior hati tu ingat kampung..haha


Ni gambar mak-mak kita...

Kalau tak cukup teruja lagi, ni satu lagi gambar masa korang main stemberol..kaka