Selasa, Jun 22, 2010

MAKLUMAT AWAL KENDURI JEMEK


Assalamualaikum wrh. wbr. dan Salam 1 Malaysia

Ini adalah maklumat awal berkenaan konvoi mengiringi Sdr. Azmil @ Jemek ke rumah pengantin perempuan,

Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam
Masa Berkumpul : 10.00 pagi
Pakaian : Baju rasmi Apecer
Inchargeman : Sdr. Paklam

harap semua Apecer bersiap sedia....


Sekian.

Isnin, Jun 21, 2010

KATA-KATA SAIDINA UMAR

TIDAK BAIK 10 PERKARA MELAINKAN DENGAN 10 PERKARA

Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'

Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU

Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.

Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN

Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN

Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN

Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA

Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH

Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK

Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUk


Sekian, wassalam.

Jumaat, Jun 18, 2010

DOA MERINGANKAN BEBAN HUTANG


Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.

Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud )

Dipetik dari blog Ust. Shauqi