Selasa, Mac 30, 2010
AKU TIDAK TAMAK
“AKU TIDAK TAMAK”
Pak Halim ke hutan mencari kayu. Dia membawa sebilah kapak. Di dalam hutan tersebut, terdapat satu kolam air. Sesampai di kolam tersebut, kapak Pak Halim jatuh.
Dengan jatuhnya kapak itu, menyebabkan Pak Halim amat bersedih. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil kapaknya itu.
Sedang dia berfikir, tiba-tiba muncul seorang bunian, penjaga kolam tersebut.
“Mengapa kamu menangis?” soal bunian itu.
"Kapak aku jatuh ke dalam kolam ini. Aku tidak boleh lagi mencari kayu untuk menyara hidupku. Aku terlalu miskin. Sumber kewanganku hanya dengan mencari kayu” jawab Pak Halim kesedihan.
"Kamu jangan bersedih, aku akan ambil kapak ini untuk kamu”, ujar bunian itu, menyebabkan Pak Halim agak gembira.
Tidak lama kemudian, bunian itu hilang. Kemudian, muncul balik dengan sebilah kapak daripada emas.
"Ini bukan kapakku", ujar Pak Halim.
Bunian itu menghilangkan diri, kemudian muncul dengan sebilah kapak dari perak.
"Ini juga bukan kapakku", ujar Pak Halim sekali lagi.
Bunian itu menghilangkan diri buat kali ketiga, kemudian muncul dengan kapak kepunyaan Pak Halim.
"Haa.. ini baru kapakku. Terima kasih kerana mengembalikan kapakku", Pak Halim gembira. Senyumannya sehingga kelihatan barisan gigi hadapannya.
"Aku menyangka, kamu akan mengaku kapak emas dan perak adalah kepunyaan kamu. Ternyata kamu tidak tamak dan jujur. Justeru, aku hadiahkan kapak emas dan kapak perak ini kepada kamu disebabkan kejujuran kamu itu", bunian itu menghulurkan kedua-dua bilah kapak emas dan perak kepada Pak Halim.
Pak Halim menerimanya dengan senang hati.
ISTERI
Tidak lama kemudian, sekali lagi Pak Halim ke hutan untuk mencari kayu. Kali ini, dia datang bersama dengan isterinya, Mak Leha. Sesampai di kolam yang pernah dia kehilangan kapak di situ, Mak Leha kehausan dan meminum air dari kolam tersebut. Sedang mengambil air dengan tapak tangannya, tiba-tiba Mak Leha tergelincir dan jatuh ke dalam air.
Pak halim berusaha hendak menyelamatkan Mak Leha, tetapi tidak berdaya. Dia amat sedih dan menangis teresak-esak di situ.
Tidak lama kemudian, bunian yang pernah membantunya datang.
"Kenapa kamu menangis?" soal bunian.
"Isteriku jatuh ke dalam kolam ini. Itulah satu-satunya isteri yang aku amat sayangi", jawab Pak Halim
"Aku akan membantu kamu. Jangan risau", ujar bunian itu ringkas.
Tiba-tiba bunian itu hilang. Tidak lama kemudian, dia timbul dengan seorang gadis yang mukanya seperti Aishwarya Rai.
"Apakah ini isteri kamu", soal bunian itu.
"Ya.. ini isteriku, Mak Leha", secepat kilat Pak Halim mengaku.
Tindakankan Pak Halim itu menyebabkan bunian marah.
"Sungguh ku tak sangka, dahulu kamu begitu jujur, tetapi kini sudah menjadi tamak", bunian kemarahan.
Dalam kesedihan itu, Pak Halim menjawab, "aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak', nanti kamu akan datangkan perempuan seperti Siti Nurhaliza. Kalau aku katakan 'tidak' pula, baru kamu akan datangkan Isteriku, Mak Leha. Bila aku katakan 'ya', nanti kamu akan serahkan ketiga-tiga perempuan ini kepadaku. Aku orang miskin. Aku tak mampu nak jaga tiga orang isteri sekaligus".
"Ggrrrr...err..err", blur bunian.
Sekian
p/s : ini cerita dongeng.
Wallahu ’Alam
Isnin, Mac 08, 2010
SUMBANGAN TABUNG BIK TON
Makluman Kepada Semua Warga Apecer
Pelancaran "TABUNG KEBAJIKAN BIK TON" akan dibuat serta merta mulai hari ini.
(Sumbangan Minima RM10.00)
Sila serahkan sumbangan anda terus kepada Sdr. Najib secara tunai atau bank in ke akaun beliau kemudian maklumkan secara sms jumlah sumbangan.
Sekian, harap maklum
Pelancaran "TABUNG KEBAJIKAN BIK TON" akan dibuat serta merta mulai hari ini.
(Sumbangan Minima RM10.00)
Sila serahkan sumbangan anda terus kepada Sdr. Najib secara tunai atau bank in ke akaun beliau kemudian maklumkan secara sms jumlah sumbangan.
Maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (hadis riwayat : Imam Ath-Thabrani)
Sekian, harap maklum
Langgan:
Catatan (Atom)