KENDURI WALIMATUL URUS Sila klik utk besarkan Dijemput semua APECER mengiringi bakal pengantin seterusnya iaitu Saudara Mohd Najib di Majlis Pernikahan, Persandingan dan kenduri seperti butiran berikut :
28 -11-2008 Nikah lps Solat Jumaat di Masjid Pekan Sabak
Dalam memperkemaskan lagi agenda yang bakal dilaksanakan, seharusnya identiti pergerakan ini harus diperkasakan. Oleh itu mana2 Cerbonian yang mempunyai idea dan kemahiran diminta agar mencipta logo/lambang yang akan digunakan secara rasmi nanti. Selain itu, terdapat beberapa komen yang mengatakan terlalu bnyak istilah/nama yang digunakan dalam merujuk kumpulan ini iaitu Cerbonian Brotherhood, APECER dan cerbonboy. Dengan itu dibuka kpd anda untuk mencadangkan nama-nama yg lain sekiranya ada untuk dipertimbangkan. Untuk makluman berikut adalah rasional nama-nama yang digunapakai skrg:
Cerbonian Brotherhood (Persaudaraan Org2 Cerbon) = berbentuk slogan/kata semangat/tag line APECER (Angkatan Pemuda Cerbon) = Pendukung/watak2 yg menggerakkan/sekumpulan org Cerbonboy = sekadar alamat blog/suara rasmi
Sekiranya ada cadangan untuk diubah, adalah amat dialu2kan. Cth: Cerbon FC, Wong Cerbon FC dll. TQ
PEMBONGKARAN PENIPUAN SI MAMAK ARIEF MOHAMAD CAKRA ALAM OLEH PENGKAJI DARI KOREA.
Hahaha...penipu punya mamak...bagi mereka2 yang cpt sgt percaya dgn benda2 yang ghaib2 ni...mmg anda telah terkena "panggilan hangitttt...". Mcm2 Tok Moh ni..biasanya Tok Moh2 ni guna syaitan dan jin...tapi yang ni guna bateri jerk...kih kih kih.
Berikut adalah hadis-hadis yang melarang apa jua bentuk pendukunan/perbomohan:
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Shahih Muslim', bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda : 'Barangsiapa mendatangi 'arraf' (bomoh, dukun, pawang dan yang seumpanya) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari."
"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w , beliau bersabda:'Barangsiapa yang mendatangi kahin (bomoh, dukun, pawang, tukang tilik cth: horoskop dan yang seumpanya) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR. Abu Daud).
Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi s.a.w dengan lafaz: 'Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w ."
"Dari Imran bin Hushain r.a.,dia berkata: 'Rasulullah s.aw bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. ." (HR. Al-Bazzaar,dengan sanad jayyid).
Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan mendapatkan khidmat nasihat, rawatan dalam apa jua bentuk daripada dukun, pawang, bomoh, kahin, tukang tilik termasuk horoskop dan seumpamanya, Larangan bertanya kepada mereka tentang hal-hal yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya. Wallahua'lam...
Catatan Jemaah Muda:
Berikut adalah pendapat/pandangan Prof Madya Dr Jahid Sidek bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Pengasas Pusat Rawatan Islam Al Manarah dan Sheikh Tarikat Naqsyabandiah Al Kholidiyah mengenai tips mudah untuk memahami keadah rawatan alternatif/perkara2 luar biasa pd seseorang/magis/amalan luar biasa dan pelik2 spt kuda kepang, sentroman, ilmu kebal, puasa mutih, tangkal azimat, susuk dan banyak lagi.
Kaedah Rawatan: MESTI mengikut apa yang pernah Nabi S.A.W buat. Amalan dan kaedah rawatan yang pelik2 dan tiada bersandarkan dengan mana-mana hadis yang menyatakan nabi pernah buat begini-begini adalah amalan yang salah. Maka golongan yang melakukan akan termasuk seperti yang dimaksudkan dgn hadis di atas.
Perawat: MESTI seorang yang alim, mempunyai akhlak yg terbaik dan paling penting warak dan 'abid (ahli ibadah).
Mengenai keistimewaan, pengetahuan, magis atau kebolehan yang luar biasa pada diri seseorang. Bagaimana pula?
Mukjizat = Hanya dikurniakan pada nabi dan rasul Irhas = Perkara luar biasa yg berlaku pada Nabi S.A.W sblm mnjadi rasul sbg tanda kerasulan. Karomah = Terdapat pada wali2 atau hamba yang benar2 soleh ('Abid) Sihir = Perkara luar biasa hasil bantuan syaitan dan jin. Istidraj = Perkara luar biasa yang berlaku kpd ahli maksiat, fasik, kafir dll atas sikap enggan/degil/kufur/bodoh/jahil sbg balasan sehingga mereka trus menerus lupa pada Allah. Tazyin = Perkara yang hakikatnya dtg drpd syaitan/salah/buruk/negatif/ tapi diperlihatkan seolah drpd Allah/indah/baik/betu/positifl/karomah oleh syaitan.
"Tapi bomoh/perawat tu guna ayat Al Quran/solat hajat/cara islam...." " Semua amalan2 ni guna ayat2 Quran tau..." "Kiyai besar yang buat ni...." "alah ni usaha jer..."
Klau ikutkan, hanya 1 jer yang bersumberkan Allah iaitu karomah selain mukjizat dan irhas yang boleh terjadi kpd org awam...tapi orang itu mesti seorang yang benar2 soleh/'abid/warak/alim/akhlak terbaik/ pendek kata hubungannya dgn Allah adalah hampir/rapat yg memungkinkan terbuka sedikit hijab lalu mendapat sedikit keistimewaan/kenikmatan/kebolehan. Bagaimanapun mesti ada adabnya tuan2... Kalau ada orang mendakwa dapat lihat/buat dan cerita itu dan ini mengenai keistimewaan yang dia dapat maka org itu tidak menjaga sifat2 mahmudah (rendah diri/zuhud/khauf/malu) malahan mendedahkan diri pula pada sifat mazmumah (riak/ujub/takabbur). Seorang yang 'abib/soleh/warak sgt pantang dan jaga adab ini takut2 mane tau blh rosak hati dan amalan. Kesannya akan menjauhkan diri dgn Allah. Akhir skali berjayalah syaitan menipu daya manusia sekian kalinya dgn memasuk jarum bangga diri/riak/takabbur dgn kebolehan diri. Bagi yang jumpa bomoh, blh jadi rosak akidah krn percaya dgn tangkal dan brg2 yg kononnya ada power... Itulah kesan besarnya pun... Mudahnya, syaitan itu musuh utama yang nyata!!!!
1.Kikis pemikiran, amalan dan kepercayaan yang pelik2 tanpa bersandar nas/dalil/hadis. 2.Tingkatkan pengetahuan dan amalan berasaskan Quran dan Sunnah. Bukan budaya setempat...!!
P/S: Disarankan untuk merujuk kpd yang lebih arif. Artikel di atas hanya dicatat secara ringkas krn keterbatasan ruang.
Selasa, November 04, 2008
Sekreteriat dan ahli APECER mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Saudara Kusoiry dan Isteri krn slmt diakad nikahkan pada 1 november 2008 tepat jam 5.20 petang di Masjid Sg Limau. Semoga mahligai yang dibina mendapat keberkatan Allah S.W.T jua...